TERENGGANU FC WASPADA PERAK FC SUKAR DIBACA
TERENGGANU FC WASPADA PERAK FC SUKAR DIBACA

Selepas mengharungi tiga aksi persahabatan, Terengganu FC (TFC) mempunyai ramuan terbaik menjadi pencabar utama dalam baki aksi Liga Super yang bakal bersambung pada Sabtu ini. Malah barisan pemain skuad kendalian Nafuzi Zain juga sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan dengan Perak FC pada perlawanan ke-14 itu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Pengurus pasukan, Zulfadli Rozi berkata, aksi persahabatan itu memberi pengalaman berharga buat semua pemain skuad Penyu selain barisan jurulatih dapat menilai dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang ada. "Selepas tiga aksi persahabatan itu, jurulatih sudah nampak barisan pemain yang bakal disenaraikan nanti, maknanya mereka mempunyai banyak pilihan tapi bukannya terlalu yakin kerana semua pemain diturunkan pada aksi pemanas badan itu. "Malah pemain pun bagaikan tidak sabar dan sudah bersedia sepenuhnya lebih-lebih lagi selepas hampir dua bulan menjalani latihan secara 'camp based training' sebagai persediaan menghadapi saingan Piala AFC yang dibatalkan berikutan tiada negara yang sedia menjadi tuan rumah. "Tambahan pula setakat ini tiada sebarang kecederaan pemain serta penggantungan selepas lebih dua bulan tidak beraksi dalam saingan kompetitif itu kerana liga berehat panjang," katanya ketika dihubungi. Pada aksi persahabatan itu, Terengganu FC yang menyenaraikan dua import baharu pada jendela kedua perpindahan pemain iaitu Habib Haroon dari Bahrain dan pemain pinjaman dari Sri Pahang FC yang juga bekas pemainnya, Lee Tuck tewas 0-2 kepada Penang FC dalam perlawanan pertama sebelum membelasah PDRM FC 3-0 dan Kelantan United 4-0. Mengulas pertemuan dengan skuad The Bos Gaurus itu nanti, beliau akui corak permainan pasukan lawan sukar untuk dibaca kerana mereka membariskan lima import baharu selain beberapa pemain tempatan. "Kita tidak akan sesekali memandang mudah keupayaan Perak kerana sejak dulu lagi skuad itu konsisten selain mempunyai reputasi yang hebat dalam Liga Malaysia (Liga M). "Malah kehadiran lima import baharu dalam pusingan kedua ini selain pemain tempatan sudah pasti corak permainan skuad kendalian Chong Yee Fatt itu jauh berbeza sekali gus menyukarkan kita untuk membaca corak permainan mereka," katanya yang menuntut pemain agar tidak menjadikan aksi pusingan pertama sebagai ukuran. Pertemuan pusingan pertama di Stadium Perak, Ipoh pada Mac lalu memihak kepada skuad Penyu dengan kemenangan 2-0 hasil jaringan Faisal Abdul Halim dan pemain kelahiran Ivory Coast, Dechi Marcel @awangstudios



David Da Silva sah milik Terengganu FC sebagai penyerang utama skuad penyu
David Da Silva sah milik Terengganu FC sebagai penyerang utama skuad penyu

David Da Silva sah milik Terengganu FC sebagai penyerang utama skuad penyu selama setahun Da Silva merupakan seorang penyerang sensasi di Liga Indonesia dan antara penyerang yang digeruni Terengganu FC berjaya membawa David Da Silva ke Skuad Penyu ekoran ketidakpastian bila Liga Indonesia akan bermula kehadiran Da Silva sebagai penyerang utama akan memberi impak barisan serangan skuad penyu #CozBola #DavidDaSilva #TerengganuFC



TERENGGANU vs PAHANG : REVIEW
TERENGGANU vs PAHANG : REVIEW

Ketiadaan 4 tonggak utama Pahang ternyata memberi kelebihan dan peluang kepada Terengganu untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas pasukan Tok Gajah.Skuad Penyu yang terlebih dahulu ketinggalan pada minit ke-12 bangkit untuk menjaringkan dua gol pada minit ke-15 dan 81 untuk menamatkan saingan CIMB Liga Super 2020 di tempat yang ke-3. Sila Share, Like & Subscribe ke Channel kami untuk lihat content-content kami yang berbeza & menarik! Terima kasih! Muzik yang digunakan: Intro Song: Grease Soundtrack Karaoke (https://www.youtube.com/watch?v=IKpk5) Background Song: Aladin - Spider ( KARAOKE NON VOCAL ) (https://www.youtube.com/watch?v=etm1yk7jYaw) #roadto3ksubs #terengganu #pahang



LIGA SUPER - TERENGGANU FC 1 - PAHANG 0 [12 MEI 2018]
LIGA SUPER - TERENGGANU FC 1 - PAHANG 0 [12 MEI 2018]

Baik...terdahulu.. Aksi perlawanan Liga Super 2018 di Stadium Darul Makmur, Kuantan menyaksikan Terengganu FC terus mengekalkan rentak kecemerlangan apabila membenam tuan rumah 1-0, malam tadi. Kemenangan itu meletakkan Sang Penyu di tangga keempat liga dengan 15 mata.




« Previous


Popular Tags

#Anthony Davis  #Best Goals  #Cristiano Ronaldo  #David Silva  #LeBron James  #Football Defensive Skills  #Zlatan Ibrahimovi  #Kobe Bryant  #Best Goalkeeper Saves  #Allen Iverson  

Popular Users

#AntDavis23  #LarryFitzgerald  #b_ryan9  #KDTrey5  #JoelEmbiid  #KimKardashian  #MikePereira  #elonmusk  #PMOIndia  #Kaepernick7  #BadgerMBB  #TheRock  #rogerfederer  #Ky1eLong