Ulasan Perlawanan ⚪🔴 UiTM FC vs Kelantan FC LP3 25/3/22, Jumaat Stadium UiTM, Shah Alam _______________ Shah Alam: Seperti yang dijangka, beberapa perubahan bagi barisan kesebelasan utama dipamerkan oleh TRW Kelantan FC dalam perlawanan ketiga Liga Premier musim ini. Pasukan UiTM FC begitu ghairah di awal permainan dengan beberapa serangan ke kubu TRW Kelantan FC namun kekebalan benteng pertahanan menafikan semua percubaaan. Beberapa peluang turut terhidang dalam 20 minit awal permainan namun tiada tindakan susulan yang kemas untuk menghasilkan gol pertama pasukan TRW Kelantan FC. Masuk minit ke-28, gol pertama TRW Kelantan FC terhasil menerusi sepakan percuma leret oleh Nurshamil Abd Ghani yang bijak menembus benteng dan terus menerjah ke gawang gol UiTM. Terkesima dengan gol itu, UiTM FC terus mengasak kubu Kelantan FC menerusi beberapa hantaran lintang berbahaya namun barisan pertahanan lebih fokus untuk mengawal keadaan. Seterusnya pada minit ke-40, Farhan Roslan tidak mempersiakan peluang untuk mencetak gol kedua TRW Kelantan FC hasil umpanan Shahrul Igwan dari sisi kiri padang. TRW Kelantan FC terus mendominasi perlawanan sehingga tamat separuh masa pertama. Permulaan separuh masa kedua, TRW Kelantan FC terus mengawal rentak perlawanan. Hanya beberapa percubaan serangan yang mampu dihasilkan oleh pasukan lawan. Tiga penggantian pemain pada 20 minit awal separuh masa kedua memberi impak yang positif pada bahagian serangan pasukan TRW Kelantan FC. Masuk minit ke-71 perlawanan, gol ketiga TRW Kelantan FC berjaya dijaringkan oleh Kervens Belfort menerusi sepakan percuma oleh Shahrul Igwan. 15 minit terakhir menyaksikan perlawanan agak tegang dan memaksa pengadil memberikan beberapa layangan kad kuning termasuk satu kad merah. Tamat perlawanan, TRW Kelantan FC meneruskan rentak kemenangan dengan bergaya di laman UiTM FC dengan jaringan tiga berbalas kosong. #TheRedWarriors #GomoKelateGomo #Zamburger #HotelZamburger #DinJayBeeSatay #ThePowerofGomoMindset #TRWSelamanya #LigaPremier2022
SUBSCRIBE now to TRW TV on YouTube. Hit the bell to get notifications on our latest uploads! Twitter: ...
KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN TRW KELANTAN FC [2] - [2] KL CITY FC ⚽️ Tchetche Kipre 11' (KLC) ⚽️ Declan ...
Sidang Media bersama Ketua Jurulatih Kelantan FC, Coach Choi Moon Sik selepas tamat perlawanan diantara Kelantan FC ...
FULL TIME JOHOR DARUL TA'ZIM [5] - [1] TRW KELANTAN FC SUBSCRIBE now to TRW TV on YouTube. Hit the bell to get ...
Sidang Media bersama Ketua Jurulatih Kelantan FC, Coach Choi Moon Sik selepas tamat perlawanan diantara Johor Darul ...
Perlawanan ke 3 Liga Super, Kelantan berjaya menewaskan Penang FC dengan jaringan 2-0. Goal berjaya dihasilkan oleh ...
KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN TRW KELANTAN FC [2]-[0] PENANG FC ⚽️ Ismaheel Akinade ⚽️ Fazrul Amir ...
FULL TIME SRI PAHANG FC [4]-[1] TRW KELANTAN FC SUBSCRIBE now to TRW TV on YouTube. Hit the bell to get notifications ...