Berita RTM's user profile page. Match highlights, posts and more on site!“” Report User |
Bola Sepak Liga Super 2018. Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (P-K-N-P) FC gagal mengutip mata penuh di laman sendiri selepas tewas 2-0 dengan Selangor, malam tadi. Kemenangan itu membolehkan skuad Gergasi Merah memintas P-K-N-P FC di tangga kelapan liga dengan kutipan 24 mata.
Dalam pada itu peluang Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan untuk kekal di Liga Super bakal terkubur,apabila tewas 2-1 di laman sendiri menentang Pasukan PKNP. Separuh masa pertama perlawanan kelihatan sedikit hambar apabila tiada sebarang percubaan bahaya ke atas gawang gol kedua-dua pasukan dilakukan oleh para pemain.
Pahang muncul juara Piala FA musim ini selepas menewaskan Selangor 2-0 dalam aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. Ia adalah kejuaraan kali ketiga pasukan itu sekali gus mengubati kekecewaan dalam aksi akhir musim lalu selepas tewas kepada Kedah, 3-2.