"Saya amat gembira kami tidak dibolosi malam ini" Berikut merupakan reaksi pemain baru Johor Darul Ta'zim, Matt Davies selepas tamat perlawanan CIMB Piala Sumbangsih 2020 di Stadium Sultan Ibrahim. #CIMBPialaSumbangsih2020 #JDTKED #MFLLive #isKetamBola
PERLAWANAN PILIHAN PUSINGAN PERTAMA PIALA FA 2020 Sorotan perlawanan kemenangan 4-1 KL Rovers ke atas Southern FC dalam perlawanan yang berlangsung semalam di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. Davy Angan (dua gol), Syed Ariff Syed Mohammad Uzir dan Sergio Aguero menyumbang gol KL Rovers, manakala gol saguhati Southern FC dijaringkan oleh How Eng Hua dalam masa tambahan menerusi sepakan percuma. Majlis undian Pusingan Kedua Piala FA akan berlangsung petang ini, dengan siaran langsung di FB Live MFL. #PialaFA2020 #isKetamBola
WORLD CLASS FREE-KICK FROM SAFAWI RASID ๐ฒ๐พ 1-0 ๐ฎ๐ฉ #MASvsINA #WCQ #AsianQualifiers #HarimauMalaya #isKetamBola
๐ฝ๏ธ Memang sporting habislah fans Perak dengan Kedah semalam! Banyak lagi ragam-ragam korang yang kami rakam tau! Nak tengok kenalah tunggu! Sebelum tu kita kasi teaser dulu k ๐๐๐ค๐ #ShopeePialaFA2019 #isKetamBola
SOROTAN PERLAWANAN LS21 Hasrat Melaka untuk melonjak ke tangga ketiga Liga Super tidak kesampaian selepas terikat 1-1 berdepan PKNS FC di Stadium Hang Jebat malam tadi. Rentak permainan kedua-dua pasukan kelihatan seimbang bagi babak pertama namun tidak berkesudahan dengan jaringan. Babak kedua menyaksikan skuad Hang Tuah lebih banyak mendominasi permainan dengan gol yang dicari akhirnya terhasil menerusi tolakan kapten pasukan Shukor Adan pada minit ke-54. Bagaimanapun ketika masa permainan berbaki 10 minit, Kpah Sherman akhirnya menjadi meledak gol buat PKNS FC dan menyamai kedudukan. Keputusan terbabit menyaksikan tuan rumah kekal di tangga kelima liga di belakang Johor Darul Ta'zim, Pahang, Kedah dan Selangor. #LigaSuper2019 #isKetamBola
SOROTAN PERLAWANAN LS20 Felda United FC memperolehi kemenangan pertama di tempat lawan musim ini dengan menewaskan Kuala Lumpur 2-0 malam tadi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. Pasukan tuan rumah mengatur beberapa serangan pada awal perlawanan, namun percubaan Paulo Josue dan Indra Putra Mahayuddin tidak menepati sasaran. The Fighters membuka jaringan pada minit ke-41 selepas bola yang gagal ditangkap penjaga gol KL, Faridzuean Kamaruddin, ditolak masuk gawang gol oleh penyerang Singapura, Khairul Amri Kamal untuk gol ketiga beliau musim ini dalam Liga Super. Sambung babak kedua, Felda United FC menambah jaringan melalui rembatan kencang Zahril Azri Zabri hasil hantaran Khairul Amri. Kei Ikeda dan Faiz Mazlan mempunyai peluang untuk menggandakan kelebihan pasukan pelawat, namun tidak dapat disudahkan dan keputusan kekal 2-0 untuk membolehkan Felda United FC memintas Kuala Lumpur untuk menduduki tempat ke-11 Liga Super. #LigaSuper2019 #isKetamBola
SOROTAN PERLAWANAN LS20 Pahang meneruskan rentak kemenangan di laman sendiri dengan menewaskan PKNS FC 3-2 malam tadi di Stadium Darul Makmur. Pasukan pelawat melakukan percubaan pada awal permainan melalui Tommy Mawat Bada, tetapi diselamatkan oleh Remezey Che Ros. Skuad Tok Gajah membuka jaringan hasil tandukan Herold Goulon yang menanduk masuk sepakan sudut Nor Azam Azih pada minit ke-30 untuk gol keenam peribadinya musim ini. Tiga minit sebelum waktu rehat pertama, Muslim Ahmad menambah jaringan untuk Pahang dengan gol kedua yang juga berpunca daripada sepakan sudut. Sambung babak kedua, PKNS FC menggandakan usaha dengan beberapa percubaan, namun tidak berjaya menewaskan Remezey di gawang gol Pahang. Skuad Semut Merah akhirnya menjaringkan gol melalui penyudah tenang penjaring terbanyak Liga Super, Kpah Sherman dengan gol ke-13 beliau musim ini. PKNS FC menyamakan kedudukan pada minit ke-65 dengan rembatan kencang Gabriel Guerra, tetapi ketua pasukan Pahang, Matthew Davies muncul wira Tok Gajah dengan gol kemenangan pada minit ke-90. #LigaSuper2019 #isKetamBola
"Saya terpaksa lupakan apa yang berlaku di Pahang tempoh hari kerana pasukan perlukan saya pada malam ini," Berikut merupakan reaksi daripada Hafizul Hakim selepas tamat perlawanan Separuh Akhir Shopee Piala FA #PRKPHG sebentar tadi. #ShopeePialaFA2019 #MFLLive #isKetamBola