Melaka United 1 - 1 PKNS FC | Liga Super 2019 | LS21 by @is Ketam Bola - Post Details

Melaka United 1 - 1 PKNS FC | Liga Super 2019 | LS21

SOROTAN PERLAWANAN LS21 Hasrat Melaka untuk melonjak ke tangga ketiga Liga Super tidak kesampaian selepas terikat 1-1 berdepan PKNS FC di Stadium Hang Jebat malam tadi. Rentak permainan kedua-dua pasukan kelihatan seimbang bagi babak pertama namun tidak berkesudahan dengan jaringan. Babak kedua menyaksikan skuad Hang Tuah lebih banyak mendominasi permainan dengan gol yang dicari akhirnya terhasil menerusi tolakan kapten pasukan Shukor Adan pada minit ke-54. Bagaimanapun ketika masa permainan berbaki 10 minit, Kpah Sherman akhirnya menjadi meledak gol buat PKNS FC dan menyamai kedudukan. Keputusan terbabit menyaksikan tuan rumah kekal di tangga kelima liga di belakang Johor Darul Ta'zim, Pahang, Kedah dan Selangor. #LigaSuper2019 #isKetamBola

Similar Posts!

Perangkap Offside By Amri Yahya aka Wak Am | SABAH vs KL CITY FC
Perangkap Offside By Amri Yahya aka Wak Am | SABAH vs KL CITY FC

Legend buat hal lagi. Halang tak halang, ni soal offside trap yer (pergerakan aktif menghampiri bola). Tak faham jgk buka kitab bola.



UiTM FC vs PDRM (3-1) | Highlights CIMB LIGA SUPER 2020 | LS4
UiTM FC vs PDRM (3-1) | Highlights CIMB LIGA SUPER 2020 | LS4

SOROTAN PERLAWANAN CIMB LIGA SUPER 2020 - LS4 UiTM FC merekodkan kemenangan pertama musim ini apabila menewaskan pasukan PDRM 3-1 di tempat sendiri. UiTM FC yang beraksi cemerlang terlebih dahulu meledak gol pembukaan pada minit ke-12 menerusi Rabih Ataya kemudian minit ke-45 mereka menerima sepakan penalti yang disempurnakan oleh Gustavo. Bersambung babak kedua, ZulkifflI Zakaria menyumbangkan gol ketiga buat pasukan mereka pada minit ke-83. Gol saguhati PDRM dijaringkan oleh Eskandar Ismail pada minit masa tambahan. #ForwardFootball #BangkitSemangatBola #CIMBLigaSuper2020 #isKetamBola



KEDAH vs SELANGOR (2-0) | Highlights CIMB LIGA SUPER 2020 | LS4
KEDAH vs SELANGOR (2-0) | Highlights CIMB LIGA SUPER 2020 | LS4

SOROTAN PERLAWANAN CIMB LIGA SUPER 2020 - LS4 Pasukan Kedah mencatat kemenangan 2-0 ke atas pasukan Selangor di laman sendiri malam tadi. Kedah meledak gol pembukaan pada minit ke-26 menerusi sepakan Renan Alves dan Kpah Sherman menambah jaringan pada minit ke-45. #ForwardFootball #BangkitSemangatBola #CIMBLigaSuper2020 #isKetamBola