Content removal request!


Melaka United 1 - 1 PKNS FC | Liga Super 2019 | LS21

SOROTAN PERLAWANAN LS21 Hasrat Melaka untuk melonjak ke tangga ketiga Liga Super tidak kesampaian selepas terikat 1-1 berdepan PKNS FC di Stadium Hang Jebat malam tadi. Rentak permainan kedua-dua pasukan kelihatan seimbang bagi babak pertama namun tidak berkesudahan dengan jaringan. Babak kedua menyaksikan skuad Hang Tuah lebih banyak mendominasi permainan dengan gol yang dicari akhirnya terhasil menerusi tolakan kapten pasukan Shukor Adan pada minit ke-54. Bagaimanapun ketika masa permainan berbaki 10 minit, Kpah Sherman akhirnya menjadi meledak gol buat PKNS FC dan menyamai kedudukan. Keputusan terbabit menyaksikan tuan rumah kekal di tangga kelima liga di belakang Johor Darul Ta'zim, Pahang, Kedah dan Selangor. #LigaSuper2019 #isKetamBola