Wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (ACL) 2022 zon Timur dengan penuh bergaya selepas membelasah Guangzhou FC 5-0 pada aksi kumpulan I yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi. Bergson Gustavo Silveira da Silva sudah pastinya menjadi watak utama buat JDT apabila pemain kelahiran Brazil itu berjaya meledakkan hatrik pada perlawanan ini Berdepan lawan yang membariskan skuad muda, para pemain JDT menyerlahkan kualiti hebat dimiliki mereka dengan menguasai permainan sebaik sahaja wisel permulaan ditiup pengadil dari Arab Saudi, Mohamed Khled Al Hoish. Skuad kendalian Benjamin Mora itu hanya memerlukan 10 minit untuk berada di hadapan selepas Bergson yang tidak dikawal pertahanan Guangzhou FC dalam kawasan penalti dengan mudah melakukan tandukan bagi menewaskan penjaga gol, He Lipan. JDT mengukuhkan kedudukan berselang tiga minit kemudian setelah rembatan padu kaki kiri diledakkan Fernando Forestieri menyebabkan Lipan melakukan kesilapan sehingga menyebabkan tangkapannya terlucut lalu tertampan ke gawangnya sendiri. Dominasi secara total yang ditampilkan terus memberikan peluang buat pemain JDT untuk mendapatkan jaringan dan ia menjelmakan hasil dengan gol ketiga menerusi Bergson pada minit ke-27. Jaringan tersebut berpunca daripada hantaran lintang cantik dilakukan La’vere Corbin-Ong bagi membuka ruang buat Bergson untuk melepaskan rembatan kaki kiri yang tidak mampu dihalang Lipan. Persefahaman kuat di antara Corbin-Ong dan Bergson semakin jelas kelihatan ketika permainan memasuki minit ke-52 apabila kombinasi dua pemain tersebut membolehkan Bergson menanduk masuk bola sekali gus melengkapkan hatriknya. Ketenangan pemain gantian, Ramadhan Saifullah yang melepasi kawalan pertahanan serta melakukan percubaan lambung yang menewaskan Lipan bagi melengkapkan pesta jaringan buat skuad Harimau Selatan. Kemenangan ini menyaksikan JDT menghuni tangga teratas kumpulan I dengan tiga mata yang dikumpul. Sementara itu, Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale yang terikat pada aksi petang tadi berkongsi satu mata. ===================================== CREDIT SUMBER GAMBAR : JDT JST ARTIKEL RUJUKAN: VOCKET VIDEO : NANDIT SPORT ===================================== #JDT2022 #ACL2022 #JDTVSGuangzhoufc #awangstudios
FILIPINA vs MALAYSIA| KELAYAKAN PIALA ASIA U-23 2024 |MAS vs FILIPINA PRE-MATCH Perlawanan kedua Kelayakan Piala ...
JOHOR DARUL TAZIM VS KELANTAN FC | 2ND ROUND PIALA MALAYSIA l JDT VS KELANTAN LIVE 2023 Assalamualaikum ...
KERANA MULUT 'MAT SIUU' DIGANTUNG Assalamualaikum dan salam sejahtera Khabar mengejutkan arena bola sepak ...
PIALA FA|KL CITY SEDIA BUAT JDT "MENANGIS" ULANGI FINAL PIALA MALAYSIA Aksi terumbang ambing yang dipamerkan ...
PRE- MATCH | JOHOR DARUL TAZIM vs NEGERI SEMBILAN FC Assalamualaikum dan salam sejahtera,kerangcakan saingan ...
PRE-MATCH LIGA SUPER : KL CITY FC vs TERENGGANU FC Assalamualaikum dan salam sejahtera,Aksi liga super diteruskan ...
PRE-MATCH | JOHOR DARUL TA'ZIM vs KUAPA LUMPUR CITY FC | Liga Super | 9 MLM Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
AKSI TERENGGANU FC vs JDT PENGADIL BERAT SEBELAH ??? "Pengadil 'ragut' aksi terbaik dipamerkan Terengganu FC ...