Content removal request!


Hebat ni Penjaga Gol- KUCHING CITY FC vs PERAK FC

Perak FC bangkit dua kali untuk mengikat Kuching City FC 2-2 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Bandaraya Pasir Gudang. Hudson de Jesus membuka tirai jaringan seawal minit kesepuluh dengan gol pertama Kuching di pentas TM Piala Malaysia namun sepakan penalti Adib Abdul Ra'op menyamakan kedudukan empat minit selepas bermulanya babak kedua. Pada minit ke-67, Alif Hassan cemerlang menyempurnakan sepakan percuma untuk mengembalikan kelebihan Kuching, tetapi Aizat Safuan Razali memastikan kedua-dua pasukan memungut mata pertama kempen ini dengan gol penyamaan 2-2.