Content removal request!


ACL 2022:JDT (0) vs (0) KAWASAKI SAMA KUAT,PELUANG CERAH JDT KE PUSINGAN KE 2.

ACL 2022:JDT KAWASAKI SAMA KUAT,PELUNG CERAH JDT KE PUSINGAN KE 2. Johor Darul Ta'zim (JDT) mengekalkan rekod tanpa kalah selepas menamatkan pusingan pertama dan kekal di tangga teratas Kumpulan I pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila seri 0-0 dengan Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim,sebentar  tadi. Keputusan itu menyaksikan JDT mengumpul tujuh mata dan berpeluang cerah untuk memburu slot ke pusingan kedua ACL dengan syarat perlu menang atau seri apabila menentang Kawasaki Frontale yang berada di kedudukan dua, selepas mengumpul lima mata, pada aksi kedua, Ahad ini. Separuh masa pertama bermula baik buat kedua-dua pasukan dengan JDT dilihat lebih berbahaya ketika melakukan serangan. Corbin Ong hampir-hampir menghadiahkan jaringan pertama perlawanan pada minit ke-40 namun sepakannya dari luar kotak penalti berjaya ditepis penjaga gawang Kawasaki Frontale, Jung Sung-Ryong . Bersambung babak ke-2 Johor Darul Ta’zim & Kawasaki memperkemaskan permainan dan beberapa kali memiliki peluang untuk menjaringkan gol. JDT kini mendahului kumpulan I dengan 7 mata diekori Kawasaki dengan 5 mata. JDT bakal bertemu semula Kawasaki sebagai tuan rumah pada Ahad, 24 April 2022 di Stadium Sultan Ibrahim. CREDIT FOTO : JDT JST ARTIKEL RUJUKAN: MAKAN BOLA #JDT2022 #AWANGSTUDIOS