perlawanan liga super minggu ke 20 di teruskan melibatkan perlawanan diantara #kedah vs #perak di stadium darulaman , alor setar kedah. perlawanan derbi utara yang sentiasa di tunggu tunggu oleh peminat ke dua2 pasukan...
Dibawakan oleh Widad Langkasuka, Penaja Utama KDA FC 2021. LS20 FT: KDA FC 1-0 PERAK FC ⚽ 19’ Kpah Sherman
SOROTAN PERLAWANAN LS20 Felda United FC memperolehi kemenangan pertama di tempat lawan musim ini dengan menewaskan Kuala Lumpur 2-0 malam tadi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. Pasukan tuan rumah mengatur beberapa serangan pada awal perlawanan, namun percubaan Paulo Josue dan Indra Putra Mahayuddin tidak menepati sasaran. The Fighters membuka jaringan pada minit ke-41 selepas bola yang gagal ditangkap penjaga gol KL, Faridzuean Kamaruddin, ditolak masuk gawang gol oleh penyerang Singapura, Khairul Amri Kamal untuk gol ketiga beliau musim ini dalam Liga Super. Sambung babak kedua, Felda United FC menambah jaringan melalui rembatan kencang Zahril Azri Zabri hasil hantaran Khairul Amri. Kei Ikeda dan Faiz Mazlan mempunyai peluang untuk menggandakan kelebihan pasukan pelawat, namun tidak dapat disudahkan dan keputusan kekal 2-0 untuk membolehkan Felda United FC memintas Kuala Lumpur untuk menduduki tempat ke-11 Liga Super. #LigaSuper2019 #isKetamBola
SOROTAN PERLAWANAN LS20 Pahang meneruskan rentak kemenangan di laman sendiri dengan menewaskan PKNS FC 3-2 malam tadi di Stadium Darul Makmur. Pasukan pelawat melakukan percubaan pada awal permainan melalui Tommy Mawat Bada, tetapi diselamatkan oleh Remezey Che Ros. Skuad Tok Gajah membuka jaringan hasil tandukan Herold Goulon yang menanduk masuk sepakan sudut Nor Azam Azih pada minit ke-30 untuk gol keenam peribadinya musim ini. Tiga minit sebelum waktu rehat pertama, Muslim Ahmad menambah jaringan untuk Pahang dengan gol kedua yang juga berpunca daripada sepakan sudut. Sambung babak kedua, PKNS FC menggandakan usaha dengan beberapa percubaan, namun tidak berjaya menewaskan Remezey di gawang gol Pahang. Skuad Semut Merah akhirnya menjaringkan gol melalui penyudah tenang penjaring terbanyak Liga Super, Kpah Sherman dengan gol ke-13 beliau musim ini. PKNS FC menyamakan kedudukan pada minit ke-65 dengan rembatan kencang Gabriel Guerra, tetapi ketua pasukan Pahang, Matthew Davies muncul wira Tok Gajah dengan gol kemenangan pada minit ke-90. #LigaSuper2019 #isKetamBola