Content removal request!


JANGAN kalah Tanpa Melawan : Malaysia vs Uzbekistan

Kekalahan kepada Jordan 0-4 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 pada Rabu, menunjukkan bagaimana prestasi Malaysia yang secara beransur-ansur meningkat naik sepanjang tahun 2019, terus merosot sejak pandemik C0vid-19 melanda dunia pada awal tahun lalu. Skuad Harimau Malaya yang dibarisi sebahagian besar pemain utama hanya t3was 0-1 di tangan Jordan dalam pertembungan terakhir kedua-dua pasukan, pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ogos 2019. Bagaimanapun, faktor ketiadaan pemain tonggak untuk memperkuatkan pasukan kali ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menutup kelemahan ketara pasukan negara, yang didedahkan Jordan pada aksi di Stadium King Abdullah II di Amman, itu. Posisi tengah skuad Harimau Malaya perlu diperbaiki sebaik mungkin menjelang aksi persahabatan berdepan pasukan ranking ke-84 dunia, Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan, Sabtu ini. Kelemahan di bahagian ‘enjin’ utama skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu turut diakui pengurus pasukan, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi selepas pasukan kebangsaan tunduk 0-4 di tangan Jordan dalam saingan di Stadium Raja Abdullah II, Amman, semalam. Justeru, beliau yakin segala kelemahan skuad Harimau Malaya khususnya di bahagian tengah berada dalam penelitian barisan jurulatih untuk diperbaiki segera. Bukan kita nak menyalahkan mana-mana pemain kerana mereka pun baru pertama kali digandingkan. Cuma malam tadi bahagian tengah kita agak tak menjadi. “Jadi saya percaya akan ada perubahan selepas ini (aksi persahabatan menentang Uzbekistan) dan kita akan baiki sebelum bermulanya Piala Suzuki AFF pada Disember nanti,” katanya. Selain itu, Mohd Yusoff berharap semua pihak memberi peluang kepada barisan pemain dan tidak terlalu cepat menghukum mereka selepas kekalahan besar di tangan Jordan. #malaysia #uzbekistan #harimaumalaya #internationalfriendlymatch #malaysiavsuzbekistan2021