Content removal request!


PENGADIL MALAYSIA DI KECAM DI FACEBOOK OLEH PENYOKONG AL-WEHDAT AFC

Penyokong kelab Al-Wehdat dari Jordan nyata ‘bengang’ dengan pengadil perlawanan AFC Champions League yang mengendalikan perlawanan berdepan dengan Al-Sadd dari Qatar semalam. Pengadil perlawanan yang berasal dari Malaysia iaitu Mohd Amirul Izwan Yaakob telah menjadi bahan kecaman penyokong Al-Wehdat selepas kelab mereka tumpas 0-2 seterusnya menutup terus peluang untuk beraksi diperingkat seterusnya. Kekalahan kali ke-3 dari 4 perlawanan itu juga menyebabkan Al-Wehdat sah tersingkir dari persaingan merebut slot ke peringkat seterusnya, dan ketika ini hanya mampu mengutip 1 mata sahaja. Tekanan mula dirasai apabila pengadil Mohd Amirul Izwan memberikan sepakan penalti kepada pasukan Al-Sadd pada minit ke 31 dan berjaya disempurnakan oleh Santi Cazorla untuk kedudukan 0-1. Kemuncak kepada rasa tidak puas hati dilihat apabila pemain Al-Wehdat iaitu Yazan Al-Arab diarahkan keluar padang selepas mengutip kad kuning ke 2 pada minit ke 75 dan 14 minit berselang, Al-Sadd menjaringkan gol ke-2 untuk memastikan 3 mata penuh dibawa pulang ke Qatar. @rlstudiosports