ACL 2022:JDT KAWASAKI SAMA KUAT,PELUNG CERAH JDT KE PUSINGAN KE 2. Johor Darul Ta'zim (JDT) mengekalkan rekod tanpa kalah selepas menamatkan pusingan pertama dan kekal di tangga teratas Kumpulan I pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila seri 0-0 dengan Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim,sebentar tadi. Keputusan itu menyaksikan JDT mengumpul tujuh mata dan berpeluang cerah untuk memburu slot ke pusingan kedua ACL dengan syarat perlu menang atau seri apabila menentang Kawasaki Frontale yang berada di kedudukan dua, selepas mengumpul lima mata, pada aksi kedua, Ahad ini. Separuh masa pertama bermula baik buat kedua-dua pasukan dengan JDT dilihat lebih berbahaya ketika melakukan serangan. Corbin Ong hampir-hampir menghadiahkan jaringan pertama perlawanan pada minit ke-40 namun sepakannya dari luar kotak penalti berjaya ditepis penjaga gawang Kawasaki Frontale, Jung Sung-Ryong . Bersambung babak ke-2 Johor Darul Ta’zim & Kawasaki memperkemaskan permainan dan beberapa kali memiliki peluang untuk menjaringkan gol. JDT kini mendahului kumpulan I dengan 7 mata diekori Kawasaki dengan 5 mata. JDT bakal bertemu semula Kawasaki sebagai tuan rumah pada Ahad, 24 April 2022 di Stadium Sultan Ibrahim. CREDIT FOTO : JDT JST ARTIKEL RUJUKAN: MAKAN BOLA #JDT2022 #AWANGSTUDIOS
FILIPINA vs MALAYSIA| KELAYAKAN PIALA ASIA U-23 2024 |MAS vs FILIPINA PRE-MATCH Perlawanan kedua Kelayakan Piala ...
JOHOR DARUL TAZIM VS KELANTAN FC | 2ND ROUND PIALA MALAYSIA l JDT VS KELANTAN LIVE 2023 Assalamualaikum ...
KERANA MULUT 'MAT SIUU' DIGANTUNG Assalamualaikum dan salam sejahtera Khabar mengejutkan arena bola sepak ...
PIALA FA|KL CITY SEDIA BUAT JDT "MENANGIS" ULANGI FINAL PIALA MALAYSIA Aksi terumbang ambing yang dipamerkan ...
PRE- MATCH | JOHOR DARUL TAZIM vs NEGERI SEMBILAN FC Assalamualaikum dan salam sejahtera,kerangcakan saingan ...
PRE-MATCH LIGA SUPER : KL CITY FC vs TERENGGANU FC Assalamualaikum dan salam sejahtera,Aksi liga super diteruskan ...
PRE-MATCH | JOHOR DARUL TA'ZIM vs KUAPA LUMPUR CITY FC | Liga Super | 9 MLM Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
AKSI TERENGGANU FC vs JDT PENGADIL BERAT SEBELAH ??? "Pengadil 'ragut' aksi terbaik dipamerkan Terengganu FC ...