Jurulatih beregu wanita Indonesia, Eng Hian membuat permohonan maaf susulan tindakannya yang menggelar pasangan negara, Pearly Tan-M Thinaah sebagai 'hitam' dan 'putih' yang didakwa merujuk warna kulit kedua-dua pemain itu. Kontroversi tercetus ketika aksi pusingan kedua BadmintonTerbuka Perancis di Paris membabitkan pertemuan antara Pearly-Thinaah dengan anak didik Eng Hian, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya, Khamis lalu. Satu klip video yang tular di media sosial memaparkan Eng Hian yang ketika itu sedang memberikan arahan kepada pemainnya dengan menggelar pasangan negara 'hitam' dan 'putih'. #PearlytanMthinaah #badmintonmalaysia