Selepas mengharungi tiga aksi persahabatan, Terengganu FC (TFC) mempunyai ramuan terbaik menjadi pencabar utama dalam baki aksi Liga Super yang bakal bersambung pada Sabtu ini. Malah barisan pemain skuad kendalian Nafuzi Zain juga sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan dengan Perak FC pada perlawanan ke-14 itu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Pengurus pasukan, Zulfadli Rozi berkata, aksi persahabatan itu memberi pengalaman berharga buat semua pemain skuad Penyu selain barisan jurulatih dapat menilai dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang ada. "Selepas tiga aksi persahabatan itu, jurulatih sudah nampak barisan pemain yang bakal disenaraikan nanti, maknanya mereka mempunyai banyak pilihan tapi bukannya terlalu yakin kerana semua pemain diturunkan pada aksi pemanas badan itu. "Malah pemain pun bagaikan tidak sabar dan sudah bersedia sepenuhnya lebih-lebih lagi selepas hampir dua bulan menjalani latihan secara 'camp based training' sebagai persediaan menghadapi saingan Piala AFC yang dibatalkan berikutan tiada negara yang sedia menjadi tuan rumah. "Tambahan pula setakat ini tiada sebarang kecederaan pemain serta penggantungan selepas lebih dua bulan tidak beraksi dalam saingan kompetitif itu kerana liga berehat panjang," katanya ketika dihubungi. Pada aksi persahabatan itu, Terengganu FC yang menyenaraikan dua import baharu pada jendela kedua perpindahan pemain iaitu Habib Haroon dari Bahrain dan pemain pinjaman dari Sri Pahang FC yang juga bekas pemainnya, Lee Tuck tewas 0-2 kepada Penang FC dalam perlawanan pertama sebelum membelasah PDRM FC 3-0 dan Kelantan United 4-0. Mengulas pertemuan dengan skuad The Bos Gaurus itu nanti, beliau akui corak permainan pasukan lawan sukar untuk dibaca kerana mereka membariskan lima import baharu selain beberapa pemain tempatan. "Kita tidak akan sesekali memandang mudah keupayaan Perak kerana sejak dulu lagi skuad itu konsisten selain mempunyai reputasi yang hebat dalam Liga Malaysia (Liga M). "Malah kehadiran lima import baharu dalam pusingan kedua ini selain pemain tempatan sudah pasti corak permainan skuad kendalian Chong Yee Fatt itu jauh berbeza sekali gus menyukarkan kita untuk membaca corak permainan mereka," katanya yang menuntut pemain agar tidak menjadikan aksi pusingan pertama sebagai ukuran. Pertemuan pusingan pertama di Stadium Perak, Ipoh pada Mac lalu memihak kepada skuad Penyu dengan kemenangan 2-0 hasil jaringan Faisal Abdul Halim dan pemain kelahiran Ivory Coast, Dechi Marcel @awangstudios
FILIPINA vs MALAYSIA| KELAYAKAN PIALA ASIA U-23 2024 |MAS vs FILIPINA PRE-MATCH Perlawanan kedua Kelayakan Piala ...
JOHOR DARUL TAZIM VS KELANTAN FC | 2ND ROUND PIALA MALAYSIA l JDT VS KELANTAN LIVE 2023 Assalamualaikum ...
KERANA MULUT 'MAT SIUU' DIGANTUNG Assalamualaikum dan salam sejahtera Khabar mengejutkan arena bola sepak ...
PIALA FA|KL CITY SEDIA BUAT JDT "MENANGIS" ULANGI FINAL PIALA MALAYSIA Aksi terumbang ambing yang dipamerkan ...
PRE- MATCH | JOHOR DARUL TAZIM vs NEGERI SEMBILAN FC Assalamualaikum dan salam sejahtera,kerangcakan saingan ...
PRE-MATCH LIGA SUPER : KL CITY FC vs TERENGGANU FC Assalamualaikum dan salam sejahtera,Aksi liga super diteruskan ...
PRE-MATCH | JOHOR DARUL TA'ZIM vs KUAPA LUMPUR CITY FC | Liga Super | 9 MLM Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
AKSI TERENGGANU FC vs JDT PENGADIL BERAT SEBELAH ??? "Pengadil 'ragut' aksi terbaik dipamerkan Terengganu FC ...