MALAYSIA (4) vs (0) BRUNEI:PERSAHABATAN ANTARABANGSA:PRE-MATCH
MALAYSIA (4) vs (0) BRUNEI:PERSAHABATAN ANTARABANGSA:PRE-MATCH

Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak sabar dan cukup teruja menanti aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Brunei di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. Jelas Pan-gon, keterujaan itu bukanlah disebabkan mahu melihat kemenangan semata-mata, sebaliknya tidak sabar melihat keberkesanan 'senjata baharu' yang sudah dibentuk minggu lalu, sebaik kem latihan bermula Khamis lalu. Katanya, pelbagai input dan maklumat sudah dicurahkan terutama berkaitan formasi baharu yang diterapkan kepada anak buahnya. "Kita berikan maklumat baharu kepada mereka (pemain) dan pemain melakukannya dengan baik dan mungkin kita akan cuba aplikasikan 'senjata baharu' itu. "Mungkin tak sempurna, tetapi ia boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa supaya pasukan kita dapat melakukannya dalam aksi sebenar (Kelayakan Piala Asia 2023) mengikut kemampuan lawan," katanya pada sidang pra-perlawanan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Hadir sama, pemain tengah skuad negara, Syamer Kutty Abba serta ketua jurulatih Brunei, Rosanan Samak dan pemain, Najib Tarif. Skuad negara yang kini dalam tempoh persiapan menjelang aksi Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 bakal diuji dalam dua aksi persahabatan sebelum turun menentang Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh, bulan depan. Brunei adalah lawan pertama malam ini sebelum turun sekali lagi pada Rabu depan dengan Hong Kong bakal menguji skuad kendalian Pan-gon di Stadium Nasional Bukit Jalil. Begitupun di kala jurulatih dari Korea Selatan itu  cuba mempelbagai informasi baharu dalam lapan sesi latihan yang dilalui sejak Khamis lalu, Pan-gon akui pemain dilihat mengalami keletihan ekoran terlalu banyak input diberikan. Bagaimanapun, katanya, pemain tidak mengeluh sebaliknya masing-masing tetap bersemangat dan Pan-gon nyata memuji sikap anak didiknya itu. kita sudah lalui sebanyak lapan sesi latihan dan kita buat asas formasi, pengulangan formasi dan perubahan formasi alternatif. "Saya lihat pemain sedikit kepenatan bukan disebabkan fizikal, cuma mungkin mental saja. Namun bagi saya, pemain sudah berikan yang terbaik dan melakukan kerja dengan baik untuk memahami apa yang ingin saya lihat. "Mereka berjaya melakukannya, jadi buat ketika ini saya sangat berpuas hati dan bangga dengan pemain kita. Saya agak teruja untuk lihat hasilnya ," kata pan gon. ===================================== CREDIT FOTO & VIDEO:FA MALAYSIA FAM ARTIKEL RUJUKAN:MY METRO ===================================== Sertai saluran ini untuk mendapatkan akses kepada manfaat: https://www.youtube.com/channel/UCQGj0EhAmtW2hf4plX4xUVQ/join @Awang Studios Sports



5 Revolusi Luar Biasa JDT Di Pentas Asia !!
5 Revolusi Luar Biasa JDT Di Pentas Asia !!

JDT mencipta sejarah apabila mara ke pusingan 16 selepas mereka berjaya mengalahkan pasukan Ulsan dalam satu perlawanan yang cukup dramatik. Kejayaan ini juga bukan sahaja menjadi kebanggaan buat rakyat Johor, tetapi juga untuk semua rakyat Malaysia Kredit : Johor Southern Tigers 🔔TURN ON NOTIFICATIONS TO NEVER MISS AN UPLOAD!🔔 ----------------------------------------­---------------------------------------------- 📧 Contact - bkstudio2502@gmail.com 📧 Instagram:https://www.instagram.com/bikemstudio 📧 Twitter:https://twitter.com/BikemStudio 📧 Facebook:https://www.facebook.com/BiKemStudio ----------------------------------------­----------------------------------------------- Thanks for Watching ! #lanradzi_ #roadto20k #jdtacl



ACL 2022:ARIF AIMAN NI PUASA,TAPI SELAMBA JE TAPAU ULSAN
ACL 2022:ARIF AIMAN NI PUASA,TAPI SELAMBA JE TAPAU ULSAN

Pertembungan Liga Juara-Juara Asia (ACL) antara pasukan Johor Darul Ta’zim dan Ulsan Hyundai menyaksikan JDT berjaya menewaskan wakil dari Korea Selatan itu dengan keputusan 2-1.  Pemain paling bernilai, Arif Aiman Hanapi menjadi duri dalam daging pasukan dalam melakar kemenangan bersejarah hari ini. Prospek muda negara yang berusia 19 tahun itu acap kali menjadi penggerak dalam merencanakan serangan pasukan.  Kemenjadian Arif terserlah setelah gelecekannya beberapa kali gagal disekat pertahanan Ulsan Hyundai. Beliau begitu tenang, selesa dan licik mengawal bola di kaki meloloskan diri masuk ke dalam kotak penalti pasukan lawan.  Apa yang lebih menarik, sepanjang 90 minit beliau bermain, Arif kekal bertenaga walaupun dalam keadaan sedang berpuasa. Keperibadian terpuji anak jati Pahang ini telah membuka mata ramai dalam membawa mesej indah, menghormati bulan Ramadan dan menjaga kesucian agama Islam. Individu bernama Arif Aiman inilah yang menjadi wira dalam sinopsis kemenangan pasukan JDT di saat-saat akhir. Pada minit ke-93 permainan, hantaran lintang Arif Aiman telah ditampan masuk pemain pertahanan Ulsan Hyundai yang menyebabkan gol sendiri terhasil.  Prospek muda negara ini telah membuktikan kemampuan sebenar bakat tempatan di pentas Asia. Kemenangan indah buat pasukan JDT ini bakal menjadi saksi kepada kebangkitan bola sepak Malaysia. ===================================== CREDIT FOTO: JDT JST VIDEO:AFC / ASTRO ARENA 2 ARTIKEL RUJUKAN: MAKAN BOLA ===================================== #awangstudios #jdt2022 #acl2022 #arifAiman Sertai saluran ini untuk mendapatkan akses kepada manfaat: https://www.youtube.com/channel/UCQGj0EhAmtW2hf4plX4xUVQ/join Terima kasih keranan menonton jagan lupa SUBSCRIBE https://youtube.com/c/AwangStudiosTv100 ) supaya anda tidak ketinggalan info info terkini dan perkembangan Bolasepak Malaysia IKUTI JUGA AWANG STUDIOS TV DI 📱 FACEBOOK⬇️ FB PAJEhttps://www.facebook.com/vlogberita/



JOHOR DARUL TAZIM (2) vs (1) ULSAN HYUNDAI FC ACL 2022: PRE-MATCH
JOHOR DARUL TAZIM (2) vs (1) ULSAN HYUNDAI FC ACL 2022: PRE-MATCH

Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora mengakui barisan pemainnya akan berdepan tugas sukar apabila berdepan kelab dari Korea Selatan, UIsan Hyundai pada aksi kedua Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini Mora tanpa berselindung menganggap pertembungan menentang pendahulu Liga 1 Korea (K1 League) amat sukar uhtuk diterjemahkan dengan kemenangan namun berharap faktor cuaca dapat membantu JDT mengimbangi kekuatan skuad kendalian Hong Myung-bo. "Apapun, kami akan bersedia untuk mengharungi 90 minit perlawanan dan akan berdepan corak permainan fizikal yang bakal ditampilkan barisan pemain Ulsan Hyundai namun kami juga memiliki pemain yang mantap seperti Shane (Lowry) di posisi pertahanan dan Natxo (Insa) yang mampu mengimbangi corak permainan keras pasukan lawan. "Mengenai barisan pemain lawan yang harus diberi tumpuan, saya perlu mengingatkan pemain JDT untuk mengawasi pemain tengah nombor 8 (Jun Amano) yang beraksi konsisten yang sentiasa menjana gerakan berbahaya selain penyerang dari Brazil (Leonardo de Souza) malah mereka juga ada dua lagi pemain import, Mark Koszla dan Valeri Qazaishvili," katanya. Mora menambah, pemain JDT yang bakal diturunkan perlu beri sepenuh fokus untuk memastikan kelincahan barisan pemain dari Korea itu tidak menguasai keseluruhan permainan dan berharap pemain JDT tidak membuat kesilapan mudah. Malah pengendali kelahiran Mexico itu juga enggan memberi tekanan kepada Bergson Da Silva pada aksi menentang Ulsan Hyundai sebaliknya mahu memberi kebebasan kepada penjaring hatrik ketika menentang Guangzhou FC yang menyaksikan JDT menang 5-0 pada aksi pertama itu. "Saya tidak mahu menyatakan apa-apa kepada Bergson kerana dia berada di tahap memuaskan malah ia berjalan lancar apabila berfungsi dengan baik dan dia tahu apa yang perlu dibuat. Tiada guna beri arahan dan tekanan. Biar dia laksanakan apa yang perlu dilakukan," kata Mora. Sememtara itu Dua penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri mampu beri ancaman kepada kami." Itu komen ketua jurulatih Ulsan Hyundai, Hong Myung-bo pada sidang media menjelang pertembungan menentang JDT pada aksi kedua Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL). Bekas jurulatih Korea Selatan musim 2013-2014 yang kini membimbing Ulsan Hyundai berkata, Bergson di lihat mampu menidakkan usaha pasukannya memburu kemenangan pertama selepas sekadar seri 1-1 ketika menentang Kawasaki Frontale pada aksi pertama, baru-baru Bergson berpengalaman beraksi di Liga Korea bersama dua kelab iaitu Suwon Bluewings FC dan Busan IPark FC. Pemain itu harus diawasi dan tidak boleh membiarkan dia bergerak bebas malah kami juga perlu berjaga-jaga dengan kelibat Forestieri. "Benteng kami perlu membuat persediaan rapi bagi menghalang kelibat dua pemain JDT itu yang memiliki lenggok badan yang mengelirukan ketika mengawal bola dan bijak menghidu ruang kosong untuk bertindak melakukan percubaan berbahaya. "Selepas mengharungi aksi pertama yang dianggap begitu sengit dan mampu mencatat keputusan seri, kini kami akan memberi sepenuh tumpuan untuk memburu kemenangan pertama tapi harus berjaga-jaga dengan penampilan corak permainan JDT yang mungkin berbeza ketika mereka menang ke atas Guangzhou FC," katanya. Dalam pada itu pemain pertahanan, Lim Jong-eun menegaskan aksi menentang JDT begitu penting buat dirinya dan rakan sepasukan kerana tidak mahu lagi mengalami kekecewaan ketika aksi pertama apabila pasukan lawan menidakkan kemenangan yang sudah hampir digenggaman. "Kami tidak boleh lagi leka pada saat akhir perlawanan dan perlu mengekalkan fokus sehingga tamat perlawanan dan kami tahu JDT ada kelebihan beraksi di depan penyokong mereka sendiri tapi kami kena beri sepenuh tumpuan di padang untuk buru misi tiga mata," kata Jong-eun. ===================================== CREDIT FOTO: JDT JST FOTO: ULSAN HYUNDAI FC ARTIKEL RUJUKAN: MY METRO ===================================== Sertai saluran ini untuk mendapatkan akses kepada manfaat: https://www.youtube.com/channel/UCQGj0EhAmtW2hf4plX4xUVQ/join Terima kasih keranan menonton jagan lupa SUBSCRIBE https://youtube.com/c/AwangStudiosTv100 ) supaya anda tidak ketinggalan info info terkini dan perkembangan Bolasepak Malaysia IKUTI JUGA AWANG STUDIOS TV DI 📱 FACEBOOK⬇️ FB PAJEhttps://www.facebook.com/vlogberita/ #Awangstudioa #Acl2022 #LigaJuaraJuaraAsia2022 #JdtvsAlsanHyundaiFc #jdt2022



MALAYSIA vs SINGAPURA:PERLAWANAN PERSAHABATAN 2022:PRA MATCH
MALAYSIA vs SINGAPURA:PERLAWANAN PERSAHABATAN 2022:PRA MATCH

MALAYSIA vs SNGAPURA PERLAWANAN PERSAHABATAN 2022: PRA MATCH Pertemuan derbi antara Malaysia menentang Singapura malam ini pasti menjadi tumpuan. Ini merupakan perlawanan kedua buat jurulatih baharu skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Selepas mencatat kemenangan menewaskan Filipina, pasukan negara dilihat sudah berubah dari segi corak permainan. Mereka dilihat lebih laju dan kreatif di atas padang. Pengendali Singapura, Nazri Nasir juga mengakui bahawa corak permainan pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan-gon sangat pantas. “Ia sentiasa menjadi perlawanan yang istimewa apabila menentang Malaysia. Mereka mempunyai pemain yang pantas dan penyerang merbahaya yang perlu kita ambil perhatian. Ia akan menjadi perlawanan yang sukar,” ujar Nazri kepada TST Spo ===================================== CREDIT FOTO : FA MALAYSIA FAM FOTO : FA SINGAPURA FAS VIDEO : FA MALAYSIA FAM ARTIKEL RUJUKAN : MY METRO ONLINE ===================================== #harimaumalaya #kimpangon #Malaysiavssingapura #perlawananpersahabatanantarabangsa #awangstudios ===================================== Sertai saluran ini untuk mendapatkan akses kepada manfaat: https://www.youtube.com/channel/UCQGj0EhAmtW2hf4plX4xUVQ/join Terima kasih keranan menonton jagan lupa SUBSCRIBE https://youtube.com/c/AwangStudiosTv100 ) supaya anda tidak ketinggalan info info terkini dan perkembangan Bolasepak Malaysia IKUTI JUGA AWANG STUDIOS TV DI 📱 FACEBOOK⬇️ FB PAJEhttps://www.facebook.com/vlogberita/



MALAYSIA vs FILIPINA:PERSAHABATAN ANTARABANGSA 2022:PRA-MATCH
MALAYSIA vs FILIPINA:PERSAHABATAN ANTARABANGSA 2022:PRA-MATCH

MALAYSIA vs FILIPINA 8.00 MLM STADIUM NASIONAL SINGAPURA Perlawanan persahabatan antara Malaysia berdepan Filipina malam ini pastinya akan menjadi perhatian ramai. Para peminat sukan bola sepak terutamanya di Malaysia mahu melihat kemampuan pemain negara di bawah kendalian jurulatih baharu, Kim Pan-gon. Namun jika diteliti, kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan yang hampir sama dan hanya ranking yang membezakan kedua-dua pasukan. Filipina berada di ranking ke-129 dunia jauh di atas Malaysia yang kini berada di ranking ke-154 dunia. ===================================== CREDIT ARTIKEL RUJUKAN: MAKAN BOLA FOTO : FA MALAYSIA FAM ===================================== Sertai saluran ini untuk mendapatkan akses kepada manfaat: https://www.youtube.com/channel/UCQGj0EhAmtW2hf4plX4xUVQ/join Terima kasih keranan menonton jagan lupa SUBSCRIBE https://youtube.com/c/AwangStudiosTv100 ) supaya anda tidak ketinggalan info info terkini dan perkembangan Bolasepak Malaysia #harimaumalaya #malaysia #filipina #persahabatan IKUTI JUGA AWANG STUDIOS 📱 FACEBOOK⬇️ FB PAJEhttps://www.facebook.com/vlogberita/



Kim Pan Gon Umum 30 Pemain Bakal Beraksi Untuk Harimau Malaya
Kim Pan Gon Umum 30 Pemain Bakal Beraksi Untuk Harimau Malaya

SAINGAN Liga Malaysia 2022 yang baru sahaja selesai dengan perlawanan kedua kini dihentikan bagi memberi peluang buat pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengumpul barisan pemain baharu menjalani kem latihan bermula 14 Mac ini sebagai persiapan perlawanan persahabatan Antarabangasa Tier 1 menentang Filipina dan Singapura. Jika sebelum ini senarai pemain yang bakal dipanggil hanya dibuat menerusi kenyataan media tetapi kali ini berbeza apabila Pan-gon telah mengumumkannya secara rasmi pada sidang media di Wisma FAM sebentar tadi Ketua jurulatih merangkap pengurus skuad kebangsaan, Kim Pan Gon telah mengumumkan 30 pemain yang bakal dipanggil menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya bagi aksi menentang Filipina dan Singapura kelak. 14 pemain dari JDT dipanggil dengan 2 pemain muda turut diberi kepercayaan iaitu Shio Hong Wan dan Ramadhan Saifullah. Selain itu, penjaga gol muda Terengganu, Rahadiazli turut dipanggil buat kali pertama Luqman Hakim, Dion Cools, Dominic Tan, Quentin Cheng pula antara nama yang pernah dipanggil sebelum ini. Manakala Darren Lok pula kembali menyarung jersi Harimau Malaya setelah sekian lama tidak dipanggil. Walaupun beberapa nama seperti Hakimi Abdullah, Faisal Halim dan Nor Azam Azih belum bermain perlawanan liga super musim ini ekoran perlawanan ditunda, mereka tetap mendapat peluang dipanggil Kim Pan Gon. Malaysia akan bertemu Filipina pada 23 Mac ini manakala Singapura pula pada 26 Mac dan satu lagi aksi Malaysia akan menentang kelab Singapura, Albirex Niigata FC Singapore pada 28 Mac ini. KREDIT ARTIKEL RUJUKAN : MAKAN BOLA SUMBER GAMBAR : FAM Sertai saluran ini untuk mendapatkan akses kepada manfaat: https://www.youtube.com/channel/UCQGj0EhAmtW2hf4plX4xUVQ/join Terima kasih keranan menonton jagan lupa SUBSCRIBE https://youtube.com/c/AwangStudiosTv100 ) supaya anda tidak ketinggalan info info terkini dan perkembangan Bolasepak Malaysia #harimaumalaya #kimpangon #PersahabatanAntarabangsa #singapore #filipina #awangstudios #bolasepakmalaysia



KIM PAN-GON TERKEJUT DI MALAYSIA ADA KELAB FASILITINYA BERTARAF DUNIA
KIM PAN-GON TERKEJUT DI MALAYSIA ADA KELAB FASILITINYA BERTARAF DUNIA

Jurulatih baharu pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon hari ini melakukan lawatan rasmi ke kelab Johor Darul Ta’zim (JDT). Menurut satu hantaran oleh laman rasmi pasukan iaitu Johor Southern Tigers, pengendali berusia 52 tahun itu bersama-sama barisan kejurulatihan baharu Harimau Malaya dan Pegawai-Pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melakukan rombongan tersebut. Tujuan lawatan itu diadakan adalah untuk melihat dengan lebih dekat kemudahan dan fasiliti yang disediakan oleh kelab kepada para pemain. Bukan itu sahaja, kunjungan itu turut disambut baik oleh pemilik kelab JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di ibu pejabat JDT. Pan-gon dan barisan kejurulatihan juga tidak ketinggalan untuk dibawa ke Stadium Sultan Ibrahim yang merupakan binaan yang paling ikonik di Iskandar Puteri selain turut berkesempatan untuk melihat Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam. Ini juga dapat memberi sedikit sebanyak gambaran kepada jurulatih Korea Selatan ini mengenai usaha yang dilakukan oleh JDT bagi meletakkan kelab ini sebaris dengan gergasi Asia yang lain. KREDIT ARTIKEL RUJUKAN : MAKAN BOLA SUMBER GAMBAR : FA MALAYSIA FAM #jdt2022 #stadiumsultanibrahim #fasilitijdt #jdtjst #jdtfamily #jdtfc




« Previous Next »


Popular Tags

#LeBron James  #Goalkeeper Saves  #Paul George  #Thomas Muller  #Kevin Durant  #Shaquille O'Neal  #Stephen Curry  #Ronaldinho  #Manuel Neuer  #Stephen Curry  

Popular Users

#shakira  #DeAndre  #RobGronkowski  #geniebouchard  #instagram  #BringerOfRain20  #elonmusk  #b_ryan9  #neymarjr  #KingJames  #Ky1eLong  #SportsCenter  #RobbieSavage8  #TheEllenShow