Berakhirlah sudah kempen JDT dalam kancah ACL apabila mereka tersingkir pada pusingan 16 selepas mereka kalah kepada Urawa Red dengan keputusan 5-0. Kredit : Johor Southern Tigers, Urawa Red Diamonds 🔔TURN ON NOTIFICATIONS TO NEVER MISS AN UPLOAD!🔔 -------------------------------------------------------------------------------------- 📧 Contact - bkstudio2502@gmail.com 📧 Instagram:https://www.instagram.com/bikemstudio 📧 Twitter:https://twitter.com/BikemStudio 📧 Facebook:https://www.facebook.com/BiKemStudio --------------------------------------------------------------------------------------- Thanks for Watching ! #__abdqayyum #roadto30k #jdtvsurawa
Sabah Minta Maaf Pada Jdt || Atas Sikap Para Penyokong #sabahmintamaafpadajdt #jdtvssabah #insidenjdtvssabah #jdt2022 ...
MENGERIKAN! Kemenangan Kedah & KL City Membuat Liga Malaysia Kini No.1 di ASEAN Kemenangan Kedah Darul Aman dan KL city dipertandingan terakhir penyisihan grup AFC cup 2022, membuat Liga Super Malaysia saat ini berada di tangga teratas wilayah ASEAN dan ke 9 di ASIA, selepas pembaruan poin MA terbaru oleh situs FootyRankings. Kedah, kl city, kedah vs Visakha fc, Kedah vs Visakha, kl city vs Tampines Rovers, liga Malaysia, liga Malaysia 2022, liga super Malaysia 2022, liga super live, Malaysia, bola sepak Malaysia, jdt acl, liga super, reaction jdt, acl 2022 jdt, liga super Malam ini, live liga super, Harimau Malaya, kedah afc cup 2022, afc cup 2022, kedah fc, kedah vs, afc cup kedah, afc kedah, afc cup, Kedah darul aman fc, bola sepak, afc cup 2022 Kedah, kedah afc, piala afc Kedah, Kedah afc cup, kedah fa, afc Champions league 2022, piala afc 2022, bola afc, kedah 2022, kl vs Tampines, Kedah fc 2022, afc kedah vs, kl city fc, kl city 2022, jdt, jdt reaction, jdt 2022, - PLAYLIST MALAYSIA: https://youtube.com/playlist?list=PLDM7z7crYIFtTgwfSSysU-0wRmluL-M6v #kedah #klcity #ligamalaysia #kedahvsvisakhafc #klcityvstampinesrovers #afccup2022 #kedahvsvisakha #jdt #ligasupermalaysia2022 #bolasepakmalaysia
WELCOME MESUT OZIL DI JDT || JOHOR DARUL TAKZIM #mesutozilkejdt #transfermesutozilkejdt #mesutözil #jdt2022 #jdtuntuksemua #jdt #jdteacheracademy #jdtfamily #jdtfc #johordarultakzim #johordarultazim #tmj #tunkuismail #tunkumahkotajohor #johorsoutherntigers #jdtforall #jdtuntuksemua #jdtterkini #jdtupdate #jdtlive
JDT mencipta sejarah apabila mara ke pusingan 16 selepas mereka berjaya mengalahkan pasukan Ulsan dalam satu perlawanan yang cukup dramatik. Kejayaan ini juga bukan sahaja menjadi kebanggaan buat rakyat Johor, tetapi juga untuk semua rakyat Malaysia Kredit : Johor Southern Tigers 🔔TURN ON NOTIFICATIONS TO NEVER MISS AN UPLOAD!🔔 -------------------------------------------------------------------------------------- 📧 Contact - bkstudio2502@gmail.com 📧 Instagram:https://www.instagram.com/bikemstudio 📧 Twitter:https://twitter.com/BikemStudio 📧 Facebook:https://www.facebook.com/BiKemStudio --------------------------------------------------------------------------------------- Thanks for Watching ! #lanradzi_ #roadto20k #jdtacl
Pertembungan Liga Juara-Juara Asia (ACL) antara pasukan Johor Darul Ta’zim dan Ulsan Hyundai menyaksikan JDT berjaya menewaskan wakil dari Korea Selatan itu dengan keputusan 2-1. Pemain paling bernilai, Arif Aiman Hanapi menjadi duri dalam daging pasukan dalam melakar kemenangan bersejarah hari ini. Prospek muda negara yang berusia 19 tahun itu acap kali menjadi penggerak dalam merencanakan serangan pasukan. Kemenjadian Arif terserlah setelah gelecekannya beberapa kali gagal disekat pertahanan Ulsan Hyundai. Beliau begitu tenang, selesa dan licik mengawal bola di kaki meloloskan diri masuk ke dalam kotak penalti pasukan lawan. Apa yang lebih menarik, sepanjang 90 minit beliau bermain, Arif kekal bertenaga walaupun dalam keadaan sedang berpuasa. Keperibadian terpuji anak jati Pahang ini telah membuka mata ramai dalam membawa mesej indah, menghormati bulan Ramadan dan menjaga kesucian agama Islam. Individu bernama Arif Aiman inilah yang menjadi wira dalam sinopsis kemenangan pasukan JDT di saat-saat akhir. Pada minit ke-93 permainan, hantaran lintang Arif Aiman telah ditampan masuk pemain pertahanan Ulsan Hyundai yang menyebabkan gol sendiri terhasil. Prospek muda negara ini telah membuktikan kemampuan sebenar bakat tempatan di pentas Asia. Kemenangan indah buat pasukan JDT ini bakal menjadi saksi kepada kebangkitan bola sepak Malaysia. ===================================== CREDIT FOTO: JDT JST VIDEO:AFC / ASTRO ARENA 2 ARTIKEL RUJUKAN: MAKAN BOLA ===================================== #awangstudios #jdt2022 #acl2022 #arifAiman Sertai saluran ini untuk mendapatkan akses kepada manfaat: https://www.youtube.com/channel/UCQGj0EhAmtW2hf4plX4xUVQ/join Terima kasih keranan menonton jagan lupa SUBSCRIBE https://youtube.com/c/AwangStudiosTv100 ) supaya anda tidak ketinggalan info info terkini dan perkembangan Bolasepak Malaysia IKUTI JUGA AWANG STUDIOS TV DI 📱 FACEBOOK⬇️ FB PAJEhttps://www.facebook.com/vlogberita/
Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora mengakui barisan pemainnya akan berdepan tugas sukar apabila berdepan kelab dari Korea Selatan, UIsan Hyundai pada aksi kedua Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini Mora tanpa berselindung menganggap pertembungan menentang pendahulu Liga 1 Korea (K1 League) amat sukar uhtuk diterjemahkan dengan kemenangan namun berharap faktor cuaca dapat membantu JDT mengimbangi kekuatan skuad kendalian Hong Myung-bo. "Apapun, kami akan bersedia untuk mengharungi 90 minit perlawanan dan akan berdepan corak permainan fizikal yang bakal ditampilkan barisan pemain Ulsan Hyundai namun kami juga memiliki pemain yang mantap seperti Shane (Lowry) di posisi pertahanan dan Natxo (Insa) yang mampu mengimbangi corak permainan keras pasukan lawan. "Mengenai barisan pemain lawan yang harus diberi tumpuan, saya perlu mengingatkan pemain JDT untuk mengawasi pemain tengah nombor 8 (Jun Amano) yang beraksi konsisten yang sentiasa menjana gerakan berbahaya selain penyerang dari Brazil (Leonardo de Souza) malah mereka juga ada dua lagi pemain import, Mark Koszla dan Valeri Qazaishvili," katanya. Mora menambah, pemain JDT yang bakal diturunkan perlu beri sepenuh fokus untuk memastikan kelincahan barisan pemain dari Korea itu tidak menguasai keseluruhan permainan dan berharap pemain JDT tidak membuat kesilapan mudah. Malah pengendali kelahiran Mexico itu juga enggan memberi tekanan kepada Bergson Da Silva pada aksi menentang Ulsan Hyundai sebaliknya mahu memberi kebebasan kepada penjaring hatrik ketika menentang Guangzhou FC yang menyaksikan JDT menang 5-0 pada aksi pertama itu. "Saya tidak mahu menyatakan apa-apa kepada Bergson kerana dia berada di tahap memuaskan malah ia berjalan lancar apabila berfungsi dengan baik dan dia tahu apa yang perlu dibuat. Tiada guna beri arahan dan tekanan. Biar dia laksanakan apa yang perlu dilakukan," kata Mora. Sememtara itu Dua penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri mampu beri ancaman kepada kami." Itu komen ketua jurulatih Ulsan Hyundai, Hong Myung-bo pada sidang media menjelang pertembungan menentang JDT pada aksi kedua Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL). Bekas jurulatih Korea Selatan musim 2013-2014 yang kini membimbing Ulsan Hyundai berkata, Bergson di lihat mampu menidakkan usaha pasukannya memburu kemenangan pertama selepas sekadar seri 1-1 ketika menentang Kawasaki Frontale pada aksi pertama, baru-baru Bergson berpengalaman beraksi di Liga Korea bersama dua kelab iaitu Suwon Bluewings FC dan Busan IPark FC. Pemain itu harus diawasi dan tidak boleh membiarkan dia bergerak bebas malah kami juga perlu berjaga-jaga dengan kelibat Forestieri. "Benteng kami perlu membuat persediaan rapi bagi menghalang kelibat dua pemain JDT itu yang memiliki lenggok badan yang mengelirukan ketika mengawal bola dan bijak menghidu ruang kosong untuk bertindak melakukan percubaan berbahaya. "Selepas mengharungi aksi pertama yang dianggap begitu sengit dan mampu mencatat keputusan seri, kini kami akan memberi sepenuh tumpuan untuk memburu kemenangan pertama tapi harus berjaga-jaga dengan penampilan corak permainan JDT yang mungkin berbeza ketika mereka menang ke atas Guangzhou FC," katanya. Dalam pada itu pemain pertahanan, Lim Jong-eun menegaskan aksi menentang JDT begitu penting buat dirinya dan rakan sepasukan kerana tidak mahu lagi mengalami kekecewaan ketika aksi pertama apabila pasukan lawan menidakkan kemenangan yang sudah hampir digenggaman. "Kami tidak boleh lagi leka pada saat akhir perlawanan dan perlu mengekalkan fokus sehingga tamat perlawanan dan kami tahu JDT ada kelebihan beraksi di depan penyokong mereka sendiri tapi kami kena beri sepenuh tumpuan di padang untuk buru misi tiga mata," kata Jong-eun. ===================================== CREDIT FOTO: JDT JST FOTO: ULSAN HYUNDAI FC ARTIKEL RUJUKAN: MY METRO ===================================== Sertai saluran ini untuk mendapatkan akses kepada manfaat: https://www.youtube.com/channel/UCQGj0EhAmtW2hf4plX4xUVQ/join Terima kasih keranan menonton jagan lupa SUBSCRIBE https://youtube.com/c/AwangStudiosTv100 ) supaya anda tidak ketinggalan info info terkini dan perkembangan Bolasepak Malaysia IKUTI JUGA AWANG STUDIOS TV DI 📱 FACEBOOK⬇️ FB PAJEhttps://www.facebook.com/vlogberita/ #Awangstudioa #Acl2022 #LigaJuaraJuaraAsia2022 #JdtvsAlsanHyundaiFc #jdt2022
Wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (ACL) 2022 zon Timur dengan penuh bergaya selepas membelasah Guangzhou FC 5-0 pada aksi kumpulan I yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi. Bergson Gustavo Silveira da Silva sudah pastinya menjadi watak utama buat JDT apabila pemain kelahiran Brazil itu berjaya meledakkan hatrik pada perlawanan ini Berdepan lawan yang membariskan skuad muda, para pemain JDT menyerlahkan kualiti hebat dimiliki mereka dengan menguasai permainan sebaik sahaja wisel permulaan ditiup pengadil dari Arab Saudi, Mohamed Khled Al Hoish. Skuad kendalian Benjamin Mora itu hanya memerlukan 10 minit untuk berada di hadapan selepas Bergson yang tidak dikawal pertahanan Guangzhou FC dalam kawasan penalti dengan mudah melakukan tandukan bagi menewaskan penjaga gol, He Lipan. JDT mengukuhkan kedudukan berselang tiga minit kemudian setelah rembatan padu kaki kiri diledakkan Fernando Forestieri menyebabkan Lipan melakukan kesilapan sehingga menyebabkan tangkapannya terlucut lalu tertampan ke gawangnya sendiri. Dominasi secara total yang ditampilkan terus memberikan peluang buat pemain JDT untuk mendapatkan jaringan dan ia menjelmakan hasil dengan gol ketiga menerusi Bergson pada minit ke-27. Jaringan tersebut berpunca daripada hantaran lintang cantik dilakukan La’vere Corbin-Ong bagi membuka ruang buat Bergson untuk melepaskan rembatan kaki kiri yang tidak mampu dihalang Lipan. Persefahaman kuat di antara Corbin-Ong dan Bergson semakin jelas kelihatan ketika permainan memasuki minit ke-52 apabila kombinasi dua pemain tersebut membolehkan Bergson menanduk masuk bola sekali gus melengkapkan hatriknya. Ketenangan pemain gantian, Ramadhan Saifullah yang melepasi kawalan pertahanan serta melakukan percubaan lambung yang menewaskan Lipan bagi melengkapkan pesta jaringan buat skuad Harimau Selatan. Kemenangan ini menyaksikan JDT menghuni tangga teratas kumpulan I dengan tiga mata yang dikumpul. Sementara itu, Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale yang terikat pada aksi petang tadi berkongsi satu mata. ===================================== CREDIT SUMBER GAMBAR : JDT JST ARTIKEL RUJUKAN: VOCKET VIDEO : NANDIT SPORT ===================================== #JDT2022 #ACL2022 #JDTVSGuangzhoufc #awangstudios