Content removal request!


Sesi Latihan Terakhir Skuad Harimau Malaya Di Bahrain

Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe turun menjalani latihan terakhir mereka di Manama, Bahrain pada Ahad, 30 Mei 2021 selepas hampir seminggu berada di Bahrain. Mereka dalam persiapan akhir menjelang baki tiga perlawanan Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu UAE (3 Jun), Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun 2021) di Dubai, UAE. #FAM #HarimauMalaya