Baddrol Bakhtiar terus pamer aksi luar biasa selepas berjaya menjaringkan dua gol untuk bantu Sabah membenam Pulau Pinang. Bekas pemain Harimau Malaya ini sudah membuktikan walaupun usia meningkat mampu pamer kualiti yang dimilikinya melalui pengalamannya sepanjang beraksi di pentas Liga Super. Keinginan dan kesungguhan beliau di atas padang sangat luar biasa untuk disaksikan.