is Ketam Bola's user profile page. Match highlights, posts and more on site!

“”

 Report User

Highlights

Melaka United 1 - 1 PKNS FC | Liga Super 2019 | LS21
Melaka United 1 - 1 PKNS FC | Liga Super 2019 | LS21

SOROTAN PERLAWANAN LS21 Hasrat Melaka untuk melonjak ke tangga ketiga Liga Super tidak kesampaian selepas terikat 1-1 berdepan PKNS FC di Stadium Hang Jebat malam tadi. Rentak permainan kedua-dua pasukan kelihatan seimbang bagi babak pertama namun tidak berkesudahan dengan jaringan. Babak kedua menyaksikan skuad Hang Tuah lebih banyak mendominasi permainan dengan gol yang dicari akhirnya terhasil menerusi tolakan kapten pasukan Shukor Adan pada minit ke-54. Bagaimanapun ketika masa permainan berbaki 10 minit, Kpah Sherman akhirnya menjadi meledak gol buat PKNS FC dan menyamai kedudukan. Keputusan terbabit menyaksikan tuan rumah kekal di tangga kelima liga di belakang Johor Darul Ta'zim, Pahang, Kedah dan Selangor. #LigaSuper2019 #isKetamBola



Kuala Lumpur 0 - 2 Felda United | Liga Super 2019 | LS20
Kuala Lumpur 0 - 2 Felda United | Liga Super 2019 | LS20

SOROTAN PERLAWANAN LS20 Felda United FC memperolehi kemenangan pertama di tempat lawan musim ini dengan menewaskan Kuala Lumpur 2-0 malam tadi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. Pasukan tuan rumah mengatur beberapa serangan pada awal perlawanan, namun percubaan Paulo Josue dan Indra Putra Mahayuddin tidak menepati sasaran. The Fighters membuka jaringan pada minit ke-41 selepas bola yang gagal ditangkap penjaga gol KL, Faridzuean Kamaruddin, ditolak masuk gawang gol oleh penyerang Singapura, Khairul Amri Kamal untuk gol ketiga beliau musim ini dalam Liga Super. Sambung babak kedua, Felda United FC menambah jaringan melalui rembatan kencang Zahril Azri Zabri hasil hantaran Khairul Amri. Kei Ikeda dan Faiz Mazlan mempunyai peluang untuk menggandakan kelebihan pasukan pelawat, namun tidak dapat disudahkan dan keputusan kekal 2-0 untuk membolehkan Felda United FC memintas Kuala Lumpur untuk menduduki tempat ke-11 Liga Super. #LigaSuper2019 #isKetamBola



Pahang 3 - 2 PKNS FC | Liga Super 2019 | LS20
Pahang 3 - 2 PKNS FC | Liga Super 2019 | LS20

SOROTAN PERLAWANAN LS20 Pahang meneruskan rentak kemenangan di laman sendiri dengan menewaskan PKNS FC 3-2 malam tadi di Stadium Darul Makmur. Pasukan pelawat melakukan percubaan pada awal permainan melalui Tommy Mawat Bada, tetapi diselamatkan oleh Remezey Che Ros. Skuad Tok Gajah membuka jaringan hasil tandukan Herold Goulon yang menanduk masuk sepakan sudut Nor Azam Azih pada minit ke-30 untuk gol keenam peribadinya musim ini. Tiga minit sebelum waktu rehat pertama, Muslim Ahmad menambah jaringan untuk Pahang dengan gol kedua yang juga berpunca daripada sepakan sudut. Sambung babak kedua, PKNS FC menggandakan usaha dengan beberapa percubaan, namun tidak berjaya menewaskan Remezey di gawang gol Pahang. Skuad Semut Merah akhirnya menjaringkan gol melalui penyudah tenang penjaring terbanyak Liga Super, Kpah Sherman dengan gol ke-13 beliau musim ini. PKNS FC menyamakan kedudukan pada minit ke-65 dengan rembatan kencang Gabriel Guerra, tetapi ketua pasukan Pahang, Matthew Davies muncul wira Tok Gajah dengan gol kemenangan pada minit ke-90. #LigaSuper2019 #isKetamBola



Reaksi Hafizul Hakim Selepas Tamat Perlawanan | Semi Final Piala FA 2019 | Perak vs Pahang
Reaksi Hafizul Hakim Selepas Tamat Perlawanan | Semi Final Piala FA 2019 | Perak vs Pahang

"Saya terpaksa lupakan apa yang berlaku di Pahang tempoh hari kerana pasukan perlukan saya pada malam ini," Berikut merupakan reaksi daripada Hafizul Hakim selepas tamat perlawanan Separuh Akhir Shopee Piala FA #PRKPHG sebentar tadi. #ShopeePialaFA2019 #MFLLive #isKetamBola



Keputusan Kontroversi Penalti Selangor vs Kuala Lumpur | LS16
Keputusan Kontroversi Penalti Selangor vs Kuala Lumpur | LS16

VIDEO KONTROVERSI PENALTI SELANGOR KL Kenapa penalti diberikan?Mula-mula gol,lepas tu offiside,tiba-tiba penalti. VAR? credit : Rise Of The Panthers ( ROTP ) #isKetamBola



Selangor United 1 - 3 Penang FA | Liga Perdana 2019 | LP16
Selangor United 1 - 3 Penang FA | Liga Perdana 2019 | LP16

HIGHLIGHT SELANGOR UNITED 1 - 3 PENANG (LIGA PERDANA) Penang terus mencatat kemenangan demi kemenangan selepas membawa masuk beberapa orang muka baru untuk pintu perpindahan ke 2.Kemenangan petang tadi melonjakkan Penang ke tangga ke 5 Liga Perdana buat masa ini. Masa Penuh: SELANGOR UNITED (1) - (3) PULAU PINANG ⚽ Julian Bottaro ⚽ Casagrande ⚽ Sergio Aguero ----- ⚽ Hadi Yahya credit : Rise Of The Panthers ( ROTP ) #isKetamBola



Felda United FC 5 - 4 PKNS FC | Liga Super 2019 | LS16
Felda United FC 5 - 4 PKNS FC | Liga Super 2019 | LS16

SOROTAN PERLAWANAN LS16 Pasukan Felda United FC mencatat kemenangan kedua musim ini apabila menewaskan PKNS FC 5-4 dalam perlawanan yang menarik malam tadi. Gol awal The Fighters dijaringkan oleh Thiago Junio pada minit ke-4, tetapi PKNS FC menyamakan kedudukan menerusi Kpah Sherman pada minit ke-15. Felda menjaringkan gol lagi melalui Hadin Azman, Faiz Mazlan serta serta dua gol pemain kebangsaan Singapura, Khairul Amri Kamal pada minit ke-51 dan 55. PKNS FC merapatkan kedudukan dengan tandukan Tamirlan Kozubaev minit ke-60, jaringan solo Jafri Firdaus Chew pula pada minit ke-71 dan tandukan Rodney Akwensivie pada minit ke-81, namun keputusan kekal 5-4 sehingga tamat waktu perlawanan. credit : Malaysian Football League #LigaSuper2019 #isKetamBola




« Previous


User Detail Page

You can find user latest posts and related content on the page. Friends, comments for events / matches are also available on the page. Even you can find users who are same pleasure with current user.

#Travel, #SupportYourTeam, #AllAboutSports