Awang Studios Tv's user profile page. Match highlights, posts and more on site!

“”

 Report User

Latest Posts

MALAYSIA vs SINGAPURA:PERLAWANAN PERSAHABATAN 2022:PRA MATCH
MALAYSIA vs SINGAPURA:PERLAWANAN PERSAHABATAN 2022:PRA MATCH

MALAYSIA vs SNGAPURA PERLAWANAN PERSAHABATAN 2022: PRA MATCH Pertemuan derbi antara Malaysia menentang Singapura malam ini pasti menjadi tumpuan. Ini merupakan perlawanan kedua buat jurulatih baharu skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Selepas mencatat kemenangan menewaskan Filipina, pasukan negara dilihat sudah berubah dari segi corak permainan. Mereka dilihat lebih laju dan kreatif di atas padang. Pengendali Singapura, Nazri Nasir juga mengakui bahawa corak permainan pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan-gon sangat pantas. “Ia sentiasa menjadi perlawanan yang istimewa apabila menentang Malaysia. Mereka mempunyai pemain yang pantas dan penyerang merbahaya yang perlu kita ambil perhatian. Ia akan menjadi perlawanan yang sukar,” ujar Nazri kepada TST Spo ===================================== CREDIT FOTO : FA MALAYSIA FAM FOTO : FA SINGAPURA FAS VIDEO : FA MALAYSIA FAM ARTIKEL RUJUKAN : MY METRO ONLINE ===================================== #harimaumalaya #kimpangon #Malaysiavssingapura #perlawananpersahabatanantarabangsa #awangstudios ===================================== Sertai saluran ini untuk mendapatkan akses kepada manfaat: https://www.youtube.com/channel/UCQGj0EhAmtW2hf4plX4xUVQ/join Terima kasih keranan menonton jagan lupa SUBSCRIBE https://youtube.com/c/AwangStudiosTv100 ) supaya anda tidak ketinggalan info info terkini dan perkembangan Bolasepak Malaysia IKUTI JUGA AWANG STUDIOS TV DI 📱 FACEBOOK⬇️ FB PAJEhttps://www.facebook.com/vlogberita/



MALAYSIA vs FILIPINA:PERSAHABATAN ANTARABANGSA 2022:PRA-MATCH
MALAYSIA vs FILIPINA:PERSAHABATAN ANTARABANGSA 2022:PRA-MATCH

MALAYSIA vs FILIPINA 8.00 MLM STADIUM NASIONAL SINGAPURA Perlawanan persahabatan antara Malaysia berdepan Filipina malam ini pastinya akan menjadi perhatian ramai. Para peminat sukan bola sepak terutamanya di Malaysia mahu melihat kemampuan pemain negara di bawah kendalian jurulatih baharu, Kim Pan-gon. Namun jika diteliti, kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan yang hampir sama dan hanya ranking yang membezakan kedua-dua pasukan. Filipina berada di ranking ke-129 dunia jauh di atas Malaysia yang kini berada di ranking ke-154 dunia. ===================================== CREDIT ARTIKEL RUJUKAN: MAKAN BOLA FOTO : FA MALAYSIA FAM ===================================== Sertai saluran ini untuk mendapatkan akses kepada manfaat: https://www.youtube.com/channel/UCQGj0EhAmtW2hf4plX4xUVQ/join Terima kasih keranan menonton jagan lupa SUBSCRIBE https://youtube.com/c/AwangStudiosTv100 ) supaya anda tidak ketinggalan info info terkini dan perkembangan Bolasepak Malaysia #harimaumalaya #malaysia #filipina #persahabatan IKUTI JUGA AWANG STUDIOS 📱 FACEBOOK⬇️ FB PAJEhttps://www.facebook.com/vlogberita/



KIM PAN-GON TERKEJUT DI MALAYSIA ADA KELAB FASILITINYA BERTARAF DUNIA
KIM PAN-GON TERKEJUT DI MALAYSIA ADA KELAB FASILITINYA BERTARAF DUNIA

Jurulatih baharu pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon hari ini melakukan lawatan rasmi ke kelab Johor Darul Ta’zim (JDT). Menurut satu hantaran oleh laman rasmi pasukan iaitu Johor Southern Tigers, pengendali berusia 52 tahun itu bersama-sama barisan kejurulatihan baharu Harimau Malaya dan Pegawai-Pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melakukan rombongan tersebut. Tujuan lawatan itu diadakan adalah untuk melihat dengan lebih dekat kemudahan dan fasiliti yang disediakan oleh kelab kepada para pemain. Bukan itu sahaja, kunjungan itu turut disambut baik oleh pemilik kelab JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di ibu pejabat JDT. Pan-gon dan barisan kejurulatihan juga tidak ketinggalan untuk dibawa ke Stadium Sultan Ibrahim yang merupakan binaan yang paling ikonik di Iskandar Puteri selain turut berkesempatan untuk melihat Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam. Ini juga dapat memberi sedikit sebanyak gambaran kepada jurulatih Korea Selatan ini mengenai usaha yang dilakukan oleh JDT bagi meletakkan kelab ini sebaris dengan gergasi Asia yang lain. KREDIT ARTIKEL RUJUKAN : MAKAN BOLA SUMBER GAMBAR : FA MALAYSIA FAM #jdt2022 #stadiumsultanibrahim #fasilitijdt #jdtjst #jdtfamily #jdtfc



KEDAH DARUL AMAN FC(1) vs (0) KELANTAN FC: SMJ CUP 2022 TAMAT PERLAWANAN
KEDAH DARUL AMAN FC(1) vs (0) KELANTAN FC: SMJ CUP 2022 TAMAT PERLAWANAN

Perlawanan Sabah Maju Jaya Cup 2022,petang ini diantara KELANTAN FC vs KEDAH DARUL AMAN FC jam  4.15 pm di stadium Likas Kota Kinabalu Kepada yang tidak berkesempatan ke Stadium Likas pihak penganjur ada menyediakan platform online untuk anda menyaksikan perlawanan #smjcup2022. Anda boleh menyaksikan secara langsung berbayar RM7.90 link ada di bawah... https://facebook.com/events/s/smj-cup-2022-day-2-kedah-da-fc/983906292554630/ #sabahmajujaya #bangunlahbersatusemua #kelantanFc2022 #KedahDarulAmanFc2022 #trw #Kdafc #trwvskdafc



MALAYSIA vs MYANMAR : AFF U-23 2022(PERLAWANAN DI BATALKAN)
MALAYSIA vs MYANMAR : AFF U-23 2022(PERLAWANAN DI BATALKAN)

Malaysia vs Myanmar Skuad bawah 23 tahun negara mensasarkan slot ke separuh akhir sebelum memikirkan langkah seterusnya pada kempen Kejuaraan AFF Bawah-23 tahun di Phnom Penh, Kemboja kali ini. Pengendali negara, Brad Maloney berkata, biarpun saingan Kumpulan B ketika ini tampak lebih terbuka selepas ketiadaan Indonesia yang menarik diri susulan beberapa pemainnya 'diserang' Covid-19, cabaran dari dua pencabar lain iaitu Myanmar dan Laos juga sukar. Malah katanya, anak buahnya tidak memiliki kelebihan sekalipun hanya akan turun beraksi dalam dua perlawanan yang dijadual berlangsung di Stadium Prince itu "Kita bermain dalam dua perlawanan awal dan tidak seperti pasukan lain yang ada bermain sebanyak tiga perlawanan. Namun saya tidak lihat ia memberi kelebihan kepada kita dalam peringkat kumpulan. "Tetapi sasaran kami tetap jelas iaitu perlu mengungguli kumpulan untuk layak ke peringkat seterusnya. Tiada apa yang berubah walaupun hanya sekadar beraksi dalam dua perlawanan," katanya pada sidang media semalam. Mengulas lanjut mengenai perlawanan menentang Myammar,kapten skuad B-23 negara mengakui Kepantasan yang dimiliki skuad bawah 23 tahun Myanmar dilihat mampu 'menyusahkan' skuad negara pada pertembungan Kejuaraan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 ptg ini Justeru, kapten skuad B-23 negara, Aiman Afif Afizul mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak mengambil mudah cabaran anak buah Velizar Popov pada pertemuan di Stadium Prince itu. "Saya tidak pernah bertemu Myanmar sebelum ini tetapi kita tahu kualiti mereka dan mereka pemain yang laju. Jadi, pemain perlu bersiap sedia untuk turun beraksi ptg ini "Kita perlu memberikan 100 peratus dalam setiap perlawanan dan tidak boleh ambil mudah dengan siapa pun yang kita lawan," katanya. Dalam masa sama, Aiman mengakui bersedia jika perlu kembali beraksi di bahagian tengah sekiranya itu yang dimahukan oleh pengendali, Brad Maloney bagi aksi pertama itu nanti. Pemain berusia 21 tahun itu berkebolehan sebagai pemain utiliti kerana boleh beraksi di beberapa tempat seperti pertahanan tengah, pemain tengah mahupun penyerang. "Saya memang pemain tengah, jadi saya rasa tidak ada masalah untuk kembali di posisi itu," katanya. Sementara itu bagi pasukan Mynmar pula "Kita ke sini (Piala AFF B-23) umpama sertai kejohanan latihan, di mana kita kehilangan ramai pemain utama." Demikian perang psikologi skuad B-23 Myanmar yang digambarkan jurulatihnya, Velizar Popov menjelang aksi sulung bertemu Malaysia di Stadium Prince, di Phnom Penh, Kemboja petang ini Menurut Popov yang pernah mewarnai saingan Liga Malaysia dengan membimbing Kelantan pada 2016 lalu, persiapan pasukannya untuk kejohanan itu agak kelam kabut dengan beliau membawa ramai pemain B-19. Katanya"Kita kehilangan ramai pemain utama disebabkan situasi politik di (Myanmar),dan ada juga pemain yang masih mengalami kecederaan. "Kita menggunakan beberapa pemain B-19 untuk dibawa ke kejohanan ini dan kita akan lihat sejauh mana pasukan boleh mara," katanya. Beliau berkata, Malaysia membariskan pemain berpengalaman dan ia ujian terbaik buat pasukannya yang lebih menumpukan persiapan temasya Sukan Sea di Vietnam pertengahan tahun ini. kata jurulatih dari Bulgaria itu. Apa jua kenyatan dripada pihak lawan,Skuad muda negara harus kekal fokus dan mencapai kemenangan pertama dlam perlawanan ini. Jagan lupa saksikan perlawanan diantara Malaysia dan Myanmar jam 5 ptg ini waktu malaysia secara langsung di tv 9. ================================== KREDIT ARTIKEL RUJUKAN : BH ONLINE SUMBER GAMBAR/VIDEO : FA MALAYSIA FAM ================================== 📺JADUAL VIDEO 📅 ISNIN - JUMAAT ================================== Terima kasih,jangan lupa untuk SUBSCRIBE (https://youtube.com/c/AwangStudiosTv100) supaya anda tidak ketinggalan update terkini perkembangan BOLASEPAK MALAYSIA ================================== MEDIA SOSIAL YANG LAIN FACEBOOK PAGE https://www.facebook.com/vlogberita/ TWITTER https://twitter.com/RazaLi56050638?t=zBDoD_MX3Lg6kh0hfzs1Nw&s=09 TELEGRAM. https://t.me/Areweey #AffU232022 #malaysiavsmyanmar #skuadharimaumalaya #tv9 #GroupBAffU23 #AFFU23KEMBOJA



JOHOR DARUL T'AZIM vs FC RODINA MOSCOW : Pra-Musim JDT 2022
JOHOR DARUL T'AZIM vs FC RODINA MOSCOW : Pra-Musim JDT 2022

JOHOR DARUL TA'ZIM vs FC RODINA MOSCOW Pasukan JDT meneruskan aksi persahabatan mereka di Dubai dengan perlawanan menentang Passukan Rodina Moscow. Perlawanan ini merupakan perlawanan keempat jdt dalam aksi persahabatan pra musim mereka. Pada perlawanan pertama jdt seri 2-2 menentang MSK Zilina,manakala perlawanan ke dua JDT berjaya tewaskan Kelab dari UAE Shabab Al ahli dengan jaringan 1-0,pada perlawanan ke tiga pula JDT seri 1-1 menentang riga fc.JDT kini di landasan terbaik untuk mencatatkan kemenangan pada mlm ini. Mampukah JDT menang dalam perlawanan ini seterusnya mencatat kemenangan ke dua dalam aksi persahabatan antarabangsa mereka? Perlawanan ini boleh di saksikan di saluran youtube Fc Rodina moscow. Link untuk perlawanan ini ada diletakan di ruangan Komen video ini. Selamt menonton.⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️ https://youtube.com/c/FCRodinaMoscow #jdt2022 #jdtvsrodinamoscow #pramusimjdt2022 #PersahabatabAntarabangsaJst2022 #LuaskanKuasamuJdt #AwangStudiosTv



JDT vs RIGA FC: Pra-Musim JDT 2022
JDT vs RIGA FC: Pra-Musim JDT 2022

Pasukan JDT meneruskan aksi persahabatan mereka di Dubai dengan perlawanan menentang Passukan Riga FC . Perlawanan ini merupakan perlawanan ketiga mereka dalam aksi persahabatan pra musim mereka. Mampukah JDT menang dalam perlawanan ini seterusnya mencatat kemenangan ke dua dalam aksi persahabatan antarabangsa mereka? Jom sama-sama kita saksikan live streaming JDT vs RIGA FC https://youtube.com/channel/UCvgWcVhzOb0pPFLVcM99OJQ Tarikh : 29Januari 2022 (Sabtu) Masa :  8.00pm waktu malaysia #jdt2022 #rigafc #pramusimjdt2022 #AwangStudiosTv



JANGAN kalah Tanpa Melawan : Malaysia vs Uzbekistan
JANGAN kalah Tanpa Melawan : Malaysia vs Uzbekistan

Kekalahan kepada Jordan 0-4 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 pada Rabu, menunjukkan bagaimana prestasi Malaysia yang secara beransur-ansur meningkat naik sepanjang tahun 2019, terus merosot sejak pandemik C0vid-19 melanda dunia pada awal tahun lalu. Skuad Harimau Malaya yang dibarisi sebahagian besar pemain utama hanya t3was 0-1 di tangan Jordan dalam pertembungan terakhir kedua-dua pasukan, pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ogos 2019. Bagaimanapun, faktor ketiadaan pemain tonggak untuk memperkuatkan pasukan kali ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menutup kelemahan ketara pasukan negara, yang didedahkan Jordan pada aksi di Stadium King Abdullah II di Amman, itu. Posisi tengah skuad Harimau Malaya perlu diperbaiki sebaik mungkin menjelang aksi persahabatan berdepan pasukan ranking ke-84 dunia, Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan, Sabtu ini. Kelemahan di bahagian ‘enjin’ utama skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu turut diakui pengurus pasukan, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi selepas pasukan kebangsaan tunduk 0-4 di tangan Jordan dalam saingan di Stadium Raja Abdullah II, Amman, semalam. Justeru, beliau yakin segala kelemahan skuad Harimau Malaya khususnya di bahagian tengah berada dalam penelitian barisan jurulatih untuk diperbaiki segera. Bukan kita nak menyalahkan mana-mana pemain kerana mereka pun baru pertama kali digandingkan. Cuma malam tadi bahagian tengah kita agak tak menjadi. “Jadi saya percaya akan ada perubahan selepas ini (aksi persahabatan menentang Uzbekistan) dan kita akan baiki sebelum bermulanya Piala Suzuki AFF pada Disember nanti,” katanya. Selain itu, Mohd Yusoff berharap semua pihak memberi peluang kepada barisan pemain dan tidak terlalu cepat menghukum mereka selepas kekalahan besar di tangan Jordan. #malaysia #uzbekistan #harimaumalaya #internationalfriendlymatch #malaysiavsuzbekistan2021



Highlights

PRE-MATCH | PENANG FC (0) vs (2) JOHOR DARUL TA'ZIM | Liga Super | 9 MLM |Live Astro
PRE-MATCH | PENANG FC (0) vs (2) JOHOR DARUL TA'ZIM | Liga Super | 9 MLM |Live Astro

PRE-MATCH | PENANG FC vs JOHOR DARUL TAZIM | Liga Super Mampukah Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar sejarah ...



PRE-MATCH: KELANTAN UNITED FC (4) vs (1) KELANTAN FC: liga Super: 9 MLM: Live Astro Arena
PRE-MATCH: KELANTAN UNITED FC (4) vs (1) KELANTAN FC: liga Super: 9 MLM: Live Astro Arena

PRE-MATCH | KELANTAN UNITED FC vs KELANTAN FC | Liga Super Kelantan United Football Club (KUFC) berazam mahu ...



PRE-MATCH : NEGERI SEMBILAN FC vs KELANTAN UNITED FC | LIGA SUPER | LIVE 9.00 MLM | ASTRO
PRE-MATCH : NEGERI SEMBILAN FC vs KELANTAN UNITED FC | LIGA SUPER | LIVE 9.00 MLM | ASTRO

NEGERI SEMBILAN FC vs KELANTAN UNITED FC | PRE-MATCH Assalamualaikum dan salam sejahtera,Saingan Liga Super ...



PRE-MATCH | PERAK FC vs SELANGOR FC | LIGA SUPER | LIVE 8.15 MLM
PRE-MATCH | PERAK FC vs SELANGOR FC | LIGA SUPER | LIVE 8.15 MLM

SELANGOR FC vs PERAK FC Assalamualaikum dan salam sejahtera,satu lagi aksi liga super menjadi tumpuan pada malam ini ...



PRE-MATCH : SRI PAHANG FC vs PENANG FC | 5.15 PTG | LIVE ASTRO 804
PRE-MATCH : SRI PAHANG FC vs PENANG FC | 5.15 PTG | LIVE ASTRO 804

PRE-MATCH : SRI PAHANAG FC Vs PENANG FC Assalamualaikum dan salam sejahtera,saingan liga super diteruskan lagi ...



Fokus Bertemu Lawan Kuat Thailand | Bola sepak Lelaki Sukan Sea 2023
Fokus Bertemu Lawan Kuat Thailand | Bola sepak Lelaki Sukan Sea 2023

Fokus Bertemu Lawan Kuat Thailand | Bola sepak Lelaki Sukan Sea 2023 Kemenangan besar 5-1 ke atas Laos pada aksi sulung ...



MATCHDAY:KELANTAN FC vs PERAK FC | LIVE 9.00 MLM | ASTRO ARENA
MATCHDAY:KELANTAN FC vs PERAK FC | LIVE 9.00 MLM | ASTRO ARENA

Liga Super ( LS10 ) Kelantan FC vs Perak FC Jam 9 mlm di Stadium Sultan Muhammad ke 4 Kota Bharu. #ligasupermalaysia ...



PDRM FC (0) vs (1) JOHOR DARUL TAZIM | LIGA SUPER | LIVE 10 MLM | ASTRO
PDRM FC (0) vs (1) JOHOR DARUL TAZIM | LIGA SUPER | LIVE 10 MLM | ASTRO

Liga Super PDRM FC vs JOHOR DARUL TAZIM | STADIUM MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA SELANGOR | LIVE 10 MLM ...




« Previous Next »


User Detail Page

You can find user latest posts and related content on the page. Friends, comments for events / matches are also available on the page. Even you can find users who are same pleasure with current user.

#Travel, #SupportYourTeam, #AllAboutSports