ULASAN PERLAWANAN ⚪🔴 Cheras : Perlawanan kedua saingan Liga Premier musim 2022 di antara pasukan TRW Kelantan FC menentang Skuad Projek FAM-MSN di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. Bagi perlawanan kali ini, TRW Kelantan FC mengubah sedikit barisan pemain utama yang hanya menurunkan seorang pemain import di bahagian serangan. 15 minit permainan, kedua-dua pasukan mula merangka strategi bagi mendapatkan gol awal dan permainan tampak seimbang di bahagian tengah padang. Masuk minit ke-17, satu hantaran kemas daripada Belfort kepada Fazrul Amir hampir menghasilkan gol pertama namun ketangkasan penjaga gol Skuad Projek, Nabil Asyraf menepis keluar bola keluar dari gawang. Dua penggantian pemain awal separuh masa yang pertama dilakukan oleh Coach Rezal Zambery bagi memperkemaskan lagi bahagian serangan pasukan TRW Kelantan FC. Separuh masa kedua bermula dengan permainan berintensiti tinggi daripada TRW Kelantan FC dan 2 minit selepas itu Nixon Guylherme berjaya mencetak gol pertama pasukan hasil hantaran silang oleh Danial Hadri. Gol ini juga mengesahkan akaun gol pertama Nixon dalam saingan ini. Minit ke-51 sekali lagi peluang jaringan terhidang hasil lorongan cantik Belfort kepada Fazrul Amir namun tersasar. Pertukaran ketiga dilakukan oleh TRW Kelantan FC dengan memasukkan Fadel Antar bagi memperkuatkan bahagian serangan pasukan. Skuad Projek FAM-MSN juga memberi asakan dengan percubaan deras oleh penyerang pasukan pada minit ke-64 untuk menguji ketangkasan penjaga gol TRW Kelantan FC. TRW Kelantan FC mempunyai banyak peluang untuk menambah gol namun tiada penyudah yang sempurna daripada pasukan. 2 minit sebelum tamat perlawanan, Skuad Projek FAM-MSN mempunyai peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan menerusi satu sepakan percuma di luar kotak-D TRW Kelantan FC namun ketangkasan Nik Amin mematahkan rembatan itu. Masa penuh perlawanan, TRW Kelantan FC berjaya memperoleh tiga mata penuh di Cheras dan meneruskan rentak kemenangan dalam saingan liga. Gomo Kelate Gomo! #TheRedWarriors #GomoKelateGomo #Zamburger #HotelZamburger #DinJayBeeSatay #ThePowerofGomoMindset #TRWSelamanya #LigaPremier2022