is Ketam Bola's user profile page. Match highlights, posts and more on site!

“”

 Report User

Latest Posts

UiTM FC vs PDRM (3-1) | Highlights CIMB LIGA SUPER 2020 | LS4
UiTM FC vs PDRM (3-1) | Highlights CIMB LIGA SUPER 2020 | LS4

SOROTAN PERLAWANAN CIMB LIGA SUPER 2020 - LS4 UiTM FC merekodkan kemenangan pertama musim ini apabila menewaskan pasukan PDRM 3-1 di tempat sendiri. UiTM FC yang beraksi cemerlang terlebih dahulu meledak gol pembukaan pada minit ke-12 menerusi Rabih Ataya kemudian minit ke-45 mereka menerima sepakan penalti yang disempurnakan oleh Gustavo. Bersambung babak kedua, ZulkifflI Zakaria menyumbangkan gol ketiga buat pasukan mereka pada minit ke-83. Gol saguhati PDRM dijaringkan oleh Eskandar Ismail pada minit masa tambahan. #ForwardFootball #BangkitSemangatBola #CIMBLigaSuper2020 #isKetamBola



KEDAH vs SELANGOR (2-0) | Highlights CIMB LIGA SUPER 2020 | LS4
KEDAH vs SELANGOR (2-0) | Highlights CIMB LIGA SUPER 2020 | LS4

SOROTAN PERLAWANAN CIMB LIGA SUPER 2020 - LS4 Pasukan Kedah mencatat kemenangan 2-0 ke atas pasukan Selangor di laman sendiri malam tadi. Kedah meledak gol pembukaan pada minit ke-26 menerusi sepakan Renan Alves dan Kpah Sherman menambah jaringan pada minit ke-45. #ForwardFootball #BangkitSemangatBola #CIMBLigaSuper2020 #isKetamBola



TERENGGANU vs SELANGOR (3-3) | Highlights CIMB LIGA SUPER 2020 | LS3
TERENGGANU vs SELANGOR (3-3) | Highlights CIMB LIGA SUPER 2020 | LS3

SOROTAN PERLAWANAN CIMB LIGA SUPER 2020 - LS3 Terengganu FC dan Selangor berkongsi mata dengan keputusan seri 3-3 malam tadi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Ifedayo Omosuyi membuka jaringan pada babak pertama namun TFC menyamakan kedudukan pada minit ke-43 jaringan pemain gantian, Rahmat Makasuf. Bersambung babak kedua, perlawanan saling berentap dengan hasil jaringan Khyril Muhymeen, Sanjar Shaakhmedov dan Brendan Gan sebelum sepakan penalti Lee Tuck pada masa tambahan minit ke-90 menyelamatkan satu mata untuk tuan rumah. #ForwardFootball #BangkitSemangatBola #CIMBLigaSuper2020 #isKetamBola



KEDAH vs TERENGGANU (3-4) | Highlights CIMB LIGA SUPER 2020 | LS2
KEDAH vs TERENGGANU (3-4) | Highlights CIMB LIGA SUPER 2020 | LS2

SOROTAN PERLAWANAN CIMB LIGA SUPER 2020 - LS2 Kedah yang awalnya bermula garang terpaksa akur dengan keputusan kemenangan yang berpihak kepada pasukan Terengganu FC berkesudahan 3-4 di Stadium Darul Aman malam tadi. Pasukan pelawat terlebih dahulu meledak gawang gol seawal minit kedua hasil jaringan Dominique Da Sylva dan Kedah saling menyamakan kedudukan pada minit ke-19 menerusi Renan Alves. Kpah Sherman dan Tchetche Kipre menjadikan kedudukan 3-1 memihak pasukan Kedah namun Terengganu FC seolah-olah bangkit di minit terakhir apabila Da Sylva menghasilkan gol pada minit ke-64, 82 dan 84 untuk menang 4-3. #ForwardFootball #BangkitSemangatBola #CIMBLigaSuper2020 #isKetamBola



SELANGOR vs PERAK (1-1) | Highlights CIMB LIGA SUPER 2020 | LS2
SELANGOR vs PERAK (1-1) | Highlights CIMB LIGA SUPER 2020 | LS2

SOROTAN PERLAWANAN CIMB LIGA SUPER 2020 - LS2 Selangor dan Perak berkongsi mata dengan seri 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Shahrel Fikri Fauzi memberi kelebihan kepada Perak pada minit ke-9 tetapi gol penyamaan Selangor dijaringkan menerusi tandukan Ifedayo Omosuyi pada minit ke-31. #ForwardFootball #BangkitSemangatBola #CIMBLigaSuper2020 #isKetamBola



SABAH vs FELDA UNITED (3-1) | Highlights CIMB LUGA SUPER 2020 | LS2
SABAH vs FELDA UNITED (3-1) | Highlights CIMB LUGA SUPER 2020 | LS2

SOROTAN PERLAWANAN CIMB LIGA SUPER 2020 - LS2 Sabah berjaya membawa pulang tiga mata penuh apabila menewaskan Felda United FC 3-1 di Stadium Likas malam tadi. Sabah bermula garang apabila meledak gol awal seawal minit ke-12 menerusi Rodoljub Paunovic dan seterusnya menambah jaringan pada minit ke-38 hasil tandukan Park Tae-su. Bersambung babak kedua, skuad The Fighters berjaya meledak gawang pihak lawan pada minit ke-73 menerusi Khairul Amri namun Sabah sekali lagi mencari gol hasil ledakan Maxsius Musa. #ForwardFootball #BangkitSemangatBola #CIMBLigaSuper2020 #isKetamBola



PDRM vs SABAH (0-0) | Highlights CIMB LIGA SUPER 2020 - LS1
PDRM vs SABAH (0-0) | Highlights CIMB LIGA SUPER 2020 - LS1

SOROTAN PERLAWANAN CIMB LIGA SUPER 2020 - LS1 Juara Liga Premier 2019, Sabah mencatat keputusan seri 0-0 dengan pasukan PDRM pada aksi pertama CIMB Liga Super mereka malam tadi. Biarpun mencipta beberapa peluang, namun tiada gol berjaya dicetak dan kedua-dua pasukan hanya membawa pulang 1 mata. #ForwardFootball #CIMBLigaSuper2020 #isKetamBola



Highlights


Next »


User Detail Page

You can find user latest posts and related content on the page. Friends, comments for events / matches are also available on the page. Even you can find users who are same pleasure with current user.

#Travel, #SupportYourTeam, #AllAboutSports