Jurulatih baharu pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon hari ini melakukan lawatan rasmi ke kelab Johor Darul Ta’zim (JDT). Menurut satu hantaran oleh laman rasmi pasukan iaitu Johor Southern Tigers, pengendali berusia 52 tahun itu bersama-sama barisan kejurulatihan baharu Harimau Malaya dan Pegawai-Pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melakukan rombongan tersebut. Tujuan lawatan itu diadakan adalah untuk melihat dengan lebih dekat kemudahan dan fasiliti yang disediakan oleh kelab kepada para pemain. Bukan itu sahaja, kunjungan itu turut disambut baik oleh pemilik kelab JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di ibu pejabat JDT. Pan-gon dan barisan kejurulatihan juga tidak ketinggalan untuk dibawa ke Stadium Sultan Ibrahim yang merupakan binaan yang paling ikonik di Iskandar Puteri selain turut berkesempatan untuk melihat Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam. Ini juga dapat memberi sedikit sebanyak gambaran kepada jurulatih Korea Selatan ini mengenai usaha yang dilakukan oleh JDT bagi meletakkan kelab ini sebaris dengan gergasi Asia yang lain. KREDIT ARTIKEL RUJUKAN : MAKAN BOLA SUMBER GAMBAR : FA MALAYSIA FAM #jdt2022 #stadiumsultanibrahim #fasilitijdt #jdtjst #jdtfamily #jdtfc
FILIPINA vs MALAYSIA| KELAYAKAN PIALA ASIA U-23 2024 |MAS vs FILIPINA PRE-MATCH Perlawanan kedua Kelayakan Piala ...
JOHOR DARUL TAZIM VS KELANTAN FC | 2ND ROUND PIALA MALAYSIA l JDT VS KELANTAN LIVE 2023 Assalamualaikum ...
KERANA MULUT 'MAT SIUU' DIGANTUNG Assalamualaikum dan salam sejahtera Khabar mengejutkan arena bola sepak ...
PIALA FA|KL CITY SEDIA BUAT JDT "MENANGIS" ULANGI FINAL PIALA MALAYSIA Aksi terumbang ambing yang dipamerkan ...
PRE- MATCH | JOHOR DARUL TAZIM vs NEGERI SEMBILAN FC Assalamualaikum dan salam sejahtera,kerangcakan saingan ...
PRE-MATCH LIGA SUPER : KL CITY FC vs TERENGGANU FC Assalamualaikum dan salam sejahtera,Aksi liga super diteruskan ...
PRE-MATCH | JOHOR DARUL TA'ZIM vs KUAPA LUMPUR CITY FC | Liga Super | 9 MLM Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
AKSI TERENGGANU FC vs JDT PENGADIL BERAT SEBELAH ??? "Pengadil 'ragut' aksi terbaik dipamerkan Terengganu FC ...