INSIDE GAME | TERENGGANU FC II FC vs TRW KELANTAN FC | LIGA PREMIER MALAYSIA | MATCH 7
INSIDE GAME | TERENGGANU FC II FC vs TRW KELANTAN FC | LIGA PREMIER MALAYSIA | MATCH 7

ULASAN PERLAWANAN | TERENGGANU FC II VS KELANTAN FC ______________________ Kuala Terengganu : Saingan Liga Premier musim 2022 bersambung semula untuk perlawanan ketujuh selepas berehat bagi menyambut hari raya Aidilfitri. Hujan lebat membasahi Kuala Terengganu 5 minit sebelum sepak mula. Awal minit permainan bermula agak seimbang. Kedua-dua pasukan masih mencari rentak dalam keadaan padang yang basah. Beberapa percubaan daripada pasukan lawan namun tidak menemui sasaran. Pasukan TRW Kelantan pula masih belum ada percubaan berbahaya ke arah kubu lawan. 20 minit perlawanan berlangsung, pasukan TRW Kelantan FC mula mendapat rentak permainan dan mengawal perlawanan di bahagian tengah padang. Masuk minit ke-30, gol pertama perlawanan muncul hasil jaringan Nurshamil Abd Ghani menerusi hantaran silang Natanel Siringgo Ringgo. Sejurus selepas gol pertama, pasukan TRW Kelantan FC giat mengasak ke kubu pasukan Terengganu FC II menerusi kelincahan pemain sayap kiri dan kanan. Beberapa percubaan juga hampir menghasilkan gol seterusnya. Terengganu FC II kian derita apabila terpaksa bermain dengan 10 orang pemain setelah pemain pertahanan mereka dilayangkan kad merah pada minit ke-37 perlawanan. Pasukan TRW Kelantan FC terus mendominasi perlawanan hingga tamat separuh masa pertama. Separuh masa kedua bermula dengan asakan bertali arus daripada kedua-dua pasukan. Permainan berintensiti tinggi ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan untuk mencari gol seterusnya. Pada minit ke-57, pasukan TRW Kelantan FC mendapat peluang keemasan untuk menambah jaringan menerusi Farhan Roslan namun ketenangan Syed Muhammad Nasrulhaq, penjaga gol pasukan Terengganu FC II menafikan peluang itu. Perlawanan kembali sengit apabila kedua-dua pasukan mula mengasak ke kubu masing-masing. Beberapa percubaan juga hampir menghasilkan jaringan. Pada minit ke-81, pasukan Terengganu FC II hampir menembusi gawang pasukan TRW Kelantan FC menerusi satu ‘tap-in’ namun ditampan kemas oleh penjaga gol TRW Kelantan FC, Nik Mohd Amin. Pada babak terakhir perlawanan, pasukan Terengganu FC II bertubi-tubi mengasak kubu pasukan TRW Kelantan FC untuk mencari jaringan penyamaan namun tiupan wisel penamat mematahkan harapan mereka. Tamat perlawanan dengan kemenangan tipis kepada pasukan TRW Kelantan FC. ____________ SUBSCRIBE now to TRW TV on YouTube. Hit the bell to get notifications on our latest uploads! Twitter: https://twitter.com/kelantanfc_trw Instagram: https://www.instagram.com/trwkelantanfc Facebook: https://www.facebook.com/trwkelantanfc TikTok: https://www.tiktok.com/@trwkelantanfc Web: https://trwkelantanfc.com/ About the official TRW TV YouTube channel: Here you will find all the latest videos from TRW Kelantan FC, including League goals, highlights, behind-the-scenes footage, training and much more. #TheRedWarriors #GomoKelateGomo #Zamburger #HotelZamburger #DinJayBeeSatay #ThePowerofGomoMindset #TRWSelamanya

Liga Premier 2022 Highlights | PDRM FC 1-3 Kelantan FC
Liga Premier 2022 Highlights | PDRM FC 1-3 Kelantan FC

Ulasan Perlawanan | PDRM FC vs Kelantan FC _________________ Cheras : Perlawanan keenam saingan Liga Premier musim 2022 diantara TRW Kelantan FC menentang PDRM FC. Hujan membasahi Bandar Sri Permaisuri, Cheras sebelum perlawanan bermula menyebabkan para pemain sukar mendapat rentak awal permainan. Minit awal permainan pasukan TRW Kelantan FC giat mengasak kubu pasukan PDRM FC untuk mencari gol pendahuluan. Namun pada mini ke-7, pasukan PDRM FC membuka jaringan pertama melalui sepakan penalti oleh Azrie Reza. TRW Kelantan FC terus mencari peluang jaringan penyamaan menerusi beberapa cubaan ke arah gawang PDRM FC namun tiada hasil yang sempurna. Tamat separuh masa pertama dengan keputusan kekal PDRM FC mendahului perlawanan dengan satu gol. Separuh masa kedua bermula dengan asakan bertali arus daripada pasukan TRW Kelantan FC. Pasukan TRW Kelantan FC tidak menunggu lama untuk menghasilkan gol penyamaan menerusi jaringan Nurshamil Abd Ghani pada minit ke-48. TRW Kelantan FC terus kekal dengan rentak agresif bagi mencari gol kedua. Dominasi yang ditunjukkan oleh pasukan TRW Kelantan FC ini hampir membuahkan hasil dengan beberapa serangan ke kubu pasukan PDRM FC. Sejurus masuk minit ke-67, pasukan TRW Kelantan FC berjaya mencetak gol kedua menerusi rembatan deras Nixon Guylherme yang menggegarkan gawang pasukan PDRM FC. Semangat pasukan TRW Kelantan FC semakin memuncak.Pasukan terus ghairah untuk mencari jaringan ketiga. Akhirnya, pasukan TRW Kelantan FC sekali lagi berjaya membolosi gawang pasukan PDRM FC pada minit ke-85 menerusi hantaran lintang Belfort dari kiri padang tepat ke arah Nixon untuk melepaskan satu rembatan kencang ke gawang gol lawan. Masa penuh perlawanan tamat dengan tiga mata penuh digenggam oleh TRW Kelantan FC. Tiga gol bermakna untuk pasukan. Terima kasih kepada semua yang setiasa menyokong. Gomo Kelate Gomo! #TheRedWarriors #GomoKelateGomo #Zamburger #HotelZamburger #DinJayBeeSatay #ThePowerofGomoMindset #TRWSelamanya

INSIDE GOAL  |  YUSRI YUHASMADI - vs KUCHING CITY FC | LP4
INSIDE GOAL | YUSRI YUHASMADI - vs KUCHING CITY FC | LP4

SUBSCRIBE now to TRW TV on YouTube. Hit the bell to get notifications on our latest uploads! Twitter: https://twitter.com/kelantanfc_trw Instagram: https://www.instagram.com/trwkelantanfc Facebook: https://www.facebook.com/trwkelantanfc TikTok: https://www.tiktok.com/@trwkelantanfc Web: https://trwkelantanfc.com/ About the official TRW TV YouTube channel: Here you will find all the latest videos from TRW Kelantan FC, including League goals, highlights, behind-the-scenes footage, training and much more. #TheRedWarriors #GomoKelateGomo #Zamburger #HotelZamburger #DinJayBeeSatay #ThePowerofGomoMindset #TRWSelamanya

Liga Premier 2022 Highlights | Skuad Projek FAM-MSN 0-1 Kelantan FC
Liga Premier 2022 Highlights | Skuad Projek FAM-MSN 0-1 Kelantan FC

ULASAN PERLAWANAN ⚪🔴 Cheras : Perlawanan kedua saingan Liga Premier musim 2022 di antara pasukan TRW Kelantan FC menentang Skuad Projek FAM-MSN di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. Bagi perlawanan kali ini, TRW Kelantan FC mengubah sedikit barisan pemain utama yang hanya menurunkan seorang pemain import di bahagian serangan. 15 minit permainan, kedua-dua pasukan mula merangka strategi bagi mendapatkan gol awal dan permainan tampak seimbang di bahagian tengah padang. Masuk minit ke-17, satu hantaran kemas daripada Belfort kepada Fazrul Amir hampir menghasilkan gol pertama namun ketangkasan penjaga gol Skuad Projek, Nabil Asyraf menepis keluar bola keluar dari gawang. Dua penggantian pemain awal separuh masa yang pertama dilakukan oleh Coach Rezal Zambery bagi memperkemaskan lagi bahagian serangan pasukan TRW Kelantan FC. Separuh masa kedua bermula dengan permainan berintensiti tinggi daripada TRW Kelantan FC dan 2 minit selepas itu Nixon Guylherme berjaya mencetak gol pertama pasukan hasil hantaran silang oleh Danial Hadri. Gol ini juga mengesahkan akaun gol pertama Nixon dalam saingan ini. Minit ke-51 sekali lagi peluang jaringan terhidang hasil lorongan cantik Belfort kepada Fazrul Amir namun tersasar. Pertukaran ketiga dilakukan oleh TRW Kelantan FC dengan memasukkan Fadel Antar bagi memperkuatkan bahagian serangan pasukan. Skuad Projek FAM-MSN juga memberi asakan dengan percubaan deras oleh penyerang pasukan pada minit ke-64 untuk menguji ketangkasan penjaga gol TRW Kelantan FC. TRW Kelantan FC mempunyai banyak peluang untuk menambah gol namun tiada penyudah yang sempurna daripada pasukan. 2 minit sebelum tamat perlawanan, Skuad Projek FAM-MSN mempunyai peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan menerusi satu sepakan percuma di luar kotak-D TRW Kelantan FC namun ketangkasan Nik Amin mematahkan rembatan itu. Masa penuh perlawanan, TRW Kelantan FC berjaya memperoleh tiga mata penuh di Cheras dan meneruskan rentak kemenangan dalam saingan liga. Gomo Kelate Gomo! #TheRedWarriors #GomoKelateGomo #Zamburger #HotelZamburger #DinJayBeeSatay #ThePowerofGomoMindset #TRWSelamanya #LigaPremier2022

INSIDE GAME | JDT II vs TRW KELANTAN FC | LIGA PREMIER MALAYSIA | MATCH 1
INSIDE GAME | JDT II vs TRW KELANTAN FC | LIGA PREMIER MALAYSIA | MATCH 1

ULASAN PERLAWANAN ⚪🔴 Larkin : Perlawanan pembuka tirai Liga Premier Malaysia musim 2022 bermula malam ini dengan menyaksikan Kelantan FC menentang JDT II di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Johor. Hujan lebat sebelum perlawanan bermula di selatan tanah air mengakibatkan permukaan padang basah dan menjejaskan rentak kedua-dua pasukan di awal permainan. Beberapa minit setelah percubaan pertama Kelantan FC, JDT II pula dihadiahkan satu sepakan percuma pada minit ke-6 namun kekebalan benteng Kelantan FC berjaya melumpuhkan percubaan itu. Hasil kekebalan benteng Kelantan FC melumpuhkan sepakan percuma JDT II, satu serangan balas di minit ke-7 perlawanan dilakukan dan berjaya mencetak gol petama perlawanan hasil umpanan menarik Nixon Guylherme kepada Natanel Siringo Ringo. Percubaan dari bahagian kanan padang dilakukan oleh pasukan JDT II pada minit ke-12 hampir menghasilkan tuah namun dipatahkan oleh kekebalan penjaga gol Kelantan FC, Ahmad Solehin Mamat. Beberapa asakan juga dilakukan oleh kedua-dua pasukan sebelum wisel separuh masa pertama perlawanan ditiup. Awal permulaan separuh masa kedua menyaksikan JDT II beraksi agak agresif untuk mencari gol penyamaan namun disiplin permainan yang tinggi ditunjukkan oleh pasukan Kelantan FC untuk menyerap segala asakan lawan. Penyerang Kelantan FC, Kervens Belfort berjaya memenangi bola di udara hasil umpanan sepakan percuma daripada Syed Sobri pada minit ke-66 namun tidak menepati ke sasaran. Pasukan Kelantan FC terus agresif mengasak ke kubu pasukan JDT II namun kealpaan benteng pertahanan Kelantan FC pada minit ke-74 dihukum oleh pemain pasukan JDT II, Daryl Sham apabila serangan balas yang pantas berjaya menghasilkan gol penyamaan perlawanan. Semangat juang pasukan Kelantan FC tidak terhenti disitu. Kemasukan beberapa pemain seperti Nurshamil Abd. Ghani, Farhan Roslan, Jasmir Mehat dan Che Mohd Arif memberi satu lonjakan kepada pasukan dan hasilnya pada minit ke-93, Kelantan FC berjaya mencetak gol kemenangan hasil daripada kerja keras Fazrul Amir dan gol kemenangan daripada Jasmir Mehat. Dengan ledakan gol kedua itu, Kelantan FC berjaya membawa pulang tiga mata penuh dan membuka musim 2022 dengan kemenangan. The Power of Gomo Mindset! #TheRedWarriors #GomoKelateGomo #Zamburger #HotelZamburger #DinJayBeeSatay #ThePowerofGomoMindset #TRWSelamanya #LigaPremier2022

Liga Premier 2022 Highlights | Johor Darul Ta'zim II 1-2 Kelantan FC

INSIDE GAME - SABAH FC vs TRW KELANTAN FC [SMJ CUP 2022] - MATCH 1
INSIDE GAME - SABAH FC vs TRW KELANTAN FC [SMJ CUP 2022] - MATCH 1

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN -------- SABAH FC [1] - [2] KELANTAN FC ⚽ Saddil Ramdani 51' ⚽ Alifh Aiman 71' ⚽ Belfort 86' (P) #SkinDessert #AspirasiJuara #TheRedWarriors #GomoKelateGomo #Zamburger #HotelZamburger #DinJayBeeSatay #ThePowerofGomoMindset #TRWSelamanya

Next »

Popular Tags

#Cleveland Cavaliers  #Football Defensive Skills  #Paul George  #Zlatan Ibrahimovi  #Best Goals  #Best Football Defending Skills  #Kyrie Irving  #Best Goals  #Kawhi Leonard  #Stephen Curry  

Popular Users

#YouTube  #MariaSharapova  #neymarjr  #instagram  #MileyCyrus  #DeionSanders  #CP3  #nfl  #imVkohli  #taylorswift13  #iamsrk  #normmacdonald  #dougferguson405  #BizNasty2point0