Aksi Perak FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh, malam Ahad berakhir dengan insiden kekecohan pemain yang hampir mencetuskan pergaduhan. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan punca kekecohan itu tercetus dan menerusi video yang tersebar, kekecohan itu berjaya dileraikan tanpa berlaku insiden lebih buruk. Perlawanan kelima Liga Super itu berkesudahan dengan Perak dan JDT berkongsi satu mata selepas terikat 2-2. ------------------------------------- #HMETRO #METROTV Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my Please like http://www.facebook.com/harianmetro Please follow http://www.twitter.com/hmetromy And also our http://www.instagram.com/hmetromy
Hafizh Syahrin Abdullah dibenarkan pulang ke 'motorhome' di Litar Red Bull Ring-Spielberg dengan dirinya dilihat menggunakan tongkat selepas terbabit dalam satu insiden ngeri di perlumbaan Grand Prix (GP) Austria. Pelumba Moto2 pasukan Openbank Aspar Team itu kemudian menerima lawatan daripada beberapa pelumba seperti Albert Arenas daripada pasukan Moto3, Valresa Aspar Team dan juga Prinsipal Pasukan PETRONAS Sepang Racing Team, Datuk Razlan Razali. https://www.hmetro.com.my/arena/2020/08/611277/nasib-baik-tak-patah-riuk-hafizh-metrotv ------------------------------------- #HMETRO #METROTV Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my Please like http://www.facebook.com/harianmetro Please follow http://www.twitter.com/hmetromy And also our http://www.instagram.com/hmetromy
Selepas tertangguh beberapa kali sebelum ini, akhirnya penyerang sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin berlepas ke Belgium malam ini bagi menyertai kelab baharunya, KV Kortrijk. Luqman yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada jam 11.15 malam tadi ditemani oleh keluarga tersayang termasuk ibu dan bapanya. Berkongsi mengenai perasaannya, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu mengakui sedih terpaksa meninggalkan keluarga namun demi mencapai impiannya dia kuatkan semangatnya. https://www.hmetro.com.my/arena/2020/08/609699/luqman-teruja-terbang-ke-belgium-metrotv -------------------------------------------------------------------- #HMETRO #METROTV Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my Please like http://www.facebook.com/harianmetro Please follow http://www.twitter.com/hmetromy And also our http://www.instagram.com/hmetromy
Kemenangan besar 6-0 ke atas Sri Lanka dipandang remeh oleh Vietnam yang beranggapan kononnya Malaysia memilih lawan yang tidak setara. Tapi, Tan Cheng Hoe ada alasannya. Kredibiliti Malaysia itu cuba digugat media Vietnam pada sesi sidang media di Hanoi, pada 9 Oktober. ------------------------------------- #HMETRO #METROTV Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my Please like http://www.facebook.com/harianmetro Please follow http://www.twitter.com/hmetromy And also our http://www.instagram.com/hmetromy