Content removal request!


ACL 2022:HIGHLIGHTS JOHOR DARUL TAZIM ( 5 )vs (0 ) Guangzhou FC

Wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (ACL) 2022 zon Timur dengan penuh bergaya selepas membelasah Guangzhou FC 5-0 pada aksi kumpulan I yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi.   Bergson Gustavo Silveira da Silva sudah pastinya menjadi watak utama buat JDT apabila pemain kelahiran Brazil itu berjaya meledakkan hatrik pada perlawanan ini Berdepan lawan yang membariskan skuad muda, para pemain JDT menyerlahkan kualiti hebat dimiliki mereka dengan menguasai permainan sebaik sahaja wisel permulaan ditiup pengadil dari Arab Saudi, Mohamed Khled Al Hoish. Skuad kendalian Benjamin Mora itu hanya memerlukan 10 minit untuk berada di hadapan selepas Bergson yang tidak dikawal pertahanan Guangzhou FC dalam kawasan penalti dengan mudah melakukan tandukan bagi menewaskan penjaga gol, He Lipan. JDT mengukuhkan kedudukan berselang tiga minit kemudian setelah rembatan padu kaki kiri diledakkan Fernando Forestieri menyebabkan Lipan melakukan kesilapan sehingga menyebabkan tangkapannya terlucut lalu tertampan ke gawangnya sendiri. Dominasi secara total yang ditampilkan terus memberikan peluang buat pemain JDT untuk mendapatkan jaringan dan ia menjelmakan hasil dengan gol ketiga menerusi Bergson pada minit ke-27. Jaringan tersebut berpunca daripada hantaran lintang cantik dilakukan La’vere Corbin-Ong bagi membuka ruang buat Bergson untuk melepaskan rembatan kaki kiri yang tidak mampu dihalang Lipan. Persefahaman kuat di antara Corbin-Ong dan Bergson semakin jelas kelihatan ketika permainan memasuki minit ke-52 apabila kombinasi dua pemain tersebut membolehkan Bergson menanduk masuk bola sekali gus melengkapkan hatriknya. Ketenangan pemain gantian, Ramadhan Saifullah yang melepasi kawalan pertahanan serta melakukan percubaan lambung yang menewaskan Lipan bagi melengkapkan pesta jaringan buat skuad Harimau Selatan. Kemenangan ini menyaksikan JDT menghuni tangga teratas kumpulan I dengan tiga mata yang dikumpul. Sementara itu, Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale yang terikat pada aksi petang tadi berkongsi satu mata. ===================================== CREDIT SUMBER GAMBAR : JDT JST ARTIKEL RUJUKAN: VOCKET VIDEO : NANDIT SPORT ===================================== #JDT2022 #ACL2022 #JDTVSGuangzhoufc #awangstudios