Skuad 'Pilihanan Nitizen' Layu MALAYSIA vs JORDAN by @Ini Bolasepak Kita Tv - Post Details

Skuad 'Pilihanan Nitizen' Layu MALAYSIA vs JORDAN

Skuad 'pilihan netizen' ternyata kurang menjadi apabila pasukan negara tewas 4-0 bertemu Jordan dalam perlawanan persahabatan di Stadium King Abdullah II, Amman, malam tadi. Dibarisi muka baharu dengan rata-rata pemain dikatakan menyinar pada saingan Liga Super dan sering menjadi sebutan penyokong bola sepak tanah air namun ternyata banyak lagi perlu belajar terutama membabitkan perlawanan di peringkat antarabangsa. Malah, kekalahan itu juga menyaksikan banyak 'kerja rumah' perlu dilakukan pengendali Harimau Malaya Tan Cheng Hoe terutama di bahagian pertahanan dalam usaha membentuk skuad yang mantap bagi menempuh perlawanan akan datang. Pada pertemuan malam tadi menyaksikan, Jordan yang berada di ranking ke 93 lebih menguasai perlawanan dengan melakukan serangan bertali arus ke kubu pasukan negara. Ternyata kurang persefahaman dan terlalu leka di bahagian pertahanan menyaksikan penyerang Jordan, Ali Olwan mudah menyumbat masuk gol pertama pada minit 34 untuk kedudukan 1-0. Skuad Jordan tidak perlu menunggu lama untuk terus menjarakkan kedudukan apabila berjaya menyumbat gol kedua selang lapan minit kemudian menerusi kapten pasukan Odai Al-Saify. Separuh masa kedua pula sepatutnya skuad Harimau Malaya tampil meyakinkan namun sebaliknya berlaku apabila kesilapan Irfan Zakaria yang menanduk bola ke belakang memberi ruang kepada Ali untuk menyumbat gol ketiga pada minit 47. Ali terus menjadi duri dalam daging buat pasukan negara apabila berjaya mencipta hatrik untuk Jordan mendahului 4-0 . Selepas satu jam perlawanan berlangsung, Cheng Hoe mengeluarkan De Paula dan Nazmi Faiz untuk memberi peluang kepada dua pemain muda negara Luqman Hakim Shamsudin dan Mukhairi Ajmal mempamerkan kemampuan mereka. Pertukaran tersebut jelas memberi kesan positif kepada corak permainan Malaysia yang lebih kemas sedikit dan tersusun serta berhasil mengatur serangan demi serangan ke arah kubu lawan. Ia seolah-oleh menggambarkan aksi sebenar HM hanya bermula pada minit ke-60 dan ternyata ia jauh lebih baik berbanding aksi di separuh masa pertama selepas mula diterajui oleh barisan pemain muda termasuk Kenny Pallraj dan Quentin Cheng. Keputusan Cheng Hoe membawa masuk beberapa pemain muda termasuk Luqman Hakim Shamsudin, Hakimi Abdullah dan Mukhairi Ajmal Mahadi pada babak kedua juaga nampak sedikit membuahkan hasil dengan momentum skuad negaa dilihat meningkat namun kedudukan 4-0 kekal memihak Jordan Tewas dengan perbezaan empat gol, jelas ia merupakan satu isyarat jelas kepada Tan Cheng Hoe supaya tidak teragak-agak untuk menurunkan barisan pemain muda yang lebih segar dan bertenaga untuk perlawanan seterusnya menentang Uzbekistan selepas ini. Skuad Harimau Malaya kini mempunyai satu lagi perlawanan persahabatan pada Sabtu ini menentang pasukan di ranking 84 iaitu Uzbekistan sekali gus berpeluang menebus kehampaan dengan mencipta keputusan positif #malaysia #jordan #harimaumalaya #internationalfriendlymatch

Similar Posts!

FULL TIME: FILIPINA(0) vs (4) MALAYSIA| KELAYAKAN PIALA ASIA U-23 2024 |MAS vs FILIPINA PRE-MATCH
FULL TIME: FILIPINA(0) vs (4) MALAYSIA| KELAYAKAN PIALA ASIA U-23 2024 |MAS vs FILIPINA PRE-MATCH

FILIPINA vs MALAYSIA| KELAYAKAN PIALA ASIA U-23 2024 |MAS vs FILIPINA PRE-MATCH Perlawanan kedua Kelayakan Piala ...



JOHOR DARUL TAZIM VS KELANTAN FC | 2ND ROUND PIALA MALAYSIA | JDT VS KELANTAN LIVE 2023
JOHOR DARUL TAZIM VS KELANTAN FC | 2ND ROUND PIALA MALAYSIA | JDT VS KELANTAN LIVE 2023

JOHOR DARUL TAZIM VS KELANTAN FC | 2ND ROUND PIALA MALAYSIA l JDT VS KELANTAN LIVE 2023 Assalamualaikum ...



KERANA MULUT 'MAT SIUU' DIGANTUNG @AwangStudiosSports
KERANA MULUT 'MAT SIUU' DIGANTUNG @AwangStudiosSports

KERANA MULUT 'MAT SIUU' DIGANTUNG Assalamualaikum dan salam sejahtera Khabar mengejutkan arena bola sepak ...



PIALA FA|KL CITY SEDIA BUAT JDT "MENANGIS" JDT vs KL CITY
PIALA FA|KL CITY SEDIA BUAT JDT "MENANGIS" JDT vs KL CITY

PIALA FA|KL CITY SEDIA BUAT JDT "MENANGIS" ULANGI FINAL PIALA MALAYSIA Aksi terumbang ambing yang dipamerkan ...



PRE-MATCH | JOHOR DARUL TA'ZIM (2) vs (0) NEGERI SEMBILAN FC | JDT vs NES |Liga Super 9 Malam
PRE-MATCH | JOHOR DARUL TA'ZIM (2) vs (0) NEGERI SEMBILAN FC | JDT vs NES |Liga Super 9 Malam

PRE- MATCH | JOHOR DARUL TAZIM vs NEGERI SEMBILAN FC Assalamualaikum dan salam sejahtera,kerangcakan saingan ...



KUALA LUMPUR CITY FC (1) vs (1)  TERENGGANU FC | Pre-Match Liga Super | live 9 mlm
KUALA LUMPUR CITY FC (1) vs (1) TERENGGANU FC | Pre-Match Liga Super | live 9 mlm

PRE-MATCH LIGA SUPER : KL CITY FC vs TERENGGANU FC Assalamualaikum dan salam sejahtera,Aksi liga super diteruskan ...



PRE-MATCH|JOHOR DARUL TA'ZIM (6) vs (1) KUALA LUMPUR CITY FC|Liga Super| Live 9 mlm
PRE-MATCH|JOHOR DARUL TA'ZIM (6) vs (1) KUALA LUMPUR CITY FC|Liga Super| Live 9 mlm

PRE-MATCH | JOHOR DARUL TA'ZIM vs KUAPA LUMPUR CITY FC | Liga Super | 9 MLM Assalamualaikum dan salam sejahtera ...



AKSI TERENGGANU FC vs JDT PENGADIL BERAT SEBELAH ???
AKSI TERENGGANU FC vs JDT PENGADIL BERAT SEBELAH ???

AKSI TERENGGANU FC vs JDT PENGADIL BERAT SEBELAH ??? "Pengadil 'ragut' aksi terbaik dipamerkan Terengganu FC ...