Ini Bolasepak Kita Tv's user profile page. Match highlights, posts and more on site!

“”

 Report User

Latest Posts

Skuad 'Pilihanan Nitizen' Layu MALAYSIA vs JORDAN
Skuad 'Pilihanan Nitizen' Layu MALAYSIA vs JORDAN

Skuad 'pilihan netizen' ternyata kurang menjadi apabila pasukan negara tewas 4-0 bertemu Jordan dalam perlawanan persahabatan di Stadium King Abdullah II, Amman, malam tadi. Dibarisi muka baharu dengan rata-rata pemain dikatakan menyinar pada saingan Liga Super dan sering menjadi sebutan penyokong bola sepak tanah air namun ternyata banyak lagi perlu belajar terutama membabitkan perlawanan di peringkat antarabangsa. Malah, kekalahan itu juga menyaksikan banyak 'kerja rumah' perlu dilakukan pengendali Harimau Malaya Tan Cheng Hoe terutama di bahagian pertahanan dalam usaha membentuk skuad yang mantap bagi menempuh perlawanan akan datang. Pada pertemuan malam tadi menyaksikan, Jordan yang berada di ranking ke 93 lebih menguasai perlawanan dengan melakukan serangan bertali arus ke kubu pasukan negara. Ternyata kurang persefahaman dan terlalu leka di bahagian pertahanan menyaksikan penyerang Jordan, Ali Olwan mudah menyumbat masuk gol pertama pada minit 34 untuk kedudukan 1-0. Skuad Jordan tidak perlu menunggu lama untuk terus menjarakkan kedudukan apabila berjaya menyumbat gol kedua selang lapan minit kemudian menerusi kapten pasukan Odai Al-Saify. Separuh masa kedua pula sepatutnya skuad Harimau Malaya tampil meyakinkan namun sebaliknya berlaku apabila kesilapan Irfan Zakaria yang menanduk bola ke belakang memberi ruang kepada Ali untuk menyumbat gol ketiga pada minit 47. Ali terus menjadi duri dalam daging buat pasukan negara apabila berjaya mencipta hatrik untuk Jordan mendahului 4-0 . Selepas satu jam perlawanan berlangsung, Cheng Hoe mengeluarkan De Paula dan Nazmi Faiz untuk memberi peluang kepada dua pemain muda negara Luqman Hakim Shamsudin dan Mukhairi Ajmal mempamerkan kemampuan mereka. Pertukaran tersebut jelas memberi kesan positif kepada corak permainan Malaysia yang lebih kemas sedikit dan tersusun serta berhasil mengatur serangan demi serangan ke arah kubu lawan. Ia seolah-oleh menggambarkan aksi sebenar HM hanya bermula pada minit ke-60 dan ternyata ia jauh lebih baik berbanding aksi di separuh masa pertama selepas mula diterajui oleh barisan pemain muda termasuk Kenny Pallraj dan Quentin Cheng. Keputusan Cheng Hoe membawa masuk beberapa pemain muda termasuk Luqman Hakim Shamsudin, Hakimi Abdullah dan Mukhairi Ajmal Mahadi pada babak kedua juaga nampak sedikit membuahkan hasil dengan momentum skuad negaa dilihat meningkat namun kedudukan 4-0 kekal memihak Jordan Tewas dengan perbezaan empat gol, jelas ia merupakan satu isyarat jelas kepada Tan Cheng Hoe supaya tidak teragak-agak untuk menurunkan barisan pemain muda yang lebih segar dan bertenaga untuk perlawanan seterusnya menentang Uzbekistan selepas ini. Skuad Harimau Malaya kini mempunyai satu lagi perlawanan persahabatan pada Sabtu ini menentang pasukan di ranking 84 iaitu Uzbekistan sekali gus berpeluang menebus kehampaan dengan mencipta keputusan positif #malaysia #jordan #harimaumalaya #internationalfriendlymatch



SRI PAHANAG FC VS SABAH FC LIGA SUPER 28.7.2021 LIVE YOUTUBE UNIFI
SRI PAHANAG FC VS SABAH FC LIGA SUPER 28.7.2021 LIVE YOUTUBE UNIFI

Aksi lebih mantap dan padu ditagih Dollah Salleh apabila Sri Pahang FC berdepan Sabah FC di Stadium Likas, malam ini Ketua jurulatih skuad itu berkata, segala kelemahan yang dipersembahkan ketika seri 1-1 menentang Melaka United FC kelmarin, diharap dapat ditebus. "Sudah pasti saya mahukan kemenangan kerana kedudukan Sri Pahang dalam saingan Liga Super ketika ini belum lagi selamat apabila kami berada di tangga kesembilan liga. "Mahu atau tidak tiga mata menjadi sasaran utama untuk menambah mata sekali gus dapat memperbaiki kedudukan lebih baik. "Saya percaya selepas pertemuan dengan Melaka United, pemain sudah mula menemui rentak perlawanan selepas dua bulan liga berehat," katanya. Selepas 14 perlawanan, skuad Tok Gajah berada di kedudukan kesembilan dengan mengutip 13 mata. Namun, jika dilihat kepada kedudukan itu, ia masih belum selamat memandangkan Melaka United dan Perak FC, masing-masing mengutip 12 mata dan mampu memintas jika Sri Pahang terlepas mata. Ditanya percaturan pemain berdepan Sabah malam nanti, Dollah berkata, Abdul Malik Mat Ariff dan Manuel Hidalgo menjadi sandaran utama pasukan itu. Katanya, dua pemain tengah itu terutama Abdul Malik menjadi nadi utama pasukan dalam memberi tekanan kepada jentera pertahanan lawan. "Oleh itu saya harap Abdul Malik dapat mengekalkan prestasi terbaiknya selain jentera serangan diharap tampil lebih garang untuk merobek gawang tuan rumah," katanya. @bola_kita_Tv



TERENGGANU FC WASPADA PERAK FC SUKAR DIBACA
TERENGGANU FC WASPADA PERAK FC SUKAR DIBACA

Selepas mengharungi tiga aksi persahabatan, Terengganu FC (TFC) mempunyai ramuan terbaik menjadi pencabar utama dalam baki aksi Liga Super yang bakal bersambung pada Sabtu ini. Malah barisan pemain skuad kendalian Nafuzi Zain juga sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan dengan Perak FC pada perlawanan ke-14 itu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Pengurus pasukan, Zulfadli Rozi berkata, aksi persahabatan itu memberi pengalaman berharga buat semua pemain skuad Penyu selain barisan jurulatih dapat menilai dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang ada. "Selepas tiga aksi persahabatan itu, jurulatih sudah nampak barisan pemain yang bakal disenaraikan nanti, maknanya mereka mempunyai banyak pilihan tapi bukannya terlalu yakin kerana semua pemain diturunkan pada aksi pemanas badan itu. "Malah pemain pun bagaikan tidak sabar dan sudah bersedia sepenuhnya lebih-lebih lagi selepas hampir dua bulan menjalani latihan secara 'camp based training' sebagai persediaan menghadapi saingan Piala AFC yang dibatalkan berikutan tiada negara yang sedia menjadi tuan rumah. "Tambahan pula setakat ini tiada sebarang kecederaan pemain serta penggantungan selepas lebih dua bulan tidak beraksi dalam saingan kompetitif itu kerana liga berehat panjang," katanya ketika dihubungi. Pada aksi persahabatan itu, Terengganu FC yang menyenaraikan dua import baharu pada jendela kedua perpindahan pemain iaitu Habib Haroon dari Bahrain dan pemain pinjaman dari Sri Pahang FC yang juga bekas pemainnya, Lee Tuck tewas 0-2 kepada Penang FC dalam perlawanan pertama sebelum membelasah PDRM FC 3-0 dan Kelantan United 4-0. Mengulas pertemuan dengan skuad The Bos Gaurus itu nanti, beliau akui corak permainan pasukan lawan sukar untuk dibaca kerana mereka membariskan lima import baharu selain beberapa pemain tempatan. "Kita tidak akan sesekali memandang mudah keupayaan Perak kerana sejak dulu lagi skuad itu konsisten selain mempunyai reputasi yang hebat dalam Liga Malaysia (Liga M). "Malah kehadiran lima import baharu dalam pusingan kedua ini selain pemain tempatan sudah pasti corak permainan skuad kendalian Chong Yee Fatt itu jauh berbeza sekali gus menyukarkan kita untuk membaca corak permainan mereka," katanya yang menuntut pemain agar tidak menjadikan aksi pusingan pertama sebagai ukuran. Pertemuan pusingan pertama di Stadium Perak, Ipoh pada Mac lalu memihak kepada skuad Penyu dengan kemenangan 2-0 hasil jaringan Faisal Abdul Halim dan pemain kelahiran Ivory Coast, Dechi Marcel @awangstudios



PERAK 2 FC(1) VS(1) KELANTAN FC Tidak Mahu Kehilangan Mata (Liga Premier 2021) (17.7.21 9.00PM)
PERAK 2 FC(1) VS(1) KELANTAN FC Tidak Mahu Kehilangan Mata (Liga Premier 2021) (17.7.21 9.00PM)

KETUA jurulatih Kelantan FC, Marco Ragini mahu pemain The Red Warriors (TRW) berwaspada apabila menentang Perak FC II pada saingan Liga Premier di Stadium Perak, malam ini. Jurulatih kelahiran Itali itu berkata, pihak lawan dilihat melakukan banyak pembaharuan dalam tempoh liga berehat sebelum sepak mula saingan pusingan kedua Liga Premier. “Kita tahu mereka (Perak FC II) menukar sebahagian pemainnya dan saya yakin pasukan Perak kini dalam keadaan yang sangat baik, lebih-lebih lagi ketika pusingan pertama mereka mencipta beberapa keputusan yang bagus.“Kita tidak mahu hilang sebarang mata dalam pertemuan esok (malam ini),” katanya ketika dihubungi pada Jumaat. Selepas 10 perlawanan, Kelantan kini berada di kedudukan ketujuh daripada 11 pasukan pada saingan Liga Premier manakala Perak FC II berada di kedudukan 10. Ragini juga mengakui Kelantan FC masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki bagi menghadapi baki saingan Liga Premier musim ini. “Kita mempunyai pemain baharu, seperti yang saya selalu beritahu sebelum ini kita perlukan masa bagi setiap pemain saling mengenal rentak masing-masing. Kami akan bekerja keras dan yakin akan bersedia menentang Perak FC II,” katanya. @rlstudiobola



(RATCHABURI FC VS JDT)MAHU TIGA MATA TERKAHIR ACL 2021 @bola_kita_Tv
(RATCHABURI FC VS JDT)MAHU TIGA MATA TERKAHIR ACL 2021 @bola_kita_Tv

Jdt mahu tiga mata terakhir menjadi milik mereka dalm perlawan menentang Ratcahburi fc di stadium Rajamangala Bangkok mlm ini,7.7.20 jam 10 pm waktu malaysia.Acl 2021 @bola_kita_Tv



Isu Kad Merah Superwi berdepan penggantungan ? @bola_kita_Tv
Isu Kad Merah Superwi berdepan penggantungan ? @bola_kita_Tv

Isu Kad Merah Superwi berdepan penggantungan ? safawi dikenakan kad kuning kedua dan kad merah kerana provokasi dlm aksi perlawanan persahabat Bahrain vs malaysia 2021 @bola_kita_Tv



PENGADIL MALAYSIA DI KECAM DI FACEBOOK OLEH PENYOKONG AL-WEHDAT AFC
PENGADIL MALAYSIA DI KECAM DI FACEBOOK OLEH PENYOKONG AL-WEHDAT AFC

Penyokong kelab Al-Wehdat dari Jordan nyata ‘bengang’ dengan pengadil perlawanan AFC Champions League yang mengendalikan perlawanan berdepan dengan Al-Sadd dari Qatar semalam. Pengadil perlawanan yang berasal dari Malaysia iaitu Mohd Amirul Izwan Yaakob telah menjadi bahan kecaman penyokong Al-Wehdat selepas kelab mereka tumpas 0-2 seterusnya menutup terus peluang untuk beraksi diperingkat seterusnya. Kekalahan kali ke-3 dari 4 perlawanan itu juga menyebabkan Al-Wehdat sah tersingkir dari persaingan merebut slot ke peringkat seterusnya, dan ketika ini hanya mampu mengutip 1 mata sahaja. Tekanan mula dirasai apabila pengadil Mohd Amirul Izwan memberikan sepakan penalti kepada pasukan Al-Sadd pada minit ke 31 dan berjaya disempurnakan oleh Santi Cazorla untuk kedudukan 0-1. Kemuncak kepada rasa tidak puas hati dilihat apabila pemain Al-Wehdat iaitu Yazan Al-Arab diarahkan keluar padang selepas mengutip kad kuning ke 2 pada minit ke 75 dan 14 minit berselang, Al-Sadd menjaringkan gol ke-2 untuk memastikan 3 mata penuh dibawa pulang ke Qatar. @rlstudiosports



Liga Malaysia 2021 Selangor fc vs  Penang Fc Aksi Liga super  Perlawanan ke 5
Liga Malaysia 2021 Selangor fc vs Penang Fc Aksi Liga super Perlawanan ke 5

Sertai saluran ini untuk mendapatkan akses kepada manfaat: https://www.youtube.com/channel/UCQGj0EhAmtW2hf4plX4xUVQ/join Memaparkan berita berita semasa,sukan,hiburan ,artis malaysia sesuai untuk seisi kelurga.



Highlights

SELANGOR FC vs TERENGGANU FC | INFO LIVE | 10 MLM | ASTRO ARENA
SELANGOR FC vs TERENGGANU FC | INFO LIVE | 10 MLM | ASTRO ARENA

Liga Super : SELANGIR FC vs TERENGGANU FC | 10 MALAM | STADIUM MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA SELANGOR.



MALAYSIA (1) vs (0) TURKMENISTAN | FRIENDLY MATCH | 10 MLM | LIVE TV 9
MALAYSIA (1) vs (0) TURKMENISTAN | FRIENDLY MATCH | 10 MLM | LIVE TV 9

INTERNATIONAL FRIENDLY MATCH 2023 MALAYSIA vs TURKMENISTAN di stadium Sultan Ibrahim Johor,jam 10 MLM.



KELANTAN UNITED FC vs KEDAH DARUL AMAN FC|PRE-MATCH|9.00 MLM|RTM2
KELANTAN UNITED FC vs KEDAH DARUL AMAN FC|PRE-MATCH|9.00 MLM|RTM2

LIGA SUPER : KELANTAN UNITED FC lwn KEDAH DARUL AMAN FC. Assalamualaikum dan salam sejahtera,aksi liga super ...



RANGKUMAN PERLAWANAN LIGA SUPER|JDT (5) - (1) KELANTAN FC #shorts #jdt #trwkelantanfc
RANGKUMAN PERLAWANAN LIGA SUPER|JDT (5) - (1) KELANTAN FC #shorts #jdt #trwkelantanfc

Sorotan perlawanan liga super 2023 antara Jdt menentang Kelantan FC ,di stadium Sultan Ibrahim dengan kemenangan ...



JOHOR DARUL TA'ZIM (2) vs (0) KELANTAN FC | LS4 |LIVE 5.30
JOHOR DARUL TA'ZIM (2) vs (0) KELANTAN FC | LS4 |LIVE 5.30

JOHOR DARUL TA'ZIM vs KELANTAN FC Saingan Liga Super 2023 terus bersambung hari ini dengan membabitkan beberapa ...




« Previous Next »


User Detail Page

You can find user latest posts and related content on the page. Friends, comments for events / matches are also available on the page. Even you can find users who are same pleasure with current user.

#Travel, #SupportYourTeam, #AllAboutSports