Content removal request!


BOLA SEPAK PIALA FA – TERENGGANU CITY FC KETEPIKAN JERANTUT FA, 2-1 [14 FEB 2018]

Sementara itu di Terengganu, Terengganu City FC, TCFC mara ke pusingan kedua selepas bangkit mengetepikan Jerantut FA; 2-1 dalam aksi pusingan pertama saingan Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Separuh masa pertama, TCFC mempamerkan permainan agak tersusun dengan asakan bertali arus ke kubu lawan namun kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama. Gol tunggal Jerantut FC yang pernah menyertai pertandingan Liga Bola Sepak Rakyat menerusi pemain Mohd Arfisyah Abdul Jaafar minit ke- 64. Tiga minit kemudian, anak buah Ketua Jurulatih TCFC yang juga bekas pemain Terengganu, Mohd Noor Mohd Derus berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Mohd Rahizi Mohd Rasid pada minit ke- 67 dan minit ke-85. Tamat perlawanan; TCFC 2 Jerantut FC 1.