T.P.Y.N's user profile page. Match highlights, posts and more on site!“” Report User |
Dalam aksi di Stadium Bolasepak Cheras, 19 September 2021 selepas tiupan wisel penamat, perlawanan berkesudahan 0-1 memihak Negeri Sembilan. Kedua-dua pasukan sudah pun layak ke saingan Liga Super 2022 tetapi masing-masing perlu menang untuk menentukan siapa juara pada perlawanan terakhir liga kelak. Sharbinee Alawee dilayangkan kad merah selepas menangkap bola berikutan kakinya dilihat sengaja memijak pemain lawan. Maka pengadil memilih melayangkan kad merah dan penalti diberikan, malang buat Francis Kone penalti itu gagal disempurnakan. Beliau menebus kesilapan dengan menanduk masuk gol di minit akhir perlawanan. Disebabkan meraikan gol dengan membuka jersi, Francis Kone menerima layangan kad kuning kedua dan diperintah keluar padang. Para pemain Sarawak United menyerang pengadil dipercayai berang dengan tindakan Kone yang meraikan gol dalam masa yang sama menyiku pemain mereka.