FAMTV Malaysia's user profile page. Match highlights, posts and more on site!“” Report User |
Dengarkan komen ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC, Ivan Yussof dan ketua jurulatih Selangor FC, Firdaus Aziz mengenai perancangan dan sasaran pasukan kendalian mereka dalam saingan Kumpulan B, Piala Belia 2022 yang telah memasuki Hari Perlawanan 2 pada Jumaat, 4 Mac 2022. Pertembungan kedua-dua pasukan yang berlangsung di Stadium UPM, Serdang itu berakhir dengan keputusan Selangor FC menang 2-1. #FAM #HarimauMalaya #PialaBelia2022
Sekitar perlawanan persahabatan ketiga/terakhir skuad B-22 kebangsaan bertemu Kedah Darul Aman FC di Padang Arena MBSJ, USJ 5, Subang Jaya pada Isnin, 18 Oktober 2021 yang menyaksikan skuad kendalian Brad Maloney itu berjaya mencatat kemenangan 2-0. Pemain pertahanan, Ahmad Zikri Mohd Khalili menjaringkan gol pertama Harimau Malaya B-22 pada minit ke-28 sebelum pemain gantian, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar meledak gol kedua pada tambahan masa separuh masa kedua. Dengarkan komen Maloney mengenai persembahan para pemainnya serta komen daripada ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Aidil Sharin Sahak. Skuad B-22 kebangsaan dalam kem latihan pusat Fasa 2 sejak 4 Oktober lalu dan dijadual berlepas ke Ulaanbaatar, Mongolia pada Rabu ini bagi menghadapi saingan Kumpulan J, Kelayakan Piala Asia B-23 2022 menentang Laos (25 Oktober 2021), Mongolia (28 Oktober 2021) dan Thailand (31 Oktober 2021). #FAM #HarimauMalaya #AFCU23
Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe turun menjalani latihan di Dubai, UAE, malam tadi menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam di Stadium Al Maktoum, Jumaat ini (awal pagi Sabtu, waktu Malaysia). #FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers
Skuad Harimau Malaya mengucapkan terima kasih kepada rakan penerbangan rasminya, Malaysia Airlines kerana telah membawa pasukan terbang dari Kuala Lumpur ke Dubai, UAE pada 20 Mei lalu, kemudiannya dari Dubai ke Manama, Bahrain pada 25 Mei dan dari Manama ke Dubai, hari ini. Sebelum berlepas pulang ke tanah air, hari ini, anak-anak kapal pesawat sewa khas Malaysia Airlines berkenaan sempat menitipkan ucapan selamat maju jaya kepada skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe dalam baki perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai dari 3 hingga 15 Jun 2021. Terima Kasih Malaysia Airlines! #FAM #HarimauMalaya
Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe turun menjalani latihan terakhir mereka di Manama, Bahrain pada Ahad, 30 Mei 2021 selepas hampir seminggu berada di Bahrain. Mereka dalam persiapan akhir menjelang baki tiga perlawanan Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu UAE (3 Jun), Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun 2021) di Dubai, UAE. #FAM #HarimauMalaya
Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe turun menjalani sesi latihan sulung mereka di Stadium Nasional, Bukit Jalil, petang tadi. Skuad Harimau Malaya akan berlatih empat hari di sini sebelum berlepas ke Dubai, UAE, Khamis ini bagi menghadapi baki tiga perlawanan Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. #FAM #HarimauMalaya
Dengarkan komen ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon pada sidang media selepas Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di ...
Rangkuman penuh Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor yang menyaksikan skuad Harimau Malaya ...
Dengar apa kata ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon pada sidang media menjelang perlawanan separuh akhir kedua ...
Dengarkan komen ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon dan pemain tengah, Stuart Wilkin pada sidang media selepas ...
Sorotan tujuh jaringan yang dihasilkan skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon ketika menewaskan Kemboja 4-0 pada 9 ...
Dengarkan komen ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon pada sidang media selepas Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di ...
Rangkuman penuh Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras yang menyaksikan skuad ...
Sekitar sesi latihan skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon di Chiang Mai, Thailand pada petang Jumaat, 23 September ...