Content removal request!


Kelibat Pok Mad hilang selepas buat pusingan U

Nelayan, Mahamad Haron, 63, yang dilaporkan hilang dan khuatiri lemas di Sungai Kampung Baru Penarik di Setiu, tidak pandai berenang. Rakannya yang juga saksi, Tengku Anuar Tengku Mohamed, 53, berkata sebelum kejadian dia bersama seorang lagi penduduk kampung sedang berbual berhampiran jeti melihat kelibat Mahamad atau lebih dikenali dengan panggilan Pok Mad sedang menguji botnya. Katanya ketika Pok Mad sedang menguji dan membuang air dari dalam botnya, dia masih dapat melihat dia membuat pusingan U sebelum hilang dari pandangan kerana cuaca semakin gelap. Katanya dia mendapat tahu Pok Mad hilang dan tidak pulang ke rumah kira-kira jam 9 malam selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung. Tengku Anuar berkata, Pok Mad biasanya akan ditemani rakannya yang juga penduduk kampung ketika melakukan aktiviti memukat di laut. ------------------------------------------------------------------------- #HMETRO #METROTV ▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my ▪️ Telegram https://t.me/hmetro ▪️ FB http://www.facebook.com/harianmetro ▪️ Twitter http://www.twitter.com/hmetromy ▪️ Instagram http://www.instagram.com/hmetromy ▪️ TikTok http://www.tiktok.com/@hmetromy