KETUA jurulatih Kelantan FC, Marco Ragini mahu pemain The Red Warriors (TRW) berwaspada apabila menentang Perak FC II pada saingan Liga Premier di Stadium Perak, malam ini. Jurulatih kelahiran Itali itu berkata, pihak lawan dilihat melakukan banyak pembaharuan dalam tempoh liga berehat sebelum sepak mula saingan pusingan kedua Liga Premier. “Kita tahu mereka (Perak FC II) menukar sebahagian pemainnya dan saya yakin pasukan Perak kini dalam keadaan yang sangat baik, lebih-lebih lagi ketika pusingan pertama mereka mencipta beberapa keputusan yang bagus.“Kita tidak mahu hilang sebarang mata dalam pertemuan esok (malam ini),” katanya ketika dihubungi pada Jumaat. Selepas 10 perlawanan, Kelantan kini berada di kedudukan ketujuh daripada 11 pasukan pada saingan Liga Premier manakala Perak FC II berada di kedudukan 10. Ragini juga mengakui Kelantan FC masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki bagi menghadapi baki saingan Liga Premier musim ini. “Kita mempunyai pemain baharu, seperti yang saya selalu beritahu sebelum ini kita perlukan masa bagi setiap pemain saling mengenal rentak masing-masing. Kami akan bekerja keras dan yakin akan bersedia menentang Perak FC II,” katanya. @rlstudiobola
FILIPINA vs MALAYSIA| KELAYAKAN PIALA ASIA U-23 2024 |MAS vs FILIPINA PRE-MATCH Perlawanan kedua Kelayakan Piala ...
JOHOR DARUL TAZIM VS KELANTAN FC | 2ND ROUND PIALA MALAYSIA l JDT VS KELANTAN LIVE 2023 Assalamualaikum ...
KERANA MULUT 'MAT SIUU' DIGANTUNG Assalamualaikum dan salam sejahtera Khabar mengejutkan arena bola sepak ...
PIALA FA|KL CITY SEDIA BUAT JDT "MENANGIS" ULANGI FINAL PIALA MALAYSIA Aksi terumbang ambing yang dipamerkan ...
PRE- MATCH | JOHOR DARUL TAZIM vs NEGERI SEMBILAN FC Assalamualaikum dan salam sejahtera,kerangcakan saingan ...
PRE-MATCH LIGA SUPER : KL CITY FC vs TERENGGANU FC Assalamualaikum dan salam sejahtera,Aksi liga super diteruskan ...
PRE-MATCH | JOHOR DARUL TA'ZIM vs KUAPA LUMPUR CITY FC | Liga Super | 9 MLM Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
AKSI TERENGGANU FC vs JDT PENGADIL BERAT SEBELAH ??? "Pengadil 'ragut' aksi terbaik dipamerkan Terengganu FC ...