Content removal request!


Kuala Lumpur 0 - 2 Felda United | Liga Super 2019 | LS20

SOROTAN PERLAWANAN LS20 Felda United FC memperolehi kemenangan pertama di tempat lawan musim ini dengan menewaskan Kuala Lumpur 2-0 malam tadi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. Pasukan tuan rumah mengatur beberapa serangan pada awal perlawanan, namun percubaan Paulo Josue dan Indra Putra Mahayuddin tidak menepati sasaran. The Fighters membuka jaringan pada minit ke-41 selepas bola yang gagal ditangkap penjaga gol KL, Faridzuean Kamaruddin, ditolak masuk gawang gol oleh penyerang Singapura, Khairul Amri Kamal untuk gol ketiga beliau musim ini dalam Liga Super. Sambung babak kedua, Felda United FC menambah jaringan melalui rembatan kencang Zahril Azri Zabri hasil hantaran Khairul Amri. Kei Ikeda dan Faiz Mazlan mempunyai peluang untuk menggandakan kelebihan pasukan pelawat, namun tidak dapat disudahkan dan keputusan kekal 2-0 untuk membolehkan Felda United FC memintas Kuala Lumpur untuk menduduki tempat ke-11 Liga Super. #LigaSuper2019 #isKetamBola