Content removal request!


Perlawanan Persahabatan Skuad B-22 Kebangsaan Lwn Kedah Darul Aman FC | 18 Oktober 2021

Sekitar perlawanan persahabatan ketiga/terakhir skuad B-22 kebangsaan bertemu Kedah Darul Aman FC di Padang Arena MBSJ, USJ 5, Subang Jaya pada Isnin, 18 Oktober 2021 yang menyaksikan skuad kendalian Brad Maloney itu berjaya mencatat kemenangan 2-0. Pemain pertahanan, Ahmad Zikri Mohd Khalili menjaringkan gol pertama Harimau Malaya B-22 pada minit ke-28 sebelum pemain gantian, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar meledak gol kedua pada tambahan masa separuh masa kedua. Dengarkan komen Maloney mengenai persembahan para pemainnya serta komen daripada ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Aidil Sharin Sahak. Skuad B-22 kebangsaan dalam kem latihan pusat Fasa 2 sejak 4 Oktober lalu dan dijadual berlepas ke Ulaanbaatar, Mongolia pada Rabu ini bagi menghadapi saingan Kumpulan J, Kelayakan Piala Asia B-23 2022 menentang Laos (25 Oktober 2021), Mongolia (28 Oktober 2021) dan Thailand (31 Oktober 2021). #FAM #HarimauMalaya #AFCU23