MALAYSIA (1) vs (4)  KOREA SELATAN:PIALA ASIA U-23:PRE-MATCH
MALAYSIA (1) vs (4) KOREA SELATAN:PIALA ASIA U-23:PRE-MATCH

Ranjau berliku bakal dilalui skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara apabila turun menentang Korea Selatan dalam aksi pertama Kumpulan C kempen Piala Asia B-23 di Stadium Lokomotif, Tashkent, di Uzbekistan, malam ini. Situasi itu diakui pengendali negara, Brad Maloney yang mengakui bukan mudah untuk menundukkan gergasi bola sepak Asia itu, yang turut hadir dengan status selaku juara bertahan kejohanan itu. Katanya, walaupun di atas kertas nyata segala kelebihan memihak lawan yang sering beraksi di Piala Dunia atau Sukan Olimpik, anak buahnya tetap akan cuba memberi saingan termampu dan tidak akan mengibarkan bendera putih terlalu awal. "Kita hanya perlu teruskan latihan dan berdepan Korea Selatan dalam aksi pertama adalah lawan yang sering jadi pilihan. "Kita jangkakan mereka pasukan paling kuat dan sangat kompetitif dalam saingan ini. Pemain mereka beraksi di luar (di Eropah) dan dalam (Liga Korea), saya jangkakan ia perlawanan sukar dan kita akan lakukan terbaik," katanya. Untuk rekod, kedua-dua pasukan hanya pernah bertemu sekali dalam saingan sama pada 2018 apabila Malaysia tewas tipis 1-2 di tangan Korea Selatan di peringkat suku akhir. Malah, pencapaian itu dianggap paling cemerlang sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 2013, dengan penampilan di Uzbekistan ini adalah yang kedua selepas 2018 manakala skuad negara terkandas di pusingan kelayakan dalam tiga lagi edisi iaitu 2013, 2016 dan 2020. Ujar Maloney, motivasi pemain ketika ini berada pada tahap terbaik dan bersedia memulakan kempen ini. "Saya gembira melihat pemain berada dalam keadaan selesa, positif dan teruja untuk turun beraksi. Selepas berdepan Korea Selatan, skuad negara akan meneruskan saingan dengan menentang Thailand pada Ahad diikuti Vietnam pada Rabu depan. Dua pasukan teratas akan layak ke suku akhir dan bakal berjumpa dua pasukan terbaik dari Kumpulan D yang terdiri daripada Jepun, Arab Saudi, Tajikistan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Lupakan kegagalan di Hanoi kerana ia sudah berlalu, kini bumi Tashkent menggamit pemain negara untuk mencipta satu lagi sejarah baharu buat bola sepak negara. Ingat, tiada istilah mustahil dalam kamus bola sepak jadi selamat berjaya buat skuad B-23 di Tashkent. ===================================== CREDIT FOTO :FA MALAYSIA FAM ARTIKEL RUJUKAN:MY METEO ONLINE ===================================== Sertai saluran ini untuk mendapatkan akses kepada manfaat: https://www.youtube.com/channel/UCQGj0EhAmtW2hf4plX4xUVQ/join Terima kasih keranan menonton jagan lupa SUBSCRIBE https://youtube.com/c/AwangStudiosTv100 ) supaya anda tidak ketinggalan info info terkini dan perkembangan Bolasepak Malaysia #awangstudios #pialaasiau23 #MalaysiavsKoreaSelatan #MalaysaU23vsKoreaSelatanU23 @Awang Studios Sports



‼️VIDEO‼️LUQMAN HAKIM TENAGKAN RAKAN SEPASUKAN BUAT RAMAI TERSENTUH 😭 INILAH MENTALITI JUARA.
‼️VIDEO‼️LUQMAN HAKIM TENAGKAN RAKAN SEPASUKAN BUAT RAMAI TERSENTUH 😭 INILAH MENTALITI JUARA.

Video selepas perlawanan Malaysia dan vietnam bolasepak sukan sea vietnam 2021.memyaksikan malaysia kecundang di tangan vietnam dengan jaringan tipis 1- 0 pada masa tambahan.kelihatan dalam video Luqman hakim memenangkan kapten pasukan mukhairi Ajmal biat ramai tersentu. CREDIT VIDEO: TWEETER ZULHILMI ZAINAL AZAM. #awangstudios #bolasepakmalaysia #Sukansea2021



ACL 2022:ARIF AIMAN NI PUASA,TAPI SELAMBA JE TAPAU ULSAN
ACL 2022:ARIF AIMAN NI PUASA,TAPI SELAMBA JE TAPAU ULSAN

Pertembungan Liga Juara-Juara Asia (ACL) antara pasukan Johor Darul Ta’zim dan Ulsan Hyundai menyaksikan JDT berjaya menewaskan wakil dari Korea Selatan itu dengan keputusan 2-1.  Pemain paling bernilai, Arif Aiman Hanapi menjadi duri dalam daging pasukan dalam melakar kemenangan bersejarah hari ini. Prospek muda negara yang berusia 19 tahun itu acap kali menjadi penggerak dalam merencanakan serangan pasukan.  Kemenjadian Arif terserlah setelah gelecekannya beberapa kali gagal disekat pertahanan Ulsan Hyundai. Beliau begitu tenang, selesa dan licik mengawal bola di kaki meloloskan diri masuk ke dalam kotak penalti pasukan lawan.  Apa yang lebih menarik, sepanjang 90 minit beliau bermain, Arif kekal bertenaga walaupun dalam keadaan sedang berpuasa. Keperibadian terpuji anak jati Pahang ini telah membuka mata ramai dalam membawa mesej indah, menghormati bulan Ramadan dan menjaga kesucian agama Islam. Individu bernama Arif Aiman inilah yang menjadi wira dalam sinopsis kemenangan pasukan JDT di saat-saat akhir. Pada minit ke-93 permainan, hantaran lintang Arif Aiman telah ditampan masuk pemain pertahanan Ulsan Hyundai yang menyebabkan gol sendiri terhasil.  Prospek muda negara ini telah membuktikan kemampuan sebenar bakat tempatan di pentas Asia. Kemenangan indah buat pasukan JDT ini bakal menjadi saksi kepada kebangkitan bola sepak Malaysia. ===================================== CREDIT FOTO: JDT JST VIDEO:AFC / ASTRO ARENA 2 ARTIKEL RUJUKAN: MAKAN BOLA ===================================== #awangstudios #jdt2022 #acl2022 #arifAiman Sertai saluran ini untuk mendapatkan akses kepada manfaat: https://www.youtube.com/channel/UCQGj0EhAmtW2hf4plX4xUVQ/join Terima kasih keranan menonton jagan lupa SUBSCRIBE https://youtube.com/c/AwangStudiosTv100 ) supaya anda tidak ketinggalan info info terkini dan perkembangan Bolasepak Malaysia IKUTI JUGA AWANG STUDIOS TV DI 📱 FACEBOOK⬇️ FB PAJEhttps://www.facebook.com/vlogberita/



JOHOR DARUL TAZIM (0)  vs (5)  KAWASAKI FRONTALE:ACL 2022 PRE-MATCH
JOHOR DARUL TAZIM (0) vs (5) KAWASAKI FRONTALE:ACL 2022 PRE-MATCH

LIGA JUARA JURA ASIA ACL 2022 JOHOR DARUL TAZIM vs KAWASAKI FRONTALE Ulasan Sebelum Perlawanan Misi mengekalkan rekod tanpa kalah menjadi sasaran Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila sekali lagi bertemu kelab dari Jepun, Kawasaki Frontale pada aksi pusingan kedua Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim mlm ini Skuad kendalian Benjamin Mora berjaya mengikat Kawasaki Frontale 0-0 pada aksi pertama Khamis lalu, sekali gus menghidupkan peluang ke pusingan kalah mati selepas ini. Bagaimanapun, Mora menegaskan beberapa pemain utama yang mengharungi tiga perlawanan berturut-turut tampak keletihan tapi keinginan untuk berada di dalam kesebelasan utama tetap tinggi malah mereka mahu kekal. "Pemain yang kerap diturunkan pada tiga aksi berturut-turut jelas keletihan tapi mereka seolah-olah mengetepikan faktor itu sebaliknya keazaman untuk terus beraksi begitu tinggi. Saya tidak boleh menolak harapan mereka jika mereka mahu beraksi. "Kita akan berdepan pasukan di ranking pertama kelab Asia dan semestinya ia cukup mendebarkan kerana Kawasaki Frontale pasti mahu menebus kekecewaan selepas terikat 0-0 menentang kita sebelum ini,jadi komunaksi antara pemain pertahanan di sebelah kanan dan tengah harus seiring bagi mengelak kekeliruan," kata mora. Sementara itu, penjaga gol JDT, Farizal Marlias berharap kekebalan tonggak pertahanan yang memperagakan aksi terbaik baru-baru ini akan diteruskan kerana keinginan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah begitu menebal. "Ada 90 minit perlawanan yang sengit bakal kami harungi dan saya berharap momentum corak permainan yang mantap ketika aksi pertama dikekalkan malah saya percaya rakan sepasukan sepakat untuk pamer aksi terbaik katanya. Bagi  Kelab gergasi Jepun, Kawasaki Frontale pula mereka mahu memalukan  (JDT) di hadapan penyokong mereka sendiri apabila sekali lagi bertemu dalam Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) mlm ini. Pengendali Kawasaki Frontale, Toru Oniki berkata kemenangan ke atas JDT amat penting bagi membuka laluan buat pasukannya untuk merampas kedudukan pendahulu Kumpulan I sebelum menewaskan Ulsan Hyundai untuk mara ke pusingan seterusnya. Katanya, kelabnya yang memiliki status selaku pasukan ranking pertama kelab Asia harus memiliki kualiti terbaik dan perlu bangkit untuk menidakkan usaha kelab dari Asia Tenggara untuk mengecewakan kami. Oniki berkata jentera serangan Kawasaki Frontale sudah bersedia untuk beraksi dengan lebih garang dengan menghasilkan lebih banyak percubaan ke arah gol lawan. "Antara masalah yang kita lalui pada pertemuan sebelum ini ialah ketajaman di hadapan gawang lawan. Hal ini tidak boleh berulang kerana kita sangat perlukan kemenangan ini," katanya. ==================================== CREDIT FOTO:JDT JST , KAWASAKI PRONTALE FC ARTIKEL RUJUKAN: BH ONLINE ===================================== Sertai saluran ini untuk mendapatkan akses kepada manfaat: https://www.youtube.com/channel/UCQGj0EhAmtW2hf4plX4xUVQ/join Terima kasih keranan menonton jagan lupa SUBSCRIBE https://youtube.com/c/AwangStudiosTv100 ) supaya anda tidak ketinggalan info info terkini dan perkembangan Bolasepak Malaysia IKUTI JUGA AWANG STUDIOS TV DI 📱 FACEBOOK⬇️ FB PAJEhttps://www.facebook.com/vlogberita/ #awangstudios #jdt2022 #LigaJuaraJuaraAsia #acl2022 #kawasakifrontale



ACL 2022:HIGHLIGHTS JOHOR DARUL TAZIM ( 5 )vs (0 ) Guangzhou FC
ACL 2022:HIGHLIGHTS JOHOR DARUL TAZIM ( 5 )vs (0 ) Guangzhou FC

Wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (ACL) 2022 zon Timur dengan penuh bergaya selepas membelasah Guangzhou FC 5-0 pada aksi kumpulan I yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi.   Bergson Gustavo Silveira da Silva sudah pastinya menjadi watak utama buat JDT apabila pemain kelahiran Brazil itu berjaya meledakkan hatrik pada perlawanan ini Berdepan lawan yang membariskan skuad muda, para pemain JDT menyerlahkan kualiti hebat dimiliki mereka dengan menguasai permainan sebaik sahaja wisel permulaan ditiup pengadil dari Arab Saudi, Mohamed Khled Al Hoish. Skuad kendalian Benjamin Mora itu hanya memerlukan 10 minit untuk berada di hadapan selepas Bergson yang tidak dikawal pertahanan Guangzhou FC dalam kawasan penalti dengan mudah melakukan tandukan bagi menewaskan penjaga gol, He Lipan. JDT mengukuhkan kedudukan berselang tiga minit kemudian setelah rembatan padu kaki kiri diledakkan Fernando Forestieri menyebabkan Lipan melakukan kesilapan sehingga menyebabkan tangkapannya terlucut lalu tertampan ke gawangnya sendiri. Dominasi secara total yang ditampilkan terus memberikan peluang buat pemain JDT untuk mendapatkan jaringan dan ia menjelmakan hasil dengan gol ketiga menerusi Bergson pada minit ke-27. Jaringan tersebut berpunca daripada hantaran lintang cantik dilakukan La’vere Corbin-Ong bagi membuka ruang buat Bergson untuk melepaskan rembatan kaki kiri yang tidak mampu dihalang Lipan. Persefahaman kuat di antara Corbin-Ong dan Bergson semakin jelas kelihatan ketika permainan memasuki minit ke-52 apabila kombinasi dua pemain tersebut membolehkan Bergson menanduk masuk bola sekali gus melengkapkan hatriknya. Ketenangan pemain gantian, Ramadhan Saifullah yang melepasi kawalan pertahanan serta melakukan percubaan lambung yang menewaskan Lipan bagi melengkapkan pesta jaringan buat skuad Harimau Selatan. Kemenangan ini menyaksikan JDT menghuni tangga teratas kumpulan I dengan tiga mata yang dikumpul. Sementara itu, Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale yang terikat pada aksi petang tadi berkongsi satu mata. ===================================== CREDIT SUMBER GAMBAR : JDT JST ARTIKEL RUJUKAN: VOCKET VIDEO : NANDIT SPORT ===================================== #JDT2022 #ACL2022 #JDTVSGuangzhoufc #awangstudios



MALAYSIA vs SINGAPURA:PERLAWANAN PERSAHABATAN 2022:PRA MATCH
MALAYSIA vs SINGAPURA:PERLAWANAN PERSAHABATAN 2022:PRA MATCH

MALAYSIA vs SNGAPURA PERLAWANAN PERSAHABATAN 2022: PRA MATCH Pertemuan derbi antara Malaysia menentang Singapura malam ini pasti menjadi tumpuan. Ini merupakan perlawanan kedua buat jurulatih baharu skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Selepas mencatat kemenangan menewaskan Filipina, pasukan negara dilihat sudah berubah dari segi corak permainan. Mereka dilihat lebih laju dan kreatif di atas padang. Pengendali Singapura, Nazri Nasir juga mengakui bahawa corak permainan pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan-gon sangat pantas. “Ia sentiasa menjadi perlawanan yang istimewa apabila menentang Malaysia. Mereka mempunyai pemain yang pantas dan penyerang merbahaya yang perlu kita ambil perhatian. Ia akan menjadi perlawanan yang sukar,” ujar Nazri kepada TST Spo ===================================== CREDIT FOTO : FA MALAYSIA FAM FOTO : FA SINGAPURA FAS VIDEO : FA MALAYSIA FAM ARTIKEL RUJUKAN : MY METRO ONLINE ===================================== #harimaumalaya #kimpangon #Malaysiavssingapura #perlawananpersahabatanantarabangsa #awangstudios ===================================== Sertai saluran ini untuk mendapatkan akses kepada manfaat: https://www.youtube.com/channel/UCQGj0EhAmtW2hf4plX4xUVQ/join Terima kasih keranan menonton jagan lupa SUBSCRIBE https://youtube.com/c/AwangStudiosTv100 ) supaya anda tidak ketinggalan info info terkini dan perkembangan Bolasepak Malaysia IKUTI JUGA AWANG STUDIOS TV DI 📱 FACEBOOK⬇️ FB PAJEhttps://www.facebook.com/vlogberita/



Jordan vs Uzbekiston 3-0 / Узбекистан Иордания обзор матча
Jordan vs Uzbekiston 3-0 / Узбекистан Иордания обзор матча

#uzbekistan #jordan #football #asianfootballconfederation #ozbekiston #asianfootball #afcasiancup #worldsportgroup #wsg #ac2015 #jonliefir #afc #asiancup2011 #asian #cup #soccer #uzbekiston #iordaniya #asia #worldcup2018 #ozbekistonvsiordaniya #планетауз #2015 #planetauz #asiancup2015 #узбекистанмалайзия #2019 #узбекистан #узтерма #спортхабарлари #uzfootball #бугингифутболуйинлари #энгсўнггифутболянгиликлари #uzfutbol #australia #интервью #узбекспортянгиликлари #футболинтервью #узфутбол #uzbekfootball #иордания #worldcupqualifiers #2018 #узбекфутбол #asiancup #10092013 #worldcupqualification #futbolintervyu #doha #европавамарказийосиёчемпионатлари #24футбол #uzbekistanfootball #qatar #afcasiancup2011 #vs #futbol #highlights #qualifiers #asiancup2019 #afcasiancup2019 #узбекистониордания #goal #ozbekistoniordaniya #malaysiavsuzbekistan2021 #goalsandhighlights #soccerchannel #livestream #malaysia #uzb #basharbaniyaseen #friendlymatch #прямойэфир #uzbekistanvsjordanlive #узбекистаниордания #ozbekistoniordaniyaoyini #2011afcasiancup #futsalworldcup2021 #live #liveozbekistonvsiordaniya #futsalworldcup2021highlights #iranvsuzbekistanfutsalhighlights #iranvsuzbekistanfutsalworldcup2021 #uzbekistanvsiranfutsalfutsalhighlights #iordaniyajonliefir #liveuzbekistanvsjordan #ozbekistonsaudiaarabistoni #roadtoqatar #champions #uzsporttv #alkasschannel #beingsport #uzbekistanvsiranfutsalfutsalworldcup2021 #iranfutsal #games #selangor #uzbekistanvsmalaysia #south #east #jordanvsmalaysia #malaysiavsuzbekistan #uzbekistanfutsalworldcup2021 #uzbekistanfutsal #iranfutsalhighlights #uzbekistanfutsalhighlights #iranvsuzbekistanfutsalworldcup2021highlights #iranfutsalworldcup2021 #uzbekistanvsiranfutsalworldcup2021highlights #saudiaarabistoni #saudiarabia #2004 #1994 #o’rtoqlikuchrashuvi #o’zbekiatonmalayziyaniyanchibtashladi #o’zbekistonmalayziyao’rtoqlikuchrashuvi #o’zbekiston51malayziyaajoyibg’alaba #2007 #2009 #uzbekistannationalfootballteamfootballteam #northkoreanationalfootballteamfootballteam #2015afcasiancupevent #sleague #o’zbekistontermajamoasimalayziyagaqarshi #uzbekistanvsmalaysia51 #futbolliga #paxtakor #sportuzlive #sporttvlive #o‘zbekfutboli #uzbekfutboli #navbahor #навбахор #uzbekistanvsmalaysialive #uzbekistanvsmalaysiahiglights #uzbekistaniordaniyaoyini #uzbior #жонлиэфирузбекистон #узбекистон #hassan #lionel #roar #kallang #awangstudios #national #stadium #ahmad #fandi #harimaumalaya #perlawananpersahabatanantarabangsa #amri #acl2016 #シンガポール #afccup2016 #싱가포르 #2016 #farissen #fariskassim #malaysian #world #shah #alam #sahdan #shahdan #新加坡共和国 #سنگاپور #footy #singapore #videos #farissen2 #سنغافورة #indra #wsgworld #afcchallengecup #aff #serverdjeparov #asean #tiger #omancountry #oman #odilakhmedov #m01 #malaysiavsjapan



TERENGGANU FC WASPADA PERAK FC SUKAR DIBACA
TERENGGANU FC WASPADA PERAK FC SUKAR DIBACA

Selepas mengharungi tiga aksi persahabatan, Terengganu FC (TFC) mempunyai ramuan terbaik menjadi pencabar utama dalam baki aksi Liga Super yang bakal bersambung pada Sabtu ini. Malah barisan pemain skuad kendalian Nafuzi Zain juga sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan dengan Perak FC pada perlawanan ke-14 itu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Pengurus pasukan, Zulfadli Rozi berkata, aksi persahabatan itu memberi pengalaman berharga buat semua pemain skuad Penyu selain barisan jurulatih dapat menilai dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang ada. "Selepas tiga aksi persahabatan itu, jurulatih sudah nampak barisan pemain yang bakal disenaraikan nanti, maknanya mereka mempunyai banyak pilihan tapi bukannya terlalu yakin kerana semua pemain diturunkan pada aksi pemanas badan itu. "Malah pemain pun bagaikan tidak sabar dan sudah bersedia sepenuhnya lebih-lebih lagi selepas hampir dua bulan menjalani latihan secara 'camp based training' sebagai persediaan menghadapi saingan Piala AFC yang dibatalkan berikutan tiada negara yang sedia menjadi tuan rumah. "Tambahan pula setakat ini tiada sebarang kecederaan pemain serta penggantungan selepas lebih dua bulan tidak beraksi dalam saingan kompetitif itu kerana liga berehat panjang," katanya ketika dihubungi. Pada aksi persahabatan itu, Terengganu FC yang menyenaraikan dua import baharu pada jendela kedua perpindahan pemain iaitu Habib Haroon dari Bahrain dan pemain pinjaman dari Sri Pahang FC yang juga bekas pemainnya, Lee Tuck tewas 0-2 kepada Penang FC dalam perlawanan pertama sebelum membelasah PDRM FC 3-0 dan Kelantan United 4-0. Mengulas pertemuan dengan skuad The Bos Gaurus itu nanti, beliau akui corak permainan pasukan lawan sukar untuk dibaca kerana mereka membariskan lima import baharu selain beberapa pemain tempatan. "Kita tidak akan sesekali memandang mudah keupayaan Perak kerana sejak dulu lagi skuad itu konsisten selain mempunyai reputasi yang hebat dalam Liga Malaysia (Liga M). "Malah kehadiran lima import baharu dalam pusingan kedua ini selain pemain tempatan sudah pasti corak permainan skuad kendalian Chong Yee Fatt itu jauh berbeza sekali gus menyukarkan kita untuk membaca corak permainan mereka," katanya yang menuntut pemain agar tidak menjadikan aksi pusingan pertama sebagai ukuran. Pertemuan pusingan pertama di Stadium Perak, Ipoh pada Mac lalu memihak kepada skuad Penyu dengan kemenangan 2-0 hasil jaringan Faisal Abdul Halim dan pemain kelahiran Ivory Coast, Dechi Marcel @awangstudios




Next »


Popular Tags

#Lionel Messi  #Philadelphia 76ers  #Best Football Defending Skills  #Mesut Ozil  #Mesut Ozil  #Paul George  #Paul George  #New York Knicks  #Thomas Muller  #Neymar  

Popular Users

#ddlovato  #SHAQ  #TheRock  #ochocinco  #DjokerNole  #hunterpence  #strombone1  #obj  #espn  #lindseyvonn  #rihanna  #richarddeitsch  #IAmJericho  #jadande  #TimTebow