Perubahan landskap bola sepak Kelantan? Oleh: AM |Foto: Media TRW Tanggal 10 Februari 2020 bakal melakar sejarah baru arena bola sepak Kelantan. Team Red Warriors (TRW) bakal mempunyai seteru baru yang lain daripada seteru-seterunya sebelum ini. Seteru sebumbung yang bersama-sama mewarnai pentas Liga Malaysia. Stadium Sultan Muhammad IV akan menjadi saksi pertembungan pertama TRW dan Kelantan United FC (KUFC). Pertembungan yang kelak akan dikenali sebagai 'Kelantan Derby' atau 'Derby Kelantan' dalam kalangan peminat bola sepak di negeri ini. Sebelum ini, seteru utama TRW adalah pasukan-pasukan dari negeri lain. Memang Kelantan FA pernah berdepan lawan seperti JPS Kelantan, JKR Kelantan, TNB Kelantan dan Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK). Namun, pasukan-pasukan itu tidak dianggap sebagai seteru utama TRW. Pasukan-pasukan berkenaan lebih dilihat menjadi wakil jabatan kerajaan dan syarikat. Berbeza sekali dengan KUFC yang turut sama mewakili dan membawa semangat negeri ini. Malah sejak tahun lalu, ramai penyokong sudah mula membandingkan KUFC dan Kelantan FA. Selangor FA merupakan seteru Kelantan FA sejak zaman berzaman. Dari era Mohammad Che Su sehingga era treble, pertembungan TRW dan Red Giants sentiasa dinantikan. Sehinggalah munculnya Johor Darul Takzim (JDT) yang dilihat turut memilih Kelantan sebagai batu loncatan untuk ia dikenali di persada bola sepak tempatan. Sejak beberapa tahun, JDT dilihat menjadi watak penting yang menyekat legasi bola sepak Kelantan. Dalam senyap Harimau Selatan membenam Sang Kijang Emas dalam aumannya. Dalam senyap Harimau Selatan membina gahnya sehingga ke persada antarabangsa. Kini, dalam sekelip mata, Harimau Selatan tidak lagi memandang, hatta tidak endahkan lagi sang kijang yang tertewas dijerangkapnya. Namun gergasi baru bola sepak tempatan itu tidak pernah boleh dipersalahkan. Mereka hanya berusaha membina legasi. Namun Kelantan harus salahkan diri sendiri kerana alpa dalam kegemilangan dan hanyut dalam kejayaan sehingga akhirnya tersungkur. Selain itu, satu lagi pertembungan yang sentiasa menjadi buah mulut peminat bola sepak tempatan asalah Derby Pantai Timur. Derby yang mempertemukan Kelantan dengan pasukan jiran, Terengganu FA. Boleh dikatakan sejak bertahun lamanya, Derby Pantai Timur bagaikan menjadi derby utama dalam Liga Malaysia. Kini bermula era baru. Era Kelantan Derby yang dinantikan oleh peminat bola sepak Kelantan sejak setahun lalu. Adakah Kelantan Derby akan menjadi segah Derby Pantai Timur suatu masa nanti atau sekadar derby biasa? Semuanya bakal ditentukan pada esok malam. Apa pula kesan Kelantan Derby ini kepada penyokong? Umum tahu Kelantan mempunyai kelompok penyokong fanatik dan pernah sampai ke peringkat 'hooligan'. Ia tidak dapat dinafikan kerana beberapa insiden keganasan yang dianggap melampau, melibatkan penyokong Kelantan masih menjadi bualan sehingga kini. Diharap barisan penyokong-penyokong yang kami gelarkan sebagai Perwira 12, dapat menjadi penyokong matang dan profesional. Budaya hooligan telah lama dikuburkan dan janganlah ia dihidupkan kembali. Dan bila dikatakan profesional, maksudnya, jadilah kelompok penyokong yang mempunyai etika dan pandai mematuhi serta akur dengan peraturan ditetapkan oleh badan penganjur liga. Adakah Kelantan Derby mampu menjadi segah Merseyside Derby atau Manchaster Derby di Liga Perdana Inggeris? Semuanya terpulang kepada pasukan dan tentu sekali penyokong. Kedua-duanya mempunyai peranan penting dalam menentukan halatuju derby ini. Jadi, marilah bersama-sama kita jadikan Kelantan Derby sebagai sesuatu yang mahu disaksikan dalam Liga Malaysia. Bersama kita jadikan Kelantan Derby sebagai sesuatu yang diperlukan untuk memeriahkan Liga Malaysia. Kita jadikan Derby Kelantan sebagai mercu tanda kebangkitan industri bola sepak Kelantan. - Kelantan FA #KelantanFA #GomoKelateGomo #TeamRedWarriors #TheRedWarriors #KelantanBangkit2020 #BersamaMembinaIndustriBolaSepakKelantan #MenontonSambilMembantu #LigaPremier2020 #Player12Warriors
MATCH HIGHLIGHT Sorotan aksi perlawanan LP8 antara pasukan Negeri Sembilan FC menentang Kelantan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi. Keputusan yang berpihak kepada tuan rumah dengan berkesudahan 2-1. #TRWKelantanFC #TheRedWarriors #93Sports #GomoKelateGomo #ThePowerOfGomoMindset #Zamburger #RadioZamburger #UnclezamRice #KonsortiumMutiara #TRWSelamanya #LigaPremier2021 #Player12Warriors
Mario Arques π₯ Jaringan yang cantik dari Mario Arques pada minit ke-54 dengan melakukan "BICYCLE KICK" yang berjaya menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan FC pada perlawanan semalam. ____π΄βͺ A beautiful goal from Mario Arques in the 54th minute by doing a "BICYCLE KICK" which managed to beat the Negeri Sembilan FC goalkeeper in yesterday's match. #TRWKelantanFC #TheRedWarriors #93Sports #GomoKelateGomo #ThePowerOfGomoMindset #Zamburger #RadioZamburger #UnclezamRice #KonsortiumMutiara #TRWSelamanya #LigaPremier2021 #Player12Warriors
Bola Sepak adalah Bola Sepak dan Bakat adalah Bakat, akan tetapi Mindset Pasukan anda membuatkan semuanya menjadi BERBEZA π₯ .......... Football is Football and Talent is a Talent, but the Mindset of your Team makes all the DIFFERENCE π₯ LETβS GO YOUNG WARRIORS π΄βͺ credit : TRW KELANTAN FC #TRWKelantanFC #TheRedWarriors #93Sports #GomoKelateGomo #ThePowerOfGomoMindset #Zamburger #RadioZamburger #UnclezamRice #KonsortiumMutiara #TRWSelamanya #LigaPremier2021 #Player12Warriors
Ramalan anda untuk perlawanan malam ini π₯ Pdrm FC ( ) vs ( ) Kelantan FC ? MATCHDAY!! Hari ini akan berlangsung perlawanan ketiga saingan liga perdana diantara pasukan Pdrm FC vs Kelantan FC. Sudahkah anda dapatkan tiket di laman website TRW? Berapa ramalan gol pelawanan malam ini? ....... Your prediction for today match π₯ Pdrm FC ( ) vs ( ) Kelantan FC? MATCHDAY !! Today will be the third match of the premier league between Pdrm FC vs Kelantan FC. Have you got tickets on the TRW website? How many goal predictions are there today? credit : TRW KELANTAN FC #TRWKelantanFC #TheRedWarriors #GomoKelateGomo #ThePowerOfGomoMindset #93Sports #RadioZamburger #UncleZamRice #TRWSelamanya #KonsortiumMutiara #LigaPremier2021 #Player12Warriors
π΄βͺ Ketibaan pemain di Stadium UITM Shah Alam credit : TRW KELANTAN FC #TRWKelantanFC #TheRedWarriors #93Sports #GomoKelateGomo #ThePowerOfGomoMindset #Zamburger #RadioZamburger #UnclezamRice #TRWSelamanya #Player12Warriors
JARINGAN PENYAMAAN PASUKAN KELANTAN BERTEMU UITM FC. 2 Min selepas jaringan pertama, Danial Ashraf sekali lagi merobek gawang gol pasukan UITM FC untuk menyamakan kedudukan 2-2 pada min 63. credit : TRW KELANTAN FC #TRWKelantanFC #TMPialaMalaysia #GomoKelateGomo #ThePowerOfGomoMindset #TeamRedWarriors #Zamburger #Player12Warriors π₯ : Malaysian Footbal League
JARINGAN PERTAMA PASUKAN KELANTAN BERTEMU UITM FC. Saksikan jaringan pertama pasukan Kelantan FC pada minit ke 61 selepas ketinggalan 2 gol. Gerakan menarik dari sebelah kanan melibatkan Khairul Rizam, Nik Akif dan disudahkan oleh Danial Ashraf. credit : TRW KELANTAN FC #TRWKelantanFC #TMPialaMalaysia #GomoKelateGomo #ThePowerOfGomoMindset #TeamRedWarriors #Zamburger #Player12Warriors π₯ : Malaysian Footbal League