Content removal request!


Liga Premier 2022 Highlights | PDRM FC 1-3 Kelantan FC

Ulasan Perlawanan | PDRM FC vs Kelantan FC _________________ Cheras : Perlawanan keenam saingan Liga Premier musim 2022 diantara TRW Kelantan FC menentang PDRM FC. Hujan membasahi Bandar Sri Permaisuri, Cheras sebelum perlawanan bermula menyebabkan para pemain sukar mendapat rentak awal permainan. Minit awal permainan pasukan TRW Kelantan FC giat mengasak kubu pasukan PDRM FC untuk mencari gol pendahuluan. Namun pada mini ke-7, pasukan PDRM FC membuka jaringan pertama melalui sepakan penalti oleh Azrie Reza. TRW Kelantan FC terus mencari peluang jaringan penyamaan menerusi beberapa cubaan ke arah gawang PDRM FC namun tiada hasil yang sempurna. Tamat separuh masa pertama dengan keputusan kekal PDRM FC mendahului perlawanan dengan satu gol. Separuh masa kedua bermula dengan asakan bertali arus daripada pasukan TRW Kelantan FC. Pasukan TRW Kelantan FC tidak menunggu lama untuk menghasilkan gol penyamaan menerusi jaringan Nurshamil Abd Ghani pada minit ke-48. TRW Kelantan FC terus kekal dengan rentak agresif bagi mencari gol kedua. Dominasi yang ditunjukkan oleh pasukan TRW Kelantan FC ini hampir membuahkan hasil dengan beberapa serangan ke kubu pasukan PDRM FC. Sejurus masuk minit ke-67, pasukan TRW Kelantan FC berjaya mencetak gol kedua menerusi rembatan deras Nixon Guylherme yang menggegarkan gawang pasukan PDRM FC. Semangat pasukan TRW Kelantan FC semakin memuncak.Pasukan terus ghairah untuk mencari jaringan ketiga. Akhirnya, pasukan TRW Kelantan FC sekali lagi berjaya membolosi gawang pasukan PDRM FC pada minit ke-85 menerusi hantaran lintang Belfort dari kiri padang tepat ke arah Nixon untuk melepaskan satu rembatan kencang ke gawang gol lawan. Masa penuh perlawanan tamat dengan tiga mata penuh digenggam oleh TRW Kelantan FC. Tiga gol bermakna untuk pasukan. Terima kasih kepada semua yang setiasa menyokong. Gomo Kelate Gomo! #TheRedWarriors #GomoKelateGomo #Zamburger #HotelZamburger #DinJayBeeSatay #ThePowerofGomoMindset #TRWSelamanya