PLAYER 12 WARRIORS's user profile page. Match highlights, posts and more on site!“” Report User |
Rangkuman penuh Perlawanan Liga Premier 2020 antara Kelantan FA dengan Kelantan United FC. Saksikan jaringan gol, aksi-aksi dan percubaan merbahaya kedua-dua pasukan.
Perubahan landskap bola sepak Kelantan? Oleh: AM |Foto: Media TRW Tanggal 10 Februari 2020 bakal melakar sejarah baru arena bola sepak Kelantan. Team Red Warriors (TRW) bakal mempunyai seteru baru yang lain daripada seteru-seterunya sebelum ini. Seteru sebumbung yang bersama-sama mewarnai pentas Liga Malaysia. Stadium Sultan Muhammad IV akan menjadi saksi pertembungan pertama TRW dan Kelantan United FC (KUFC). Pertembungan yang kelak akan dikenali sebagai 'Kelantan Derby' atau 'Derby Kelantan' dalam kalangan peminat bola sepak di negeri ini. Sebelum ini, seteru utama TRW adalah pasukan-pasukan dari negeri lain. Memang Kelantan FA pernah berdepan lawan seperti JPS Kelantan, JKR Kelantan, TNB Kelantan dan Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK). Namun, pasukan-pasukan itu tidak dianggap sebagai seteru utama TRW. Pasukan-pasukan berkenaan lebih dilihat menjadi wakil jabatan kerajaan dan syarikat. Berbeza sekali dengan KUFC yang turut sama mewakili dan membawa semangat negeri ini. Malah sejak tahun lalu, ramai penyokong sudah mula membandingkan KUFC dan Kelantan FA. Selangor FA merupakan seteru Kelantan FA sejak zaman berzaman. Dari era Mohammad Che Su sehingga era treble, pertembungan TRW dan Red Giants sentiasa dinantikan. Sehinggalah munculnya Johor Darul Takzim (JDT) yang dilihat turut memilih Kelantan sebagai batu loncatan untuk ia dikenali di persada bola sepak tempatan. Sejak beberapa tahun, JDT dilihat menjadi watak penting yang menyekat legasi bola sepak Kelantan. Dalam senyap Harimau Selatan membenam Sang Kijang Emas dalam aumannya. Dalam senyap Harimau Selatan membina gahnya sehingga ke persada antarabangsa. Kini, dalam sekelip mata, Harimau Selatan tidak lagi memandang, hatta tidak endahkan lagi sang kijang yang tertewas dijerangkapnya. Namun gergasi baru bola sepak tempatan itu tidak pernah boleh dipersalahkan. Mereka hanya berusaha membina legasi. Namun Kelantan harus salahkan diri sendiri kerana alpa dalam kegemilangan dan hanyut dalam kejayaan sehingga akhirnya tersungkur. Selain itu, satu lagi pertembungan yang sentiasa menjadi buah mulut peminat bola sepak tempatan asalah Derby Pantai Timur. Derby yang mempertemukan Kelantan dengan pasukan jiran, Terengganu FA. Boleh dikatakan sejak bertahun lamanya, Derby Pantai Timur bagaikan menjadi derby utama dalam Liga Malaysia. Kini bermula era baru. Era Kelantan Derby yang dinantikan oleh peminat bola sepak Kelantan sejak setahun lalu. Adakah Kelantan Derby akan menjadi segah Derby Pantai Timur suatu masa nanti atau sekadar derby biasa? Semuanya bakal ditentukan pada esok malam. Apa pula kesan Kelantan Derby ini kepada penyokong? Umum tahu Kelantan mempunyai kelompok penyokong fanatik dan pernah sampai ke peringkat 'hooligan'. Ia tidak dapat dinafikan kerana beberapa insiden keganasan yang dianggap melampau, melibatkan penyokong Kelantan masih menjadi bualan sehingga kini. Diharap barisan penyokong-penyokong yang kami gelarkan sebagai Perwira 12, dapat menjadi penyokong matang dan profesional. Budaya hooligan telah lama dikuburkan dan janganlah ia dihidupkan kembali. Dan bila dikatakan profesional, maksudnya, jadilah kelompok penyokong yang mempunyai etika dan pandai mematuhi serta akur dengan peraturan ditetapkan oleh badan penganjur liga. Adakah Kelantan Derby mampu menjadi segah Merseyside Derby atau Manchaster Derby di Liga Perdana Inggeris? Semuanya terpulang kepada pasukan dan tentu sekali penyokong. Kedua-duanya mempunyai peranan penting dalam menentukan halatuju derby ini. Jadi, marilah bersama-sama kita jadikan Kelantan Derby sebagai sesuatu yang mahu disaksikan dalam Liga Malaysia. Bersama kita jadikan Kelantan Derby sebagai sesuatu yang diperlukan untuk memeriahkan Liga Malaysia. Kita jadikan Derby Kelantan sebagai mercu tanda kebangkitan industri bola sepak Kelantan. - Kelantan FA #KelantanFA #GomoKelateGomo #TeamRedWarriors #TheRedWarriors #KelantanBangkit2020 #BersamaMembinaIndustriBolaSepakKelantan #MenontonSambilMembantu #LigaPremier2020 #Player12Warriors
Berita *Satiananthan: Dah 62 Tahun Merdeka, Salahkah Saya Letak Pemain ‘Kel*ng’?* Oleh Nur Hadi Mohamad • March 8, 2020 • 10:00 am RELIKS LA FANS SELANGOR, KITA SATU MALAYSIA MAA, APE SALAHNYA KAUM LAIN MAIN UNTUK TEAM ?? PERAK OK JE J.PARTHIBAN DAN KENNY MAIN, X ADA RACIS PUN, KOME MARAH SGT SBB SATHIA ORANG PERAK KAN ?? 😀😀😃 Mungkin terlalu geram dengan komen-komen biadab dan berbaur perkauman yang sering dilemparkan kepadanya serta beberapa pemain di media sosial, Ketua Jurulatih Selangor, B. Satiananthan akhirnya bersuara mengenai perkara tersebut. Ketika menjawab soalan dalam sidang media selepas perlawanan mengenai prestasi pemainnya ketika berdepan Perak dalam perlawanan kedua Liga Super, jurulatih itu memuji persembahan beberapa pemainnya termasuk pemain pertahanan kiri, K. Prabakaran. Namun beliau tidak dapat menerima tuduhan yang mendakwa pemilihan Prabakaran untuk beraksi dalam kesebelasan utama adalah disebabkan pemain itu sebangsa dengannya. “Dalam Facebook, orang kata saya pilih bulu. Saya nak tanya, adakah salah saya letak seorang kel*ng macam saya? Kel*ng bukan pemain bola? “Cara mereka tulis [di Facebook] macam tak pergi sekolah langsung. Dah 62 tahun kita merdeka, masih lagi maki gunakan [perkataan] kel*ng, anjing. Macam itukah penyokong? “Saya [umur] dah 62 tahun, saya datang dari kampung Melayu, saya duduk dengan orang Melayu, tetapi saya tak pernah dengar [ejekan perkauman] macam ini. “Tapi orang kutuk dia [Prabakaran], macam orang tak sekolah. Kalau sekolah pun mungkin campur dengan Melayu sahaja, tak pernah bercampur dengan kel*ng.” tegas Satiananthan. Menurut Satiananthan, Sewaktu era kegemilangan Selangor satu ketika dahulu, percampuran pemain pelbagai bangsa adalah perkara biasa dan telah menjadikan The Red Giants sebuah pasukan yang hebat serta tiada tandingan. Malah ketika beliau mengendalikan skuad pasukan Kelantan, beliau pernah membawa masuk dua orang pemain berbangsa India dan berjaya membantu pasukan tersebut muncul juara Piala Malaysia pada 2010. “Selangor pada tahun-tahun mereka berjaya, empat India, tiga Cina, empat Melayu, main dalam satu pasukan, mereka menjadi juara. “Di Kelantan, saya letak dua kel*ng, mereka jadi juara. Itu di Kelantan, yang sepatutnya main orang [Melayu] Kelantan. Di Selangor, saya letak satu dua pemain India, [penyokong] tak boleh terima. “Kalau orang lain buat silap, ‘mat saleh’ buat silap, tak ada apa-apa. Tapi kalau kel*ing buat silap, semua nampak. Hanya disebabkan saya kel*ng, dua pemain kel*ng itu ‘anak buah’ saya, saya pilih bulu.” “Sepatutnya perkataan kel*ng dan anjing jangan tulis di Facebook, saya akan lapor pada polis!” tegas Satiananthan. Jurulatih kelahiran Perak itu nyata kecewa dengan masalah perkauman yang berlaku dalam sukan bola sepak. Menurutnya, pemilihan Prabakaran bukan kerana faktor bangsa, tetapi disebabkan pemain tersebut sememangnya beraksi di posisi berkenaan. Beliau sebelum ini pernah meminta seorang lagi pemain pertahanan kiri dari pihak pengurusan Selangor, namun sehingga hari ini tiada pemain baharu yang dibawa masuk. “Cakap dengan saya [di posisi pertahanan kiri] siapa yang saya ada? Saya cuma ada Prabakaran, kemudian saya ada minta seorang lagi pemain, saya tak dapat. “Takkan saya nak letak budak yang orang sibuk cakap AMD AMD AMD [Azrin Afiq], belum lagi, dia masih perlukan 2 atau 3 tahun, itu pun jika dia tak ‘besar kepala’. “Mungkin saya boleh letak dia [Azrin] 10 atau 20 minit terakhir, itu cara nak membangunkan bakat seorang pemain [muda], jangan ‘bunuh’ dia terus. Siapa lagi yang saya ada? Saya nak letak seorang lagi pemain, Thamilmaran, India juga, orang akan kata ‘anak buah’ saya, ‘anak saudara’ saya, jadi isu lagi,” katanya lagi. Masalah perkauman dalam bola sepak bukan sahaja berlaku di Malaysia. Beberapa negara di Eropah sejak kebelakangan ini juga sedang menghadapi masalah yang sama apabila pemain berkulit hitam sering menjadi sasaran ejekan perkauman. Oleh itu, badan induk mahupun pasukan-pasukan bola sepak di negara-negara tersebut mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang didapati melakukan kesalahan tersebut. Hukuman yang berat menanti pesalah seperti larangan masuk ke stadium seumur hidup. Malah ada sebahagian kes yang dilaporkan kepada pihak berkuasa dan didakwa di mahkamah. Mungkin sudah tiba masanya pasukan bola sepak di negara ini mengambil tindakan sama untuk memastikan masalah perkauman tidak terus mencemarkan sukan bola sepak tempatan. Dalam perlawanan pada Sabtu, Perak terlebih dahulu di depan menerusi penyerang kebangsaan, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi seawal minit kesembilan. Namun pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan pada minit ke-31 hasil jaringan tandukan terbang penyerang import, Ifedayo Olesegun yang menerima hantaran cantik Sandro da Silva.
Perlawanan ditangguhkan Oleh: AM (Media TRW) KUALA LUMPUR 6 Mac - Perlawanan Liga Premier antara UKM FC menentang Kelantan terpaksa dihentikan dan ditangguh ke suatu tarikh lain atas faktor keselamatan. Ini berikutan cuaca hujan lebat dan ribut petir yang melanda, menyebabkan perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang itu tidak dapat diteruskan. Perlawanan bermula dalam keadaan seimbang dengan permukaan padang basah akibat hujan lebat sedikit menyukarkan pergerakan dan kawalan bola oleh kedua-dua pasukan. Mencecah minit keenam, perlawanan terpaksa diberhentikan berikutan ribut petir mula melanda diikuti hujan lebat. Tepat jam 6.00 petang, pegawai perlawanan mengambil keputusan untuk menangguhkan perlawanan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Penyokong kedua-dua pasukan bagaimanapun dinasihatkan agar menyimpan keratan tiket bagi perlawanan petang ini kerana ia boleh digunakan kembali. - Kelantan FA #KelantanFA #GomoKelateGomo #TeamRedWarriors #TheRedWarriors #KelantanBangkit2020 #BersamaMembinaIndustriBolaSepakKelantan #MenontonSambilMembantu #LigaPremier2020 #Player12Warriors
Perlawanan pertama Liga Premier Malaysia 2020 yang menemukan Kelantan dengan Kuala Lumpur di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. credit : President TV
Sidang akhbar penuh oleh Yusri Che Lah selepas tamat perlawanan malam tadi.
Liga Premier Malaysia 2019 UiTM FC 3-3 Kelantan FA Terima Kasih kepada penyokong yang hadir memberi sokongan pada malam ini. Kelantan berhasil membawa pulang satu mata dari Shah Alam. Kita teruskan berusaha dan bangkit, Gomo Kelate Gomo !!! #KelantanFA #ComebackStronger #Bangkit2019 #RazaPremiumAuto #YakultMalaysia #RohmWako #PucSport #KonsortiumEMutiara #ExcelPrintingCopyCentre #ExaSupplyAndServices