INSIDE GAME | TERENGGANU FC II FC vs TRW KELANTAN FC | LIGA PREMIER MALAYSIA | MATCH 7 by @TRW TV - Post Details

INSIDE GAME | TERENGGANU FC II FC vs TRW KELANTAN FC | LIGA PREMIER MALAYSIA | MATCH 7

ULASAN PERLAWANAN | TERENGGANU FC II VS KELANTAN FC ______________________ Kuala Terengganu : Saingan Liga Premier musim 2022 bersambung semula untuk perlawanan ketujuh selepas berehat bagi menyambut hari raya Aidilfitri. Hujan lebat membasahi Kuala Terengganu 5 minit sebelum sepak mula. Awal minit permainan bermula agak seimbang. Kedua-dua pasukan masih mencari rentak dalam keadaan padang yang basah. Beberapa percubaan daripada pasukan lawan namun tidak menemui sasaran. Pasukan TRW Kelantan pula masih belum ada percubaan berbahaya ke arah kubu lawan. 20 minit perlawanan berlangsung, pasukan TRW Kelantan FC mula mendapat rentak permainan dan mengawal perlawanan di bahagian tengah padang. Masuk minit ke-30, gol pertama perlawanan muncul hasil jaringan Nurshamil Abd Ghani menerusi hantaran silang Natanel Siringgo Ringgo. Sejurus selepas gol pertama, pasukan TRW Kelantan FC giat mengasak ke kubu pasukan Terengganu FC II menerusi kelincahan pemain sayap kiri dan kanan. Beberapa percubaan juga hampir menghasilkan gol seterusnya. Terengganu FC II kian derita apabila terpaksa bermain dengan 10 orang pemain setelah pemain pertahanan mereka dilayangkan kad merah pada minit ke-37 perlawanan. Pasukan TRW Kelantan FC terus mendominasi perlawanan hingga tamat separuh masa pertama. Separuh masa kedua bermula dengan asakan bertali arus daripada kedua-dua pasukan. Permainan berintensiti tinggi ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan untuk mencari gol seterusnya. Pada minit ke-57, pasukan TRW Kelantan FC mendapat peluang keemasan untuk menambah jaringan menerusi Farhan Roslan namun ketenangan Syed Muhammad Nasrulhaq, penjaga gol pasukan Terengganu FC II menafikan peluang itu. Perlawanan kembali sengit apabila kedua-dua pasukan mula mengasak ke kubu masing-masing. Beberapa percubaan juga hampir menghasilkan jaringan. Pada minit ke-81, pasukan Terengganu FC II hampir menembusi gawang pasukan TRW Kelantan FC menerusi satu ‘tap-in’ namun ditampan kemas oleh penjaga gol TRW Kelantan FC, Nik Mohd Amin. Pada babak terakhir perlawanan, pasukan Terengganu FC II bertubi-tubi mengasak kubu pasukan TRW Kelantan FC untuk mencari jaringan penyamaan namun tiupan wisel penamat mematahkan harapan mereka. Tamat perlawanan dengan kemenangan tipis kepada pasukan TRW Kelantan FC. ____________ SUBSCRIBE now to TRW TV on YouTube. Hit the bell to get notifications on our latest uploads! Twitter: https://twitter.com/kelantanfc_trw Instagram: https://www.instagram.com/trwkelantanfc Facebook: https://www.facebook.com/trwkelantanfc TikTok: https://www.tiktok.com/@trwkelantanfc Web: https://trwkelantanfc.com/ About the official TRW TV YouTube channel: Here you will find all the latest videos from TRW Kelantan FC, including League goals, highlights, behind-the-scenes footage, training and much more. #TheRedWarriors #GomoKelateGomo #Zamburger #HotelZamburger #DinJayBeeSatay #ThePowerofGomoMindset #TRWSelamanya

Similar Posts!

INSIDE GAME | TRW KELANTAN FC vs KL CITY FC | LIGA SUPER | MATCH 5
INSIDE GAME | TRW KELANTAN FC vs KL CITY FC | LIGA SUPER | MATCH 5

SUBSCRIBE now to TRW TV on YouTube. Hit the bell to get notifications on our latest uploads! Twitter: ...



KELANTAN FC 2-2 KL CITY FC | LIGA SUPER MALAYSIA | MATCH 5
KELANTAN FC 2-2 KL CITY FC | LIGA SUPER MALAYSIA | MATCH 5

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN TRW KELANTAN FC [2] - [2] KL CITY FC ⚽️ Tchetche Kipre 11' (KLC) ⚽️ Declan ...



PRESS CONFERENCE | Coach Choi Moon Sik -  KELANTAN FC vs KL City FC
PRESS CONFERENCE | Coach Choi Moon Sik - KELANTAN FC vs KL City FC

Sidang Media bersama Ketua Jurulatih Kelantan FC, Coach Choi Moon Sik selepas tamat perlawanan diantara Kelantan FC ...



INSIDE GAME | JOHOR DARUL TA'ZIM vs TRW KELANTAN FC | LIGA SUPER | MATCH 4
INSIDE GAME | JOHOR DARUL TA'ZIM vs TRW KELANTAN FC | LIGA SUPER | MATCH 4

FULL TIME JOHOR DARUL TA'ZIM [5] - [1] TRW KELANTAN FC SUBSCRIBE now to TRW TV on YouTube. Hit the bell to get ...



PRESS CONFERENCE | Coach Choi Moon Sik -  JDT vs KELANTAN FC
PRESS CONFERENCE | Coach Choi Moon Sik - JDT vs KELANTAN FC

Sidang Media bersama Ketua Jurulatih Kelantan FC, Coach Choi Moon Sik selepas tamat perlawanan diantara Johor Darul ...



INSIDE GAME | TRW KELANTAN FC vs PENANG FC | LIGA SUPER | MATCH 3
INSIDE GAME | TRW KELANTAN FC vs PENANG FC | LIGA SUPER | MATCH 3

Perlawanan ke 3 Liga Super, Kelantan berjaya menewaskan Penang FC dengan jaringan 2-0. Goal berjaya dihasilkan oleh ...



KELANTAN FC 2-0 PENANG FC | LIGA SUPER MALAYSIA | MATCH 3
KELANTAN FC 2-0 PENANG FC | LIGA SUPER MALAYSIA | MATCH 3

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN TRW KELANTAN FC [2]-[0] PENANG FC ⚽️ Ismaheel Akinade ⚽️ Fazrul Amir ...



INSIDE GAME | SRI PAHANG FC vs TRW KELANTAN FC | LIGA SUPER | MATCH 2
INSIDE GAME | SRI PAHANG FC vs TRW KELANTAN FC | LIGA SUPER | MATCH 2

FULL TIME SRI PAHANG FC [4]-[1] TRW KELANTAN FC SUBSCRIBE now to TRW TV on YouTube. Hit the bell to get notifications ...