Content removal request!


Kim Pan Gon Umum 30 Pemain Bakal Beraksi Untuk Harimau Malaya

SAINGAN Liga Malaysia 2022 yang baru sahaja selesai dengan perlawanan kedua kini dihentikan bagi memberi peluang buat pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengumpul barisan pemain baharu menjalani kem latihan bermula 14 Mac ini sebagai persiapan perlawanan persahabatan Antarabangasa Tier 1 menentang Filipina dan Singapura. Jika sebelum ini senarai pemain yang bakal dipanggil hanya dibuat menerusi kenyataan media tetapi kali ini berbeza apabila Pan-gon telah mengumumkannya secara rasmi pada sidang media di Wisma FAM sebentar tadi Ketua jurulatih merangkap pengurus skuad kebangsaan, Kim Pan Gon telah mengumumkan 30 pemain yang bakal dipanggil menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya bagi aksi menentang Filipina dan Singapura kelak. 14 pemain dari JDT dipanggil dengan 2 pemain muda turut diberi kepercayaan iaitu Shio Hong Wan dan Ramadhan Saifullah. Selain itu, penjaga gol muda Terengganu, Rahadiazli turut dipanggil buat kali pertama Luqman Hakim, Dion Cools, Dominic Tan, Quentin Cheng pula antara nama yang pernah dipanggil sebelum ini. Manakala Darren Lok pula kembali menyarung jersi Harimau Malaya setelah sekian lama tidak dipanggil. Walaupun beberapa nama seperti Hakimi Abdullah, Faisal Halim dan Nor Azam Azih belum bermain perlawanan liga super musim ini ekoran perlawanan ditunda, mereka tetap mendapat peluang dipanggil Kim Pan Gon. Malaysia akan bertemu Filipina pada 23 Mac ini manakala Singapura pula pada 26 Mac dan satu lagi aksi Malaysia akan menentang kelab Singapura, Albirex Niigata FC Singapore pada 28 Mac ini. KREDIT ARTIKEL RUJUKAN : MAKAN BOLA SUMBER GAMBAR : FAM Sertai saluran ini untuk mendapatkan akses kepada manfaat: https://www.youtube.com/channel/UCQGj0EhAmtW2hf4plX4xUVQ/join Terima kasih keranan menonton jagan lupa SUBSCRIBE https://youtube.com/c/AwangStudiosTv100 ) supaya anda tidak ketinggalan info info terkini dan perkembangan Bolasepak Malaysia #harimaumalaya #kimpangon #PersahabatanAntarabangsa #singapore #filipina #awangstudios #bolasepakmalaysia