Berita RTM's user profile page. Match highlights, posts and more on site!“” Report User |
Perak memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri selepas menewaskan Selangor 3-0 di Stadium TLDM Lumut... Keputusan itu membolehkan Perak naik ke tangga keenam dengan kutipan 7 mata.
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, PKNP FC....menewaskan Kuala Lumpur 2-1.
Bola Sepak Liga Super. Import The Red Warrior dari Korea Selatan Do Dong Hyun melakar hatrik untuk membantu kelantan mencatat kemenangan pertama di Stadium Sultan Muhammad Ke IV mengatasi Perak 3-2. JDT melonjak ke takhta liga Super selepas membenam Melaka United 3-0 Di Larkin. sementara itu selangor lonlai mengalami dua kekalahan berturut- turut.
Gergasi Lembah klang, Selangor gagal memperbaiki prestasi dalam liga apabila tewas dua kali berturut- turut dalam perlawanan ke-4 di laman sendiri kepada Pahang malam tadi.
Sementara itu di Terengganu, Terengganu City FC, TCFC mara ke pusingan kedua selepas bangkit mengetepikan Jerantut FA; 2-1 dalam aksi pusingan pertama saingan Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Separuh masa pertama, TCFC mempamerkan permainan agak tersusun dengan asakan bertali arus ke kubu lawan namun kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama. Gol tunggal Jerantut FC yang pernah menyertai pertandingan Liga Bola Sepak Rakyat menerusi pemain Mohd Arfisyah Abdul Jaafar minit ke- 64. Tiga minit kemudian, anak buah Ketua Jurulatih TCFC yang juga bekas pemain Terengganu, Mohd Noor Mohd Derus berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Mohd Rahizi Mohd Rasid pada minit ke- 67 dan minit ke-85. Tamat perlawanan; TCFC 2 Jerantut FC 1.
Pusingan Pertama Piala FA 2018. Southern Klang FC mengejutkan pasukan dari Liga FAM, Selangor United dengan kemenangan 2-1 di Stadium Penjara Kajang,Selangor.