JOHOR DARUL TAZIM (2) vs (1) ULSAN HYUNDAI FC ACL 2022: PRE-MATCH by @Awang Studios Tv - Post Details

JOHOR DARUL TAZIM (2) vs (1) ULSAN HYUNDAI FC ACL 2022: PRE-MATCH

Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora mengakui barisan pemainnya akan berdepan tugas sukar apabila berdepan kelab dari Korea Selatan, UIsan Hyundai pada aksi kedua Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini Mora tanpa berselindung menganggap pertembungan menentang pendahulu Liga 1 Korea (K1 League) amat sukar uhtuk diterjemahkan dengan kemenangan namun berharap faktor cuaca dapat membantu JDT mengimbangi kekuatan skuad kendalian Hong Myung-bo. "Apapun, kami akan bersedia untuk mengharungi 90 minit perlawanan dan akan berdepan corak permainan fizikal yang bakal ditampilkan barisan pemain Ulsan Hyundai namun kami juga memiliki pemain yang mantap seperti Shane (Lowry) di posisi pertahanan dan Natxo (Insa) yang mampu mengimbangi corak permainan keras pasukan lawan. "Mengenai barisan pemain lawan yang harus diberi tumpuan, saya perlu mengingatkan pemain JDT untuk mengawasi pemain tengah nombor 8 (Jun Amano) yang beraksi konsisten yang sentiasa menjana gerakan berbahaya selain penyerang dari Brazil (Leonardo de Souza) malah mereka juga ada dua lagi pemain import, Mark Koszla dan Valeri Qazaishvili," katanya. Mora menambah, pemain JDT yang bakal diturunkan perlu beri sepenuh fokus untuk memastikan kelincahan barisan pemain dari Korea itu tidak menguasai keseluruhan permainan dan berharap pemain JDT tidak membuat kesilapan mudah. Malah pengendali kelahiran Mexico itu juga enggan memberi tekanan kepada Bergson Da Silva pada aksi menentang Ulsan Hyundai sebaliknya mahu memberi kebebasan kepada penjaring hatrik ketika menentang Guangzhou FC yang menyaksikan JDT menang 5-0 pada aksi pertama itu. "Saya tidak mahu menyatakan apa-apa kepada Bergson kerana dia berada di tahap memuaskan malah ia berjalan lancar apabila berfungsi dengan baik dan dia tahu apa yang perlu dibuat. Tiada guna beri arahan dan tekanan. Biar dia laksanakan apa yang perlu dilakukan," kata Mora. Sememtara itu Dua penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri mampu beri ancaman kepada kami." Itu komen ketua jurulatih Ulsan Hyundai, Hong Myung-bo pada sidang media menjelang pertembungan menentang JDT pada aksi kedua Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL). Bekas jurulatih Korea Selatan musim 2013-2014 yang kini membimbing Ulsan Hyundai berkata, Bergson di lihat mampu menidakkan usaha pasukannya memburu kemenangan pertama selepas sekadar seri 1-1 ketika menentang Kawasaki Frontale pada aksi pertama, baru-baru Bergson berpengalaman beraksi di Liga Korea bersama dua kelab iaitu Suwon Bluewings FC dan Busan IPark FC. Pemain itu harus diawasi dan tidak boleh membiarkan dia bergerak bebas malah kami juga perlu berjaga-jaga dengan kelibat Forestieri. "Benteng kami perlu membuat persediaan rapi bagi menghalang kelibat dua pemain JDT itu yang memiliki lenggok badan yang mengelirukan ketika mengawal bola dan bijak menghidu ruang kosong untuk bertindak melakukan percubaan berbahaya. "Selepas mengharungi aksi pertama yang dianggap begitu sengit dan mampu mencatat keputusan seri, kini kami akan memberi sepenuh tumpuan untuk memburu kemenangan pertama tapi harus berjaga-jaga dengan penampilan corak permainan JDT yang mungkin berbeza ketika mereka menang ke atas Guangzhou FC," katanya. Dalam pada itu pemain pertahanan, Lim Jong-eun menegaskan aksi menentang JDT begitu penting buat dirinya dan rakan sepasukan kerana tidak mahu lagi mengalami kekecewaan ketika aksi pertama apabila pasukan lawan menidakkan kemenangan yang sudah hampir digenggaman. "Kami tidak boleh lagi leka pada saat akhir perlawanan dan perlu mengekalkan fokus sehingga tamat perlawanan dan kami tahu JDT ada kelebihan beraksi di depan penyokong mereka sendiri tapi kami kena beri sepenuh tumpuan di padang untuk buru misi tiga mata," kata Jong-eun. ===================================== CREDIT FOTO: JDT JST FOTO: ULSAN HYUNDAI FC ARTIKEL RUJUKAN: MY METRO ===================================== Sertai saluran ini untuk mendapatkan akses kepada manfaat: https://www.youtube.com/channel/UCQGj0EhAmtW2hf4plX4xUVQ/join Terima kasih keranan menonton jagan lupa SUBSCRIBE https://youtube.com/c/AwangStudiosTv100 ) supaya anda tidak ketinggalan info info terkini dan perkembangan Bolasepak Malaysia IKUTI JUGA AWANG STUDIOS TV DI 📱 FACEBOOK⬇️ FB PAJEhttps://www.facebook.com/vlogberita/ #Awangstudioa #Acl2022 #LigaJuaraJuaraAsia2022 #JdtvsAlsanHyundaiFc #jdt2022

Similar Posts!

FULL TIME: FILIPINA(0) vs (4) MALAYSIA| KELAYAKAN PIALA ASIA U-23 2024 |MAS vs FILIPINA PRE-MATCH
FULL TIME: FILIPINA(0) vs (4) MALAYSIA| KELAYAKAN PIALA ASIA U-23 2024 |MAS vs FILIPINA PRE-MATCH

FILIPINA vs MALAYSIA| KELAYAKAN PIALA ASIA U-23 2024 |MAS vs FILIPINA PRE-MATCH Perlawanan kedua Kelayakan Piala ...



JOHOR DARUL TAZIM VS KELANTAN FC | 2ND ROUND PIALA MALAYSIA | JDT VS KELANTAN LIVE 2023
JOHOR DARUL TAZIM VS KELANTAN FC | 2ND ROUND PIALA MALAYSIA | JDT VS KELANTAN LIVE 2023

JOHOR DARUL TAZIM VS KELANTAN FC | 2ND ROUND PIALA MALAYSIA l JDT VS KELANTAN LIVE 2023 Assalamualaikum ...



KERANA MULUT 'MAT SIUU' DIGANTUNG @AwangStudiosSports
KERANA MULUT 'MAT SIUU' DIGANTUNG @AwangStudiosSports

KERANA MULUT 'MAT SIUU' DIGANTUNG Assalamualaikum dan salam sejahtera Khabar mengejutkan arena bola sepak ...



PIALA FA|KL CITY SEDIA BUAT JDT "MENANGIS" JDT vs KL CITY
PIALA FA|KL CITY SEDIA BUAT JDT "MENANGIS" JDT vs KL CITY

PIALA FA|KL CITY SEDIA BUAT JDT "MENANGIS" ULANGI FINAL PIALA MALAYSIA Aksi terumbang ambing yang dipamerkan ...



PRE-MATCH | JOHOR DARUL TA'ZIM (2) vs (0) NEGERI SEMBILAN FC | JDT vs NES |Liga Super 9 Malam
PRE-MATCH | JOHOR DARUL TA'ZIM (2) vs (0) NEGERI SEMBILAN FC | JDT vs NES |Liga Super 9 Malam

PRE- MATCH | JOHOR DARUL TAZIM vs NEGERI SEMBILAN FC Assalamualaikum dan salam sejahtera,kerangcakan saingan ...



KUALA LUMPUR CITY FC (1) vs (1)  TERENGGANU FC | Pre-Match Liga Super | live 9 mlm
KUALA LUMPUR CITY FC (1) vs (1) TERENGGANU FC | Pre-Match Liga Super | live 9 mlm

PRE-MATCH LIGA SUPER : KL CITY FC vs TERENGGANU FC Assalamualaikum dan salam sejahtera,Aksi liga super diteruskan ...



PRE-MATCH|JOHOR DARUL TA'ZIM (6) vs (1) KUALA LUMPUR CITY FC|Liga Super| Live 9 mlm
PRE-MATCH|JOHOR DARUL TA'ZIM (6) vs (1) KUALA LUMPUR CITY FC|Liga Super| Live 9 mlm

PRE-MATCH | JOHOR DARUL TA'ZIM vs KUAPA LUMPUR CITY FC | Liga Super | 9 MLM Assalamualaikum dan salam sejahtera ...



AKSI TERENGGANU FC vs JDT PENGADIL BERAT SEBELAH ???
AKSI TERENGGANU FC vs JDT PENGADIL BERAT SEBELAH ???

AKSI TERENGGANU FC vs JDT PENGADIL BERAT SEBELAH ??? "Pengadil 'ragut' aksi terbaik dipamerkan Terengganu FC ...