Berita RTM's user profile page. Match highlights, posts and more on site!“” Report User |
Perkembangan skuad bola sepak Harimau Malaya. Jaringan tunggal Muhammad Syafiq Ahmad memastikan Malaysia melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Fiji aksi persahabatan. Corak hantaran pendek kemas digunapakai pemain turut membantu kemenangan Malaysia.
Sementara itu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. Jaguh lembah klang Selangor menjadikan Kelantan FA sebagai mangsa terbaharu mereka apabila membelasah gergasi pantai timur itu 4- 0.
Perak berjaya menundukkan PKNP FC dengan jaringan 4-3 dalam aksi Unifi Liga Super Malaysia 2018 di Stadium Perak, malam tadi. Keputusan itu membolehkan Perak melonjak ke tangga kedua dengan kutipan 24 mata.
Skuad Pahang kembali mencatat kemenangan besar apabila membelasah Kuala Lumpur 4-0 di Stadium Darul Makmur/ Kemenangan itu menebus kekecewaan skuad Tok Gajah yang tewas dalam dua perlawanan berturut-turut kepada Kedah (0-2) dan Terengganu FC (0-1), sebelum ini.
Baik...terdahulu.. Aksi perlawanan Liga Super 2018 di Stadium Darul Makmur, Kuantan menyaksikan Terengganu FC terus mengekalkan rentak kecemerlangan apabila membenam tuan rumah 1-0, malam tadi. Kemenangan itu meletakkan Sang Penyu di tangga keempat liga dengan 15 mata.
Beralih kepada perkembangan Bola Sepak Liga Premier. Sabah menggunakan sepenuhnya kelebihan bermain di gelanggang sendiri selepas berjaya menundukkan UITM FC, 3-1.