LIGA PREMIER MALAYSIA 2020 LP 10 | 03 OKTOBER 2020 Keputusan Penuh Perlawanan Kelantan (2) - (2) Negeri Sembilan :soccer: 14’ (P) : Jose Almir Neto :soccer: 28’ : Mohamad Amirul Shafik :soccer: 81’ (P) : Nik Akif Syahiran :soccer: 87’ : Igor Luiz
Rangkuman Penuh Perlawanan Liga Premier 2020 Penang FA 4-0 Kelantan United FC Lee Chang Hoon m17 Mohamad Al Hafiz Harun m19 Bobby Gonzalez m53 Casagrande m73 Tahniah Penang FA Juara Liga Premier 2020. #PenangFA #Juara #LigaPremier2020
Pemain muda, Mohamad Hakimi Abdullah menjaringkan 3 gol dalam pertemuan Kelantan TRW melawan UKM FC di Stadium Selayang pada petang 22 Ogos 2020. Penampilan memberangsangkan daripada pemain muda ini dapat menyakinkan penyokong-penyokong setia TRW untuk memberi sokongan padu dan tidak berbelah bahagi walaupun pasukan TRW ditimpa pelbagai masalah. Semoga pemain muda ini terus cemerlang pada perlawanan akan datang. Gomo Kelate Gomo.
#ipl#bcci#tamilcricket This video contains latest cricket news day to day update..... England vs Pakistan..... Bio- Bubble secured system.... Rajasthan Royals team...... Csk captain....... Laura Marsh Retairment...... Copyrights Disclaimer under section 107 of copyright Act 1976 allowance is made"fair use" for purpose such as criticism, comment,news reporting, teaching scholarship ,and research. Fair use is a use permitted by copyright that status might otherwise be infringing. Non- profit educational or personal use tips the balance in favour of fair use. **** DO SUBSCRIBE ****
Vídeo editado por @brazucasdeluvas Mohamad Fares.
Sorotan perlawanan Liga Premier 2020 minggu keempat diantara Kelantan United FC menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu. #LigaPremier2020 #MFL #AllBizTV
Berita *Satiananthan: Dah 62 Tahun Merdeka, Salahkah Saya Letak Pemain ‘Kel*ng’?* Oleh Nur Hadi Mohamad • March 8, 2020 • 10:00 am RELIKS LA FANS SELANGOR, KITA SATU MALAYSIA MAA, APE SALAHNYA KAUM LAIN MAIN UNTUK TEAM ?? PERAK OK JE J.PARTHIBAN DAN KENNY MAIN, X ADA RACIS PUN, KOME MARAH SGT SBB SATHIA ORANG PERAK KAN ?? 😀😀😃 Mungkin terlalu geram dengan komen-komen biadab dan berbaur perkauman yang sering dilemparkan kepadanya serta beberapa pemain di media sosial, Ketua Jurulatih Selangor, B. Satiananthan akhirnya bersuara mengenai perkara tersebut. Ketika menjawab soalan dalam sidang media selepas perlawanan mengenai prestasi pemainnya ketika berdepan Perak dalam perlawanan kedua Liga Super, jurulatih itu memuji persembahan beberapa pemainnya termasuk pemain pertahanan kiri, K. Prabakaran. Namun beliau tidak dapat menerima tuduhan yang mendakwa pemilihan Prabakaran untuk beraksi dalam kesebelasan utama adalah disebabkan pemain itu sebangsa dengannya. “Dalam Facebook, orang kata saya pilih bulu. Saya nak tanya, adakah salah saya letak seorang kel*ng macam saya? Kel*ng bukan pemain bola? “Cara mereka tulis [di Facebook] macam tak pergi sekolah langsung. Dah 62 tahun kita merdeka, masih lagi maki gunakan [perkataan] kel*ng, anjing. Macam itukah penyokong? “Saya [umur] dah 62 tahun, saya datang dari kampung Melayu, saya duduk dengan orang Melayu, tetapi saya tak pernah dengar [ejekan perkauman] macam ini. “Tapi orang kutuk dia [Prabakaran], macam orang tak sekolah. Kalau sekolah pun mungkin campur dengan Melayu sahaja, tak pernah bercampur dengan kel*ng.” tegas Satiananthan. Menurut Satiananthan, Sewaktu era kegemilangan Selangor satu ketika dahulu, percampuran pemain pelbagai bangsa adalah perkara biasa dan telah menjadikan The Red Giants sebuah pasukan yang hebat serta tiada tandingan. Malah ketika beliau mengendalikan skuad pasukan Kelantan, beliau pernah membawa masuk dua orang pemain berbangsa India dan berjaya membantu pasukan tersebut muncul juara Piala Malaysia pada 2010. “Selangor pada tahun-tahun mereka berjaya, empat India, tiga Cina, empat Melayu, main dalam satu pasukan, mereka menjadi juara. “Di Kelantan, saya letak dua kel*ng, mereka jadi juara. Itu di Kelantan, yang sepatutnya main orang [Melayu] Kelantan. Di Selangor, saya letak satu dua pemain India, [penyokong] tak boleh terima. “Kalau orang lain buat silap, ‘mat saleh’ buat silap, tak ada apa-apa. Tapi kalau kel*ing buat silap, semua nampak. Hanya disebabkan saya kel*ng, dua pemain kel*ng itu ‘anak buah’ saya, saya pilih bulu.” “Sepatutnya perkataan kel*ng dan anjing jangan tulis di Facebook, saya akan lapor pada polis!” tegas Satiananthan. Jurulatih kelahiran Perak itu nyata kecewa dengan masalah perkauman yang berlaku dalam sukan bola sepak. Menurutnya, pemilihan Prabakaran bukan kerana faktor bangsa, tetapi disebabkan pemain tersebut sememangnya beraksi di posisi berkenaan. Beliau sebelum ini pernah meminta seorang lagi pemain pertahanan kiri dari pihak pengurusan Selangor, namun sehingga hari ini tiada pemain baharu yang dibawa masuk. “Cakap dengan saya [di posisi pertahanan kiri] siapa yang saya ada? Saya cuma ada Prabakaran, kemudian saya ada minta seorang lagi pemain, saya tak dapat. “Takkan saya nak letak budak yang orang sibuk cakap AMD AMD AMD [Azrin Afiq], belum lagi, dia masih perlukan 2 atau 3 tahun, itu pun jika dia tak ‘besar kepala’. “Mungkin saya boleh letak dia [Azrin] 10 atau 20 minit terakhir, itu cara nak membangunkan bakat seorang pemain [muda], jangan ‘bunuh’ dia terus. Siapa lagi yang saya ada? Saya nak letak seorang lagi pemain, Thamilmaran, India juga, orang akan kata ‘anak buah’ saya, ‘anak saudara’ saya, jadi isu lagi,” katanya lagi. Masalah perkauman dalam bola sepak bukan sahaja berlaku di Malaysia. Beberapa negara di Eropah sejak kebelakangan ini juga sedang menghadapi masalah yang sama apabila pemain berkulit hitam sering menjadi sasaran ejekan perkauman. Oleh itu, badan induk mahupun pasukan-pasukan bola sepak di negara-negara tersebut mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang didapati melakukan kesalahan tersebut. Hukuman yang berat menanti pesalah seperti larangan masuk ke stadium seumur hidup. Malah ada sebahagian kes yang dilaporkan kepada pihak berkuasa dan didakwa di mahkamah. Mungkin sudah tiba masanya pasukan bola sepak di negara ini mengambil tindakan sama untuk memastikan masalah perkauman tidak terus mencemarkan sukan bola sepak tempatan. Dalam perlawanan pada Sabtu, Perak terlebih dahulu di depan menerusi penyerang kebangsaan, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi seawal minit kesembilan. Namun pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan pada minit ke-31 hasil jaringan tandukan terbang penyerang import, Ifedayo Olesegun yang menerima hantaran cantik Sandro da Silva.
Paul Pogba, Mesut Ozil, and Mohamad Salah own the most expensive cars. The cars included in the top Muslim footballer's list are Ferrari, Buggati, Lamborghini, Bentley, Audi, and Mercedes #MohamedSalahCarsCollection #PaulPogbaCarsCollection #MesutOzilCarsCollection #ExpensiveCarsCollections2019