Content removal request!


NEGERI SEMBILAN FC 4-2 PDRM FC | LIGA PREMIER MATCH HIGHLIGHTS 2021

SOROTAN PERLAWANAN LIGA PREMIER LP22 Negeri Sembilan FC mengesahkan kejuaraan Liga Premier dengan kemenangan 4-2 ke atas PDRM FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Jaringan R. Barathkumar, gol sendiri Eskandar Ismail dan tandukan Alain Akono menjadikan kedudukan 3-0 memihak tuan rumah, namun PDRM bangkit menerusi G. Durrkeswaran dan Azrie Reza Zamri. Pada minit ke-76, tandukan Fahmi Faizal mengembalikan kelebihan dua gol Negeri Sembilan dan keputusan 4-2 kekal sehingga wisel penamat. Tahniah Negeri Sembilan FC, juara Liga Premier 2021! #LigaPremier2021