Content removal request!


MALAYSIA (4) vs (0) BRUNEI:PERSAHABATAN ANTARABANGSA:PRE-MATCH

Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak sabar dan cukup teruja menanti aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Brunei di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. Jelas Pan-gon, keterujaan itu bukanlah disebabkan mahu melihat kemenangan semata-mata, sebaliknya tidak sabar melihat keberkesanan 'senjata baharu' yang sudah dibentuk minggu lalu, sebaik kem latihan bermula Khamis lalu. Katanya, pelbagai input dan maklumat sudah dicurahkan terutama berkaitan formasi baharu yang diterapkan kepada anak buahnya. "Kita berikan maklumat baharu kepada mereka (pemain) dan pemain melakukannya dengan baik dan mungkin kita akan cuba aplikasikan 'senjata baharu' itu. "Mungkin tak sempurna, tetapi ia boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa supaya pasukan kita dapat melakukannya dalam aksi sebenar (Kelayakan Piala Asia 2023) mengikut kemampuan lawan," katanya pada sidang pra-perlawanan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Hadir sama, pemain tengah skuad negara, Syamer Kutty Abba serta ketua jurulatih Brunei, Rosanan Samak dan pemain, Najib Tarif. Skuad negara yang kini dalam tempoh persiapan menjelang aksi Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 bakal diuji dalam dua aksi persahabatan sebelum turun menentang Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh, bulan depan. Brunei adalah lawan pertama malam ini sebelum turun sekali lagi pada Rabu depan dengan Hong Kong bakal menguji skuad kendalian Pan-gon di Stadium Nasional Bukit Jalil. Begitupun di kala jurulatih dari Korea Selatan itu  cuba mempelbagai informasi baharu dalam lapan sesi latihan yang dilalui sejak Khamis lalu, Pan-gon akui pemain dilihat mengalami keletihan ekoran terlalu banyak input diberikan. Bagaimanapun, katanya, pemain tidak mengeluh sebaliknya masing-masing tetap bersemangat dan Pan-gon nyata memuji sikap anak didiknya itu. kita sudah lalui sebanyak lapan sesi latihan dan kita buat asas formasi, pengulangan formasi dan perubahan formasi alternatif. "Saya lihat pemain sedikit kepenatan bukan disebabkan fizikal, cuma mungkin mental saja. Namun bagi saya, pemain sudah berikan yang terbaik dan melakukan kerja dengan baik untuk memahami apa yang ingin saya lihat. "Mereka berjaya melakukannya, jadi buat ketika ini saya sangat berpuas hati dan bangga dengan pemain kita. Saya agak teruja untuk lihat hasilnya ," kata pan gon. ===================================== CREDIT FOTO & VIDEO:FA MALAYSIA FAM ARTIKEL RUJUKAN:MY METRO ===================================== Sertai saluran ini untuk mendapatkan akses kepada manfaat: https://www.youtube.com/channel/UCQGj0EhAmtW2hf4plX4xUVQ/join @Awang Studios Sports