Content removal request!


Terima Kasih Malaysia Airlines Bawa Harimau Malaya Terbang Ke Dubai & Manama

Skuad Harimau Malaya mengucapkan terima kasih kepada rakan penerbangan rasminya, Malaysia Airlines kerana telah membawa pasukan terbang dari Kuala Lumpur ke Dubai, UAE pada 20 Mei lalu, kemudiannya dari Dubai ke Manama, Bahrain pada 25 Mei dan dari Manama ke Dubai, hari ini. Sebelum berlepas pulang ke tanah air, hari ini, anak-anak kapal pesawat sewa khas Malaysia Airlines berkenaan sempat menitipkan ucapan selamat maju jaya kepada skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe dalam baki perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai dari 3 hingga 15 Jun 2021. Terima Kasih Malaysia Airlines! #FAM #HarimauMalaya