FAMTV Malaysia's user profile page. Match highlights, posts and more on site!“” Report User |
Sekitar hari kelima sesi latihan malam skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon di Qatar University, Doha, Qatar pada Jumaat, 5 Januari 2024 menjelang Piala Asia 2023 di Qatar bermula 12 Januari hingga 10 Februari 2024. Malaysia yang berada dalam Kumpulan E akan bertemu Jordan di Stadium Al Janoub pada Isnin, 15 Januari; Bahrain di Stadium Jassim Bin Hamad pada Sabtu, 20 Januari dan Republik Korea di Stadium Al Janoub pada Khamis, 25 Januari 2024. #FAM #HarimauMalaya #AsianCup2023
Rangkuman penuh perlawanan pertama Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi yang menyaksikan skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon bangkit mencatat kemenangan 4-3 ke atas Republik Kyrgyz. Selepas mendahului 1-0 menerusi jaringan Dion Cools seawal minit 7, Malaysia dibolosi tiga gol oleh Kayrat Zhyrgalbek pada minit 42, Ernist Batyrkanov minit 44 dan Kai Merk minit 57 untuk seketika ketinggalan 3-1. Malaysia bangkit pada 20 minit terakhir untuk menambah tiga lagi gol hasil jaringan sendiri Khristiyan Brauzman minit 72, gol kedua peribadi Cools minit 77 dan jaringan kemenangan Faisal Halim pada masa kecederaan. #FAM #HarimauMalaya #FIFAWorldCup #AsianCup2027
Dengarkan komen daripada dua pemain Harimau Malaya, Dion Cools & Sergio Aguero pada hari ke-2 kem latihan pusat ...
Sekitar hari kedua kem latihan pusat skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon di Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam, Johor Bahru pada Ahad, 19 Mac 2023. Skuad Harimau Malaya akan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri iaitu menentang Turkmenistan pada Khamis, 23 Mac 2023 dan Hong Kong pada Selasa, 28 Mac 2023, kedua-duanya sepak mula jam 10.00 malam. ▶️ Dapatkan tiket berharga RM30 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak) di https://bit.ly/tiketHM sekarang! #FAM #HarimauMalaya
Sekitar hari pertama kem latihan pusat skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon di Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam, Johor Bahru pada Sabtu, 18 Mac 2023. Skuad Harimau Malaya akan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri iaitu menentang Turkmenistan pada Khamis, 23 Mac 2023 dan Hong Kong pada Selasa, 28 Mac 2023, kedua-duanya sepak mula jam 10.00 malam. ▶️ Dapatkan tiket berharga RM30 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak) di https://bit.ly/tiketHM sekarang! #FAM #HarimauMalaya
Dengarkan ungkapan kata-kata semangat daripada kapten-kapten skuad Harimau Malaya iaitu Dion Cools, Safiq Rahim, Farizal Marlias dan Syafiq Ahmad di bilik persalinan pasukan sebelum bermulanya aksi menentang Bangladesh pada Selasa, 14 Jun 2022. Pada aksi terakhir Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu, skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon berjaya menewaskan Bangladesh 4-1, sekali gus layak ke Piala Asia 2023. #FAM #HarimauMalaya #ACQ2023
Dengarkan komen ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon pada sidang media selepas perlawanan pertama Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi yang menyaksikan Malaysia berjaya menewaskan Turkmenistan 3-1. Ketiga-tiga gol skuad Harimau Malaya dijaringkan oleh Safawi Rasid, Faisal Halim dan La'Vere Corbin-Ong pada separuh masa pertama. #FAM #HarimauMalaya #ACQ2023
Sekitar sesi latihan petang pada hari kelima kem latihan pusat skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebagai persediaan menjelang dua aksi FAS Tri-Nations Series 2022 bertemu Filipina pada 23 Mac dan Singapura pada 26 Mac di Stadium Nasional, Singapura. #FAM #HarimauMalaya Copyright : After School | Kakao Entertainment
Dengarkan komen ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon pada sidang media selepas Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di ...
Rangkuman penuh Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu, malam ...
Dengar apa kata ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon dan ketua jurulatih Papua New Guinea, Harrison Kamake ...
Dengarkan komen ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon pada sidang media selepas Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di ...
Rangkuman penuh Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu, malam ...
Dengarkan kata-kata semangat daripada kapten Harimau Malaya, Dion Cools di bilik persalinan pasukan sebelum Perlawanan ...
Dengarkan komen ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon pada sidang media selepas Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di ...
Rangkuman penuh Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, malam tadi yang menyaksikan skuad ...